Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan Biasiswa Yayasan UEM Wira untuk pelajar baru ambilan 2026/2027 telah dibuka di pautan https://www.uem.com.my/yayasan-scholarship.
Berikut adalah maklumat lebih lanjut mengenai permohonan biasiswa ini.

Mengenai Biasiswa Yayasan UEM Wira
Biasiswa Yayasan UEM Wira merupakan program tajaan penuh oleh Yayasan UEM untuk pelajar memulakan pengajian Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Malaysia.
Untuk makluman, Yayasan UEM ialah merupakan yayasan yang menjalankan tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi kumpulan syarikat UEM Group Berhad.
Yayasan ini memberi tumpuan kepada dua bidang utama iaitu pendidikan dan pembangunan komuniti kepada mereka yang tidak bernasib baik atau ditimpa bencana.
Dalam aspek pendidikan, yayasan ini aktif dalam memberikan biasiswa kepada pelajar yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Yayasan UEM.
Tarikh Permohonan
Tarikh permohonan biasiswa ini dibuka mulai 7 September 2026 sehingga 27 September 2026.
Perkara Yang Ditaja
Penajaan biasiswa ini merangkumi beberapa perkara seperti:
- Yuran pengajian dan peperiksaan
- Insurans perubatan dan hayat
- Komputer riba
- Elaun sara hidup
- Perbelanjaan untuk buku serta peralatan berkaitan pengajian (untuk pelajar bukan perniagaan).
Bidang Yang Layak Memohon
Pelajar dalam bidang berikut layak untuk memohon iaitu:
- Perniagaan (Kewangan/Pengurusan Perniagaan/Perakaunan/Ekonomi)
- Kejuruteraan (Awam/Mekanikal/Elektrik)
- IT dan Berkaitan Komputer (Sains Komputer, Sistem Komputer dan Rangkaian, Kejuruteraan Perisian, Sains Data, Kejuruteraan Data)
- Pengajian Alam Sekitar (Sains, Teknologi, Tenaga)
Pemohon Yang Layak
Pemohon mestilah mereka yang merupakan lepasan STPM/Matrikulasi/Asasi dengan memperoleh minimum PNGK sebanyak 3.5.
Terma & Syarat
Pemohon juga perlu memenuhi terma dan syarat yang ditetapkan oleh pihak Yayasan UEM iaitu:
- Pemohon tidak boleh terikat dengan institusi atau organisasi lain.
- Pemohon yang berjaya tidak boleh memohon dan/atau menerima sebarang biasiswa atau bentuk bantuan kewangan lain daripada sumber lain semasa perjanjiannya dengan Yayasan UEM masih berkuat kuasa.
- Pemohon yang berjaya, setelah tamat pengajian, hendaklah terikat dengan Yayasan UEM selama maksimum 3 tahun.
- Pemohon yang berjaya dikehendaki lulus pemeriksaan perubatan dan tertakluk kepada terma dan syarat seperti yang dinyatakan dalam perjanjian biasiswa dan bon, yang mana dia dan penjamin mereka dikehendaki memasuki Yayasan UEM.
- Setiap pemohon menanggung semua kos yang ditanggung semasa memohon biasiswa ini.
- UEM Group dan Yayasan UEM tidak akan bertanggungjawab atau menanggung liabiliti atas sebarang masalah, kehilangan atau kerosakan dalam apa jua bentuk yang dialami oleh pemohon akibat sebarang kelewatan dan/atau kegagalan dalam mengemukakan permohonannya dalam talian akibat sebarang ralat rangkaian, komunikasi atau sistem, gangguan dan/atau kegagalan yang dialami oleh penyedia perkhidmatan internet pemohon dan/atau oleh UEM Group.
- Semua perkara berkaitan permohonan dan keputusan yang dibuat mengenai Program Biasiswa Yayasan UEM adalah muktamad. Surat-menyurat selanjutnya tidak akan dilayan.
- Semua pemohon dikehendaki melengkapkan borang permohonan dan menghantarnya dalam talian sebelum tarikh tutup.
- Calon yang disenarai pendek akan dimaklumkan untuk temu duga.
- Pemohon yang disenarai pendek mesti mengemukakan sijil asal mereka semasa temu duga.
Cara Memohon
Permohonan boleh dibuat menerusi laman web https://www.uem.com.my/yayasan-scholarship.
Soalan Lazim
Biasiswa Yayasan UEM Wira ialah tajaan penuh oleh Yayasan UEM untuk pelajar memulakan pengajian Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Malaysia.
Permohonan biasiswa ini dibuka mulai 7 September 2026 sehingga 27 September 2026.
Perkara yang akan ditaja termasuk yuran pengajian dan peperiksaan, insurans perubatan dan hayat, komputer riba, elaun sara hidup dan peruntukan untuk buku serta peralatan berkaitan pengajian (untuk pelajar bukan perniagaan).
– Perniagaan (Kewangan/Pengurusan Perniagaan/Perakaunan/Ekonomi)
– Kejuruteraan (Awam/Mekanikal/Elektrik)
– IT dan Berkaitan Komputer (Sains Komputer, Sistem Komputer dan Rangkaian, Kejuruteraan Perisian, Sains Data, Kejuruteraan Data)
– Pengajian Alam Sekitar (Sains, Teknologi, Tenaga)
Lepasan STPM/Matrikulasi/Asasi dengan memperoleh minimum PNGK sebanyak 3.5.
Permohonan biasiswa boleh dibuat menerusi pautan https://www.uem.com.my/yayasan-scholarship.
Pertanyaan Lanjut
Pertanyaan lanjut mengenai Biasiswa Yayasan UEM Wira, sila hubungi:
- Aizuddin: +603 2727 6912 / [email protected]
- Famizan: +603 2727 6986 / [email protected]
- Danial: +603 2727 6946 / [email protected]
Baca juga: Biasiswa Alumni UiTM: Peluang Mahasiswa Cemerlang Dapatkan Tajaan & Bimbingan Alumni




