Biasiswa Khas Sagong Tasi Pelajar IPT Orang Asli Selangor 2025

biasiswa khas sagong tasi
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

BIASISWA KHAS SAGONG TASI PELAJAR IPT ORANG ASLI SELANGOR 2025

Sukacita dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Selangor kini menawarkan Biasiswa Khas Sagong Tasi Sesi 2 2025 untuk siswa Orang Asli yang berjaya mendapat tempat di Institut Pengajian Tinggi (IPT).

Biasiswa Sagong Tasi merupakan tajaan khas bagi pelajar Orang Asli dari Selangor yang berasal daripada keluarga berpendapatan rendah.

Mengenai Biasiswa Sagong Tasi

Biasiswa Sagong Tasi merupakan biasiswa khas untuk pelajar Orang Asli yang menuntut di IPT seperti yang dinyatakan diatas.

Program biasiswa ini dikhususkan untuk anak Selangor yang belajar di IPT berkenaan dan berpendapatan rendah.

Dengan adanya biasiswa ini, ia sedikit sebanyak dapat membantu pelajar Orang Asli yang menuntut di IPT untuk meneruskan pengajian mereka.

Tarikh Permohonan

Tarikh permohonan biasiswa ini dibuka mulai 6 Oktober sehingga 7 November 2025.

Kadar Biasiswa

Kadar biasiswa yang ditawarkan kepada pelajar Orang Asli yang berkelayakan adalah seperti berikut :

  • Yuran Pengajian: Mengikut kadar sebenar yuran pengajian dan akan dibayar terus kepada pihak Universiti.
  • Elaun Sara Diri: Elaun Sara Diri berjumlah RM600.00 sebulan yang akan dikreditkan terus ke akaun pelajar.

IPT Terlibat

Pelajar yang melanjutkan pengajian di IPT berikut layak memohon:

  • Universiti Awam (seluruh Malaysia)
  • Universiti Swasta seperti Universiti Selangor (UNISEL)
  • Universiti Islam Selangor (UIS)
  • Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Negeri Selangor (STDC)

Syarat Kelayakan

Calon perlulah menepati syarat-syarat kelayakan seperti berikut :

  • Pemohon dan Ibu Bapa merupakan WARGANEGARA Malaysia; dan
  • Pemohon mestilah ditakrifkan sebagai Orang Asli mengikut Akta 134 – Akta Orang Asli Tahun 1954; dan
  • Pemohon lahir di Negeri Selangor; atau
  • Ibu atau Bapa lahir di Negeri Selangor; atau
  • Pemohon telah bermastautin lebih dari sepuluh (10) tahun di Negeri Selangor dengan pengesahan daripada ADUN/ Penghulu/ Pengerusi JKKK/ Ketua Kampung.
  • Pemohon telah mendaftar pengajian DIPLOMA atau IJAZAH SARJANA MUDA secara SEPENUH MASA di IPT berkenaan (pengajian secara jarak jauh (PJJ)/ luar kampus (PLK) tidak layak memohon).
  • Pemohon yang BELUM MENERIMA SEBARANG PINJAMAN/ BIASISWA/ BANTUAN KEWANGAN dari lain-lain penaja.
  • Pemohon yang memperoleh pencapaian akademik yang baik akan diberi keutamaan.
  • Pemohon BUKAN PELAJAR TAHUN AKHIR PENGAJIAN/ diberi tempoh pelanjutan pengajian.

Cara Memohon

Pelajar boleh ikuti langkah-langkah permohonan seperti berikut :

  1. Layari laman web https://edanapendidikan.selangor.gov.my/login.
  2. Klik butang ‘Daftar.’
  3. Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Daftar Akaun.’
  4. Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.
  5. Isi maklumat permohonan dengan lengkap dan betul.
  6. Hantar permohonan setelah semua maklumat lengkap diisi.

Soalan Lazim

Apakah takrif Orang Asli bagi mereka yang ingin memohon biasiswa ini?

Orang Asli yang dimaksudkan mestilah mengikut Akta 134 – Akta Orang Asli Tahun 1954.

Berapakah jumlah biasiswa yang akan diterima menerusi biasiswa ini?

Pelajar akan menerima yuran pengajian mengikut kadar sebenar yuran pengajian dan akan dibayar terus kepada pihak Universiti. Selain itu, Elaun Sara Diri berjumlah RM600.00 sebulan akan dikreditkan terus ke akaun pelajar.

Jika saya telah menerima biasiswa daripada penajaan lain, adakah saya boleh memohon?

Tidak. Calon mestilah tidak menerima mana-mana biasiswa lain untuk memohon penajaan ini.

Adakah pelajar tahun akhir boleh memohon biasiswa ini?

Tidak. Pelajar tahun akhir tidak boleh memohon biasiswa ini.

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai Biasiswa Khas Sagong Tasi 2025, sila layari pautan https://danapendidikan.selangor.gov.my/tkwbns/pembiayaan-pendidikan/sagong-tasi-ipt.

Orang ramai juga boleh memohon dengan menghubungi Unit Permohonan iaitu:

  • 03-5544 7484; atau
  • 03-5521 2275

Baca juga: TVET MARA : Permohonan Kemasukan KKTM, MJII & IKM (2026)

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut