Biasiswa Yayasan Sarawak 2026 kini dibuka untuk permohonan ambilan sesi 2026/2027 bermula 20 April 2026 (Isnin) sehingga 29 Mei 2026 (Jumaat), jam 4:00 petang.
Permohonan boleh dilakukan secara dalam talian melalui portal rasmi Yayasan Sarawak di: https://yayasansarawak.org.my
Biasiswa ini terbuka untuk pelajar Anak Jati Sarawak yang layak meneruskan pengajian di peringkat menengah dan pengajian tinggi.
Rujuk info penuh di mengenai Biasiswa Yayasan Sarawak 2026 (sesi 2026/2027) di bawah.
Ringkasan Biasiswa Yayasan Sarawak 2026
- Biasiswa Yayasan Sarawak 2026 merujuk kepada penajaan pendidikan yang diberikan oleh Yayasan Sarawak kepada Anak Jati Sarawak.
- Biasiswa ini terbahagi kepada dua jenis utama iaitu Biasiswa Yayasan Sarawak Tun Taib (BYSTT) dan Biasiswa Sarawak Tunku Abdul Rahman (YBSTAR).
- Permohonan dibuka bermula 20 April 2026 (Isnin) sehingga 29 Mei 2026 (Jumaat), jam 4:00 petang.
- Mohon melalui portal rasmi Yayasan Sarawak di: https://yayasansarawak.org.my
Apa Itu Biasiswa Yayasan Sarawak 2026?
Biasiswa Yayasan Sarawak 2026 merujuk kepada penajaan pendidikan yang diberikan oleh Yayasan Sarawak kepada Anak Jati Sarawak yang layak untuk meneruskan pengajian di peringkat sekolah menengah atau pengajian tinggi (IPTA/IPTS) di dalam dan luar negara, bagi sesi pengajian 2026/2027.
Biasiswa ini terbahagi kepada dua jenis utama iaitu Biasiswa Yayasan Sarawak Tun Taib (BYSTT) untuk pelajar cemerlang dalam bidang STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) dan Biasiswa Sarawak Tunku Abdul Rahman (YBSTAR) untuk pelajar cemerlang dalam bidang bukan STEM.

Info Permohonan Biasiswa Yayasan Sarawak 2026
Yayasan Sarawak dengan sukacitanya mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk memohon:
- Biasiswa Yayasan Sarawak Tun Taib (BYSTT)
- Biasiswa Sarawak Tunku Abdul Rahman (YBSTAR)
Maklumat Permohonan:
Tarikh dibuka: 20 April 2026 (Isnin)
Tarikh tutup: 29 Mei 2026 (Jumaat), jam 4:00 petang
Peringatan Penting: Calon-calon diminta membaca dengan teliti perincian tawaran biasiswa bagi sesi 2026/2027 sebelum membuat permohonan bagi memastikan semua syarat dan kriteria yang ditetapkan dipenuhi.
Cara Permohonan: Permohonan adalah secara dalam talian.




Tarikh Tutup Biasiswa Yayasan Sarawak 2026
Tarikh tutup permohonan Biasiswa Yayasan Sarawak 2026 (sesi 2026/2027) adalah pada 29 Mei 2026, jam 4:00 petang.
Permohonan yang diterima selepas tarikh dan masa tersebut tidak akan dipertimbangkan, dan semua pemohon perlu mendaftar serta menyerahkan borang secara dalam talian melalui portal rasmi Yayasan Sarawak sebelum tarikh tutup ini.
Syarat Kelayakan
SYARAT-SYARAT ASAS:
- Sedang atau akan mengikuti pengajian dalam kursus yang diiktiraf, secara SEPENUH MASA di mana-mana Institusi Pengajian Tinggi di Dalam Negara atau Luar Negara. Pemohon telah pun menerima surat tawaran kemasukan ke Institusi.
- Anak Jati Sarawak (sama ada ibu ATAU bapa ATAU kedua-dua Ibubapa adalah
Anak Kelahiran Sarawak.

SYARAT KHUSUS (KELAYAKAN AKADEMIK)
Pemohon yang sedang mengikuti pengajian ATAU pemohon yang telah diterima masuk ke Institusi Pengajian Tinggi perlu mempunyai salah satu kelayakan akademik seperti berikut:
(Keutamaan kepada pelajar yang berada di Tahun 1 dan 2 sahaja)

Kriteria Pemilihan
- Calon yang layak dan memenuhi kriteria di atas, akan ditemuduga oleh satu panel
khas. - Pemilihan akan dibuat dengan mengambil kira prestasi semasa temuduga,
potensi calon, bakat kepimpinan, sumbangan kepada masyarakat dan kriteriakriteria lain yang difikirkan wajar oleh panel.
Senarai Kursus Boleh Memohon
Keutamaan untuk kursus-kursus Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dan kursus terpilih sahaja.
Rujuk senarai kursus terpilih di bawah:
- Kejuruteraan (Keutamaan kepada Kejuruteraan Aeroangkasa &
- Teknologi Semikonduktor)
- Teknologi Maklumat
- Perubatan dan Kesihatan
- Sains Hayat
- Teknologi Makanan
- Psikologi & Kaunseling
- Pembinaan & Pembangunan Tanah
- Perakaunan
- Kewangan
- Undang- undang
Cara Mohon Biasiswa Yayasan Sarawak 2026
- Permohonan adalah secara atas talian yang boleh dicapai di laman web: http://www.yayasansarawak.org.my
- Semua dokumen MESTI DISAHKAN SEBELUM DIMUATNAIK semasa
memohon secara talian.
Dokumen Diperlukan
Berikut merupakan senarai dokumen WAJIB dimuatnaik: –
- Salinan MyKad Pelajar dan MyKad Ibu Bapa/ Penjaga
- Salinan Sijil Lahir Pelajar
- Salinan Surat Tawaran Kemasukan ke Institusi bagi pengajian terkini yang telah dimuktamadkan.(Pertukaran surat tawaran semasa sesi temu duga adalah tidak dibenarkan dan akan mengakibatkan permohonan dibatalkan)
- Salinan keputusan akademik TERKINI bagi pengajian semasa (PNGK/CGPA).
- Salinan Keputusan SPM (Bahasa Melayu hendaklah Kredit) iaitu setaraf dengannya.
- Sijil KoKurikulum (KK) daripada Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS). SEKIRANYA TIADA salinan sijil KK daripada JPNS, maka pemohon boleh memuatnaik Satu (1) SALINAN SAHAJA, sama ada:
- Pencapaian Tertinggi Kokurikulum ATAU
- Penyertaan Tertinggi ATAU
- Jawatan yang Disandang
untuk SETIAP 4 ELEMEN di bawah ini, iaitu:
- Sukan
- Akademik
- Kelab
- Persatuan
(Keempat-empat elemen ini menyumbang kepada Penilaian Markah Senarai Pendek Temuduga)
- Salinan Slip Gaji Terkini/ Penyata Pencen/ Surat Pengesahan Gaji (bagi yang bekerja sendiri)
- Pegawai atau kakitangan kerajaan atau swasta yang sedang berkhidmat mestilah mengemukakan permohonan mereka melalui Ketua Jabatan masingmasing dan disertakan bersama Surat Pengesahan Kebenaran untuk Belajar Secara Sepenuh Masa. (jika berkaitan)
NOTA:
- Salinan hardcopy TIDAK DIPERLUKAN.
- Sila pastikan setiap saiz dokumen yang dimuatnaik adalah JELAS dan SAIZ FAIL DI BAWAH 1 MB.
- Pemohon digalakkan memohon menggunakan pelayar desktop melalui Portal/Sistem Web Yayasan Sarawak (http://www.yayasansarawak.org.my) untuk mengelakkan sebarang kesulitan dalam memuatnaik dokumen.
- Sebarang pindaan atau perubahan pada syarat-syarat permohonan pada iklan ini jika ada, termasuk tarikh tutup permohonan, akan dimaklumkan di laman sesawang Yayasan Sarawak.
- Kegagalan mengemukakan dokumen yang dikehendaki serta pemberian maklumat palsu atau tidak benar akan menyebabkan permohonan anda TIDAK DIPROSES atau DITOLAK.
- TARIKH TUTUP PERMOHONAN: JUMAAT 29 MEI 2026, Jam 4.00 PETANG.
Permohonan yang diterima SELEPAS MASA DITETAPKAN TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN.
Calon TIDAK LAYAK Memohon
- Pemohon yang TIDAK MEMENUHI syarat-syarat Kelayakan Asas.
- Pemohon yang sedang mengikuti kursus peringkat STPM, Sijil, Pra-Diploma,
Diploma, Matrikulasi dan Asasi. - Pemohon yang sedang mengikuti program Kursus Jarak Jauh / Separuh Masa.
- Pemohon yang masih terikat dengan mana-mana badan penajaan.
- Pemohon yang sedang bekerja tetapi TIADA surat pelepasan/kelulusan daripada
majikan. - Umur pemohon tidak melebihi 45 tahun (Ijazah Sarjana Muda) dan 50 tahun
(Sarjana dan PhD)
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan atau info lebih lanjut, sila rujuk:
- Portal Yayasan Sarawak
- Facebook Yayasan Sarawak
- SEKSYEN BIASISWA (Talian Pejabat : (082) 441686 Faks : (082) 440023)
Soalan Lazim Biasiswa Yayasan Sarawak 2026
Biasiswa Yayasan Sarawak 2026 adalah program penajaan pendidikan yang diberikan kepada Anak Jati Sarawak yang layak untuk meneruskan pengajian di peringkat menengah dan pengajian tinggi (IPTA/IPTS) di dalam dan luar negara, bagi sesi akademik 2026/2027.
Biasiswa Yayasan Sarawak Tun Taib (BYSTT) – untuk pelajar cemerlang dalam bidang STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik).
Biasiswa Sarawak Tunku Abdul Rahman (YBSTAR) – untuk pelajar cemerlang dalam bidang bukan STEM.
Warganegara Malaysia dan Anak Jati Sarawak (salah seorang ibu bapa atau kedua‑duanya adalah kelahiran Sarawak).
Sedang atau akan meneruskan pengajian di peringkat Ijazah Pertama atau Pascasiswazah (Sarjana, PhD, profesional) di institusi yang diiktiraf.
Tarikh permohonan biasiswa Yayasan Sarawak (BYSTT & YBSTAR) dibuka pada 20 April 2026.
Tarikh tutup permohonan adalah pada 29 Mei 2026, jam 4:00 petang.
Permohonan boleh dilakukan secara dalam talian melalui portal rasmi Yayasan Sarawak di: https://yayasansarawak.org.my
Selain pencapaian akademik, pihak yayasan mempertimbangkan:
– Kepimpinan dan keaktifan dalam aktiviti kokurikulum.
– Keterlibatan dalam kegiatan kemasyarakatan.
– Kecemerlangan dalam bakat (talent) seperti kepimpinan, kreativiti, dan kemahiran khusus.
Hanya pemohon yang disenarai pendek biasanya akan dipanggil untuk temu duga, dan status permohonan boleh disemak melalui log masuk ke portal my‑Yayasan atau bahagian “Semak Status” di laman rasmi Yayasan Sarawak.




