Cara Beli Tiket ETS Online, Destinasi, Harga & Jadual Perjalanan

PANDUAN PEMBELIAN TIKET KERETAPI ETS ONLINE

Selain perkhidmatan kapal terbang dan bas, perkhidmatan kereta api ETS juga merupakan alternatif bagus sekiranya anda ingin melakukan perjalanan antara antara bandar, misalnya dari Kuala Lumpur ke kampung halaman anda di Alor Setar.

Pembelian tiket cukup mudah menggunakan perkhidmatan ETS Online.

Berikut dikongsikan panduan lanjut dan info berkaitan untuk rujukan bersama.

Apa itu ETS?

Bagi yang tidak tahu, KTM ETS (dikenali secara komersial sebagai ETS, singkatan kepada ‘Perkhidmatan Tren Elektrik’) ialah perkhidmatan penumpang rel antara bandar yang dikendalikan oleh Keretapi Tanah Melayu (KTM) menggunakan tren elektrik berbilang unit (EMU).

KTM ETS ialah perkhidmatan kereta api elektrik kedua yang dikendalikan oleh syarikat kereta api Malaysia, selepas perkhidmatan KTM Komuter, dan perkhidmatan kereta api antara bandar kedua, selepas KTM Intercity.

ETS ialah perkhidmatan kereta api tolok meter terpantas di Malaysia dan beroperasi di sepanjang laluan elektrik dan landasan berkembar di Laluan Pantai Barat antara Gemas dan Padang Besar di Semenanjung Malaysia, yan sebelum ini digunakan oleh KTM Intercity.

Artikel berkaitan: Tarikh Penting PRU15

Cara beli tiket

Untuk pembelian tiket ETS Online, anda boleh melakukannya melalui halaman rasmi KTM.

Ikuti langkah-langkah berikut untuk pembelian ETS secara online:

  1. Layari laman KTMB Online di alamat https://online.ktmb.com.my/
  2. Pilih lokasi bertolak dan destinasi anda
  3. Pilih tarikh bertolak dan tarikh pulang (anda juga boleh memilih untuk membli tiket sehaja sahaja)
  4. Pilih bilangan penumpang
  5. Klik pada butang “Search”

Harga Tiket ETS Online

ets online

Gambar di atas adalah contoh harga yang dipaparkan untuk pembelian tiket ETS secara online.

Anda boleh memilih masa berlepas / bertolak daripada senarai jadual yang dipaparkan.

Harga tiket ETS biasanya dibezakan oleh jenis pakej, misalnya dalam gambar di atas terdapat perbezaan antara pakej Gold dan Platinum.

Untuk pembelian, anda dikehendaki log masuk ke akaun anda terlebih dahulu. Jika tidak mempunyai akaun, anda boleh mendaftarkan akaun.

Jadual Perjalanan

Berikut merupakan jadual terkini perjalanan ETS berkuatkuasa Januari 2022). Jadual ini mungkin diubah oleh pihak KTM pada masa hadapan.

Untuk paparan yang lebih jelas dan jadual terkini, boleh rujuk laman rasmi KTM di alamat https://www.ktmb.com.my/TrainTime.html

Laman Alternatif Pembelian Tiket ETS Online

Selain laman rasmi ETS Online, pembelian tiket ETS secara dalam talian juga boleh dilakukan melalui beberapa aplikasi atau portal pihak ketiga.

Antara laman web yang boleh dirujuk adalah seperti berikut:

  1. Busonlineticket.com
  2. Easybook.com

Sesetengah penumpang lebih gemar menggunakan perkhidmatan pembelian pihak ketiiga untuk pembelian tiket ETS kerana mereka sudah biasa menggunakannya kerana laman-laman yang disebutkan di atas juga turut menjual tiket bas dan feri.

Malah, segelintir pengguna lebih gemar menggunakan perkhidmatan pihak ketiga kerana mereka mungkin mempunyai kupon atau baucaer diskaun daripada laman-laman tersebut.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!