Senarai Barang Persediaan Banjir – Wajib Ada Dalam Beg Kecemasan

Bencana alam seperti banjir boleh berlaku di kawasannya rendah serta kawasan yang berisiko tinggi contohnya seperti kawasan yang pernah mengalami banjir sebelumnya.

Oleh itu, apabila tiba musim tengkujuh, anda perlu sentiasa berhati-hati dengan pengumuman ataupun amaran bencana alam terutamanya di kawasan tempat tinggal anda.

Barang Persediaan Banjir

Sehubungan dengan itu, masyarakat diingatkan untuk sentiasa membuat persediaan awal bagi menghadapi banjir serta bersedia untuk segala mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak jabatan penyelamat terutamanya apabila diarahkan untuk berpindah atau pun segera meninggalkan kawasan yang berisiko terkena banjir. 

Anda dinasihatkan untuk menyediakan sebuah beg kecemasan yang mengandungi segala keperluan yang diperlukan kelak termasuklah dokumen-dokumen penting.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai senarai barang persediaan banjir yang perlu ada di dalam beg kecemasan tersebut, mari teruskan membaca. 

Senarai Barang Persediaan Banjir 

1. Wisel

Wisel adalah merupakan salah satu item yang sangat penting apabila berada dalam situasi kecemasan. Anda boleh meniup wisel tersebut untuk mendapatkan perhatian apabila ingin meminta pertolongan. Hal ini kerana, suara anda mungkin tidak kedengaran dalam jarak yang jauh ataupun situasi tertentu. 

Anda boleh dapatkan wisel yang mempunyai tali untuk memudahkan anda memakainya di leher apabila berada dalam situasi kecemasan. 

Wisel: https://shopee.com.my/farjanmn/20616272945

2. Lampu suluh

Apabila banjir melanda, bekalan elektrik akan diputuskan sebagai langkah keselamatan. Sehubungan dengan itu, peranan lampu suluh adalah sangat penting bagi membantu anda sepanjang waktu kecemasan tersebut.

Selain itu, ia juga boleh digunakan untuk memberi signal menyalakan lampu suluh anda agar pasukan penyelamat mengetahui kedudukan anda apabila terperangkap semasa banjir berlaku. 

Lampu suluh: https://shopee.com.my/neworldmobile/8660215603

3. Ubat-ubatan

Pastikan anda membawa semua ubat-ubatan yang diperlukan terutamanya sekiranya anda mempunyai penyakit tertentu. Anda juga boleh menyediakan ubatan seperti panadol, minyak angin, ubat gatal dan sebagainya sebagai persediaan.

Anda boleh dapatkan beg simpanan ubat seperti di bawah untuk memudahkan anda menyimpan semua ubatan tersebut. 

Beg simpanan ubat: https://shopee.com.my/bestbuyonline2u/19252493820

4. Selimut

Selimut adalah merupakan salah satu keperluan apabila berada di pusat pemindahan. Sebaiknya, dapatkan selimut yang ringan dan mudah dibawa. Anda boleh dapatkan selimut haba keluaran Mylar ataupun dikenali sebagai Mylar emergency thermal blanket di Shopee. 

Selimut: https://shopee.com.my/greencamp.outdoor.malaysia/15322001237

5. Pakaian

Sediakan beberapa helai pakaian untuk dipakai semasa di pusat pemindahan banjir. Elakkan membawa pakaian yang tidak perlu serta kurang selesa untuk digunakan.

Jangan lupa juga  sehelai dua tudung sarung bagi wanita Muslim. Hal ini kerana, apabila berada di pusat pemindahan banjir, anda akan ditempatkan bersama lain jantina. 

Pakaian: https://shopee.com.my/elfashionstorree/19369813445

6. Peralatan mandian

Bawa peralatan mandian seperti ubat gigi, berus gigi, sabun mandi, syampu, pencuci muka dan sebagainya yang dirasakan perlu.

Walaubagaimanapun, pastikan anda membawanya dalam kuantiti yang sedikit sahaja untuk mengelakkan beg anda terlalu berat. Anda boleh meletakkan semua keperluan tersebut di dalam botol travel kit yang boleh di dapatkan di Shopee. 

Travel kit botol: https://shopee.com.my/imallmy2u/16345596402

7. Air minuman

Jangan lupa juga masukkan beberapa botol air minuman untuk persediaan apabila anda tidak mendapat bekalan minuman dalam tempoh masa yang lama. Apabila terjadinya banjir, sumber air bersih akan sukar untuk didapati.  Oleh itu,  pastikan anda membeli air minuman botol  seawal yang mungkin sebagai persediaan. 

Air mineral: https://shopee.com.my/momaspace/7433092238

8. Makanan dalam tin

Seterusnya, untuk mengelakkan anda berada dalam keadaan kelaparan sambil menunggu bantuan tiba,  pastikan anda meletakkan beberapa buah makanan tin di dalam beg kecemasan tersebut. Makanan tin sangat mudah untuk dimakan dan tidak perlu dimasak terlebih dahulu.

Makanan dalam tin: https://shopee.com.my/kfminimart/2815683773

9. Bateri tambahan (power bank)

Untuk kekal berhubung  dan mendapat maklumat, pastikan juga anda membawa bateri tambahan. Jangan lupa cas penuh-penuh sebelum meletakkannya ke dalam beg kecemasan. 

Powerbank: https://shopee.com.my/mall4you.my/2080183798

10. Fail kalis air 

Fail kalis air adalah merupakan salah item terpenting yang anda perlu sediakan. Di dalam fail ini, anda boleh letakkan dokumen penting seperti kad pengenalan, passport, geran dan sebagainya untuk mengelakkan basah. 

Fail kalis air: https://shopee.com.my/10q_store/11155340761

Persediaan Awal Banjir

Selain menyediakan barang-barang keperluan, antara persediaan awal lain yang perlu dilakukan ialah:

  • Pastikan anda sentiasa mengambil tahu hebahan semasa melalui radio, TV, media sosial,  serta Bilik Gerakan Banjir Negeri.
  • Kenal pasti lokasi pusat pemindahan dan pusat bantuan bencana di tempat anda.
  • Pindahkan barang berharga ke tempat yang lebih tinggi atau ke tempat lain.
  • Putuskan sambungan peralatan elektrik. 
  • Mendengar arahan yang diberikan oleh pihak berkuasa. 
Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!