Bantuan Sara Hidup (BSH) 2023 : Semakan Bayaran

Veteran Tidak Berpencen pada umur 60 tahun akan menikmati Bantuan Sara Hidup (BSH) RM300 setiap bulan bermula September nanti, sama seperti yang diberikan kepada yang berumur 80 tahun sebelum ini.

Perkara ini dipersetujui hasil Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembaharuan Perkhidmatan Awam (JKK-PPA) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang bantuan ini untuk makluman semua.

bantuan sara hidup veteran atm vibes
Sumber: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

Bantuan Sara Hidup (BSH) Veteran Tidak Berpencen

Kerajaan mengiktiraf sumbangan perkhidmatan Veteran Tidak Berpencen atas jasa, khidmat bakti dan pengorbanan mereka menjaga keselamatan dan keamanan negara.

Pemanjangan Bantuan Sara Hidup (BSH) sebanyak RM300 sebulan telah diumumkan bagi Veteran Tidak berpencen pada usia 60 tahun berbanding usia 80 tahun sebelum ini.

Ia bakal memberi faedah kepada seramai 41,970 Veteran Tidak Berpencen dengan implikasi kewangan tambahan sebanyak RM151.1 juta setahun.

Menurut Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali, perkara berkaitan penambahbaikan dan kebajikan anggota penjawat awam terutamanya status kajian Skim Saraan Perkhidmatan Awam akan dibincangkan oleh JKK-PPA meliputi aspek saraan, pembangunan organisai dan pengurusan bakat bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan penjawat awam.

bantuan sara hidup veteran atm vibes

Tarikh Bayaran Bantuan Sara Hidup (BSH)

Permanjangan BSH ini berkuat kuasa pada bulan September 2023.

Terkini, dimaklumkan bahawa tarikh bayaran pertama adalah bermula pada 19 September 2023 secara berperingkat.

Tarikh bayaran ditetapkan pada 15 haribulan setiap bulan, dan jadual akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

Syarat Kelayakan Bantuan Sara Hidup

Adalah dimaklumkan bahawa berikut merupakan syarat kelayakan skim Bantuan Sara Hidup khusus kepada Veteran ATM tidak berpencen berumur 60 tahun ke atas yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kewangan pada 13 September 2023.

  1. Skim ini khusus kepada Veteran ATM tidak berpencen berumur 60 tahun ke etas.
  2. Tidak perlu memohon. JHEV akan proses permohonan yang layak berdasarkan data dalam sistem VIBES 2.0 yang telah dikemaskini oleh veteran.
  3. Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) isi rumah mestilah tidak melebihi RM1,169.00,
  4. BSH dibayar secara berterusan sehingga dimaklumkan.
  5. Bantuan ini tidak dipanjangkan kepada balu dan penerima pencen KWAP.
  6. Penerima sedia ada dalam kumpulan ini akan terus menerima.
  7. Bayaran dilaksanakan mulai September 2023.
  8. Tarikh bayaran pada 15 hari bulan setiap bulan. Jadual pembayaran akan dikeluarkan.
  9. Akaun bank veteran hendaklah aktif.
  10. Bayaran akan dikreditkan ke dalam akaun penerima.
  11. Veteran berumur 60 tahun ke atas perlu mengemaskini data / maklumat dalam sistem VIBES 2.0.

Sebarang pertanyaan sila hubungi hotline JHEV : 03-2697 6600

Dapatkan Waterproof Bed Sheet Mattress Protector dengan harga serendah RM15.00 sahaja di Shopee – selesa, kalis air dan boleh dibasuh.

Semakan Bayaran Bantuan Sara Hidup (BSH)

Semakan penyata dan bayaran pencen anda kini lebih mudah dan cepat dengan Portal Penyata Pencen Sistem Vibes 2.0.

Adalah dimaklumkan bermula 8 Julai 2022, semua urusan berkaitan semakan Penyata Pencen akan dilaksanakan di Portal Veteran Integrated Benefit System (VIBES) 2.0.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang portal baharu ini dan cara untuk mengaksesnya.

PELAKSANAAN GO-LIVE PORTAL VIBES 2.0 UNTUK PESARA PENCEN JHEV / VETERAN ATM

bantuan sara hidup veteran atm vibes

Cara Pendaftaran

  1. Pergi ke URL berikut; https://vibes.jhev.gov.my/
  2. Pengguna kali pertama perlu mendaftar akaun terlebih dahulu. Klik Daftar Pengguna.
  3. Pilih ‘Jenis Pengguna’.
  4. Isikan maklumat yang diperlukan.
  5. Kemudian, klik ‘Semak’ untuk membuat pengesahan.
  6. Tanda persetujuan ‘Terma dan Syarat’, sila isikan (/) pada kotak kosong berkenaan.
  7. Sekiranya pendaftaran telah berjaya, halaman akan memberi notifikasi melalui e-mel.

Rujuk panduan pengguna melalui infografik berikut:

I) VETERAN ATM / WARIS

pencen atm JHEV

II) PENGGUNA DALAMAN

pencen atm JHEV

III) SYARIKAT

pencen atm JHEV

Baca juga: Permohonan Tuntutan Perjalanan Rawatan Ke Hospital Bagi Pesara 2022

Video Tutorial

Sumber: JHEV ATM

Pelbagai barangan berharga RM0.50 sahaja sempena hari gaji di Shopee!

Maklumat Lanjut

Daftar dan kemas kini maklumat Veteran ATM di VIBES 2.0 sekarang:

https://vibes.jhev.gov.my/portal/

Sebarang pertanyaan sila hubungi : 03-2697 6600 / 03-2050 8000

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!