Permohonan Tuntutan Perjalanan Rawatan Ke Hospital

Permohonan Tuntutan Perjalanan Bagi Tujuan Rawatan Perubatan ke Hospital Kerajaan Berpakar bagi Pesara Awam Persekutuan

Mungkin ada antara kita yang tidak mengetahui bahawa pesara awam persekutuan layak untuk membuat tuntutan perjalanan hospital kerajaan berpakar.

Di sini kami kongsikan info rasmi daripada Bahagian Pasca Perkhidmatan (PENCEN) tentang permohonan tuntutan tersebut untuk makluman bersama.

Permohonan Tuntutan Perjalanan Rawatan Ke Hospital Untuk Pesara

Menurut Portal JPA Pencen, sekiranya seseorang pegawai perubatan tempatan mengesahkan bahawa seseorang Pesara itu atau keluarganya perlu mendapat rawatan dari pegawai-pegawai perubatan di tempat lain, maka dia atau keluarganya boleh menuntut elaun-elaun yang layak dituntut oleh pegawai yang sedang berkhidmat kerana menjalankan tugas rasmi seolah-olah dia atau keluarganya di dalam perjalanan kerana urusan rasmi.

Syarat kelayakan membuat tuntutan perjalanan hospital untuk pesara adalah seperti berikut:

Syarat Kelayakan

  • Tuntutan adalah terhad kepada jarak perjalanan melebihi 25 km daripada rumah kediaman ke Hospital Kerajaan berpakar yang dirujuk oleh hospital/ klinik Kerajaan berhampiran rumah kediaman.
  • Tuntutan ini tidak termasuk tuntutan rawatan dialisis yang berjadual.
  • Hanya tertakluk kepada Pesara Awam Persekutuan yang tanggungan perubatan serta rawatan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (Persekutuan)

Baca juga: 17 Jenis Pengeluaran KWSP Yang Boleh Dibuat Sebelum Pencen

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen berikut hendaklah dikemukakan kepada Jabatan Perkhidmatan Persaraan, KWAP dalam tempoh 12 bulan dari tarikh perjalanan berkenaan untuk tujuan tuntutan bayaran balik :

  1. Borang JPA.BP.UBAT.B04 (boleh didapati di pautan senarai borang laman web Bahagian Pasca Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam atau klik sahaja di sini – http://www.jpapencen.gov.my/…/PDF/UBAT/JPA.BP.UBAT.B04.pdf
  2. Surat rujukan daripada Pakar Perubatan Kerajaan yang merujuk pesara Awam Persekutuan ke Hospital Kerajaan berpakar – contohnya surat rujukan daripada pakar perubatan Kerajaan di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh utk pesakit mendapatkan rawatan lanjut di Institut Jantung Negara;
  3. Dokumen asal ‘Slip Kehadiran’ semasa mendapatkan rawatan di hospital Kerajaan berpakar;
  4. Salinan Kad Pesara;
  5. Salinan Kad Pengenalan Pesara;
  6. Salinan Kad Pengenalan Pesakit (bagi tanggungan pesara Awam Persekutuan yang layak menerima rawatan percuma); dan
  7. Resit asal tol, parking (jika memandu sendiri), resit tiket bas/ kereta api, kapal terbang (untuk pesakit yang menggunakan pengangkutan awam)

Dokumen yang lengkap hendaklah dihantar ke alamat di bawah:

Jabatan Perkhidmatan Persaraan
Kumpulan Wang Persaraan (KWAP)

Aras 2, SkyTech Tower 2
MKN Embassy Techzone
Jalan Teknokrat 2, Cyber 4
63000 Cyberjaya, Selangor

No. tel: 03-8887 8777

Baca juga: Tarikh Bayaran Faedah PERKESO 2021 (Jadual Bulanan SOCSO)

Maklumat Lanjut Tentang Tuntutan Perjalanan Hospital Bagi Pesara

Untuk makluman lanjut boleh rujuk saluran berikut:

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!