Bantuan Sara Diri & Kecemasan Mahasiswa Perak 2022

Sukacita dimaklumkan bahawa kerajaan Negeri Perak kini menawarkan permohonan Bantuan Kecemasan dan Bantuan Sara Diri Mahasiswa. Pelajar kelahiran Perak yang berkelayakan dialu-alukan untuk memohon secara atas talian.

Bantuan ini diwujudkan bagi membantu pelajar dalam menampung perbelanjaan harian sewaktu menjalani pengajian di Institut Pengajian Tinggi (IPT).

Baca Juga : Tawaran Biasiswa Tuanku Canselor & Biasiswa UMT 2022 Untuk Pelajar PhD

Tarikh Permohonan

Untuk makluman, permohonan bagi bantuan ini dibuka secara atas talian mulai 1 April 2022 sehingga 30 Jun 2022.

Bantuan Sara Diri

Syarat Bantuan Sara Diri

Pelajar yang berminat untuk memohon Bantuan Sara Diri perlulah menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan iaitu :

1. Anak kelahiran Negeri Perak seperti berikut :-

Pemohon dan ibu atau bapa lahir di negeri Perak ; atau

Pemohon dan ibu atau bapa lahir di luar negeri Perak tetapi telah bermastautin di negeri Perak lebih daripada 10 tahun ; atau

Pemohon dan ibu atau bapa yang lahir di Negeri Perak tetapi beralamat di luar Negeri Perak dan telah bermastautin di Negeri Perak lebih dari 10 tahun.

Keutamaan kepada mahasiswa yang masih menetap di Negeri Perak

2. Sedang melanjutkan pengajian SEPENUH MASA dalam SEMESTER KEDUA DAN KE ATAS peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana (MASTER) dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

3. Open Universiti Malaysia (OUM) tidak layak untuk memohon bantuan ini.

4. Semua permohonan perlu mendapat sokongan / pengesahan pihak Hal Ehwal Pelajar di IPT pemohon.

5. Isirumah (Ibu dan Bapa) keluarga berpendapatan di bawah RM3,000 kebawah (gaji pokok).

6. Keutamaan kepada mahasiswa yang memperoleh PNG 3.0 dan ke atas.

7. Mahasiswa yang telah mendapat sebarang bantuan Biasiswa Pendidikan dari mana-mana agensi mahupun syarikat korporat tidak akan dipertimbangkan.

8. Pemberian sekali setahun sahaja bagi setiap pelajar mengikut peringkat pengajian. (Bantuan Sara Diri).

Syarat Bantuan Kecemasan

Pelajar yang berminat untuk memohon Bantuan Kecemasan perlulah menepati syarat-syarat iaitu :

1. Anak kelahiran Negeri Perak seperti berikut :-

◦ Pemohon dan ibu atau bapa lahir di Negeri Perak ; atau

◦ pemohon dan ibu atau bapa lahir di luar Negeri Perak tetapi telah bermastautin di Negeri Perak lebih daripada 10 tahun ; atau

◦ Pemohon dan ibu atau bapa yang lahir di Negeri Perak tetapi beralamat di luar Negeri Perak dan telah bermastautin di Negeri Perak lebih dari 10 tahun.

◦ Keutamaan kepada mahasiswa yang masih menetap di Negeri Perak.

2. Sedang melanjutkan pengajian SEPENUH MASA peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana (MASTER) dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

3. Open Universiti Malaysia (OUM) tidak layak untuk memohon bantuan ini.

4. Semua permohonan perlu mendapat sokongan / pengesahan pihak Hal Ehwal Pelajar di IPT pemohon.

5. Menghantar bukti pengesahan kejadian dalam bentuk Laporan Polis, Laporan Perubatan atau Pengesahan oleh Pemimpin Tempatan (Wakil Rakyat / Penghulu / Ketua Kampung / Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga)

6. Bantuan Kecemasan Mahasiswa Negeri Perak (sepanjang tahun dan perlu dihantar dalam tempoh 2 minggu (14 hari) dari tarikh berlakunya kejadian)

Cara Memohon

1. Pergi ke pautan di bawah mengikut kategori bantuan :

Mohon Bantuan Sara Diri

Mohon Bantuan Kecemasan

2. Isikan borang online dengan teliti. Baca dan fahamkan syarat serta terma yang dinyatakan. Muat naik dokumen yang diperlukan selengkapnya

3.Tunggu Emel Pengesahan yang akan dihantar kepada pemohon kepada pemohon yang berjaya memuatnaik Borang Online

4. Jawapan bagi kelulusan permohonan akan diberikan kira-kira 14 hari untuk diproses.

Semakan Kelulusan

Calon yang sudah hantar permohonan boleh lakukan semakan melalui pautan di bawah :

https://hestechperak.com/statuspermohonan/

Bantuan Sara Diri

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi talian berikut :

05-2538600 atau 05-2095000

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!