Permohonan Bantuan Rahmah Insan Istimewa (BRAIS) 2026 Dibuka Mulai 1 Jun melalui laman web rasmi https://www.yanis.org.my/brais
Berita baik buat golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dan insan istimewa di Selangor. Permohonan bagi Bantuan Rahmah Insan Istimewa (BRAIS) 2026 akan dibuka secara rasmi bermula 1 Jun 2026.
Bantuan ini diwujudkan bagi membantu meringankan beban golongan sasaran menerusi sokongan kebajikan dan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Selangor.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang bantuan ini untuk makluman semua.
Apakah Bantuan Rahmah Insan Istimewa Selangor BRAIS?
Bantuan Rahmah Insan Istimewa (BRAIS) merupakan penjenamaan semula bagi program Bantuan Khas ANIS (BKA) bagi memperkukuh penyampaian bantuan kepada insan istimewa di Selangor melalui pendekatan yang lebih tersusun dan inklusif.
BRAIS merupakan penjenamaan semula bagi program BKA bagi memperkukuh penyampaian bantuan kepada insan istimewa di Selangor melalui pendekatan yang lebih tersusun dan inklusif.
Program ini merangkumi lima (5) kategori bantuan yang bertujuan meringankan tanggungan keluarga penerima manfaat melalui pelaksanaan inisiatif yang lebih bersasar dan praktikal.
Kategori bantuan yang ditawarkan:
- Yuran pusat terapi
- Ubat-ubatan / Makanan tambahan / Keperluan khas
- Peralatan khas
- Yuran persekolahan
- Fasiliti tandas kediaman
Objektif Utama BRAIS adalah:
- Mengurangkan beban kewangan individu yang mempunyai ahli keluarga OKU melalui bantuan kewangan bersasar yang memberi impak secara langsung kepada kualiti hidup penerima manfaat.
- Meningkatkan akses OKU kepada perkhidmatan asas seperti terapi, pendidikan dan fasiliti mesra OKU mengikut keperluan mereka.
- Menyokong keperluan khas OKU yang berbeza mengikut peringkat usia melalui pelaksanaan bantuan yang lebih bersasar dan praktikal.

Kategori Bantuan Yang Ditawarkan
- Yuran pusat terapi (RM1,200)
- Ubat-ubatan** / Makanan tambahan** / Keperluan khas** (RM1,200)
- Peralatan khas** (Maksimum sehingga RM3,000)
- Yuran persekolahan (RM120)
- Fasiliti tandas kediaman (RM1,500)

Syarat & Kelayakan
- Pemohon (Ibu Bapa/Penjaga/Individu OKU) adalah Warganegara Malaysia
- Pemohon (Ibu Bapa/Penjaga/Individu OKU) adalah pengundi Selangor
- Penerima manfaat adalah berumur 60 tahun ke bawah
- Penerima manfaat mempunyai kad OKU yang berdaftar oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
- Penjaga merupakan ibu bapa angkat yang sah dan berdaftar di bawah Akta Pendaftaran Pengangkatan (JPN) dan Akta Pengangkatan 1973
*Nota: Sekiranya terdapat maklumat palsu atau tidak lengkap, permohonan anda akan dibatalkan dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.

Tarikh Permohonan BRAIS 2026
Permohonan BRAIS 2026 dibuka pada tarikh berikut:
- Tarikh buka permohonan: 1 Jun 2026 (8.30 pagi)
- Tarikh tutup permohonan: 22 Jun 2026 (5.30 petang)
Orang ramai yang layak disarankan membuat permohonan awal bagi mengelakkan sebarang masalah teknikal pada saat akhir.
Cara Mohon Bantuan BRAIS 2026
Permohonan boleh dibuat secara online menerusi portal rasmi YANIS.
Langkah Permohonan
- Layari laman web rasmi BRAIS di:
www.yanis.org.my/brais - Lengkapkan borang permohonan yang disediakan.
- Muat naik dokumen sokongan yang diperlukan.
Pastikan semua maklumat diisi dengan lengkap dan tepat bagi melancarkan proses semakan permohonan.

Dokumen Diperlukan
Kategori A: Yuran Pusat Terapi
- Surat tawaran/ pengesahan pelajar di pusat terapi
- Sebutharga sesi terapi
- Penyata akaun bank pusat terapi
Kategori B: Ubat-Ubatan / Makanan Tambahan / Keperluan Khas
- Salinan preskripsi doktor dengan spesifikasi khusus (Keterangan keperluan yang disarankan oleh doktor)
- Sebutharga ubat-ubatan/ makanan tambahan/ keperluan khas
- Penyata akaun bank syarikat pembekal ubat-ubatan/ makanan tambahan/ keperluan khas
Kategori C: Peralatan Khas
- Salinan preskripsi doktor dengan spesifikasi khusus (Keterangan keperluan yang disarankan oleh doktor)
- Sebutharga peralatan
- Penyata akaun bank syarikat pembekal peralatan
Kategori D: Yuran Persekolahan
- Surat pengesahan murid di sekolah berkenaan
Kategori E: Fasiliti Tandas Kediaman
- Gambar keadaan semasa tandas (jika ada)
- Sebut harga pembinaan / pengubahsuaian tandas OKU
- Penyata akaun bank syarikat kontraktor
- Pelan ringkas
Baca juga: Borang Pengesahan Pendapatan: Muat Turun Template & Contoh
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
BRAIS merupakan inisiatif bantuan khas bagi membantu insan istimewa dan golongan OKU di Selangor melalui sokongan kebajikan yang lebih menyeluruh.
Program ini bertujuan membantu meningkatkan kesejahteraan penerima yang memerlukan bantuan kewangan dan sokongan berkaitan.
Sebarang pertanyaan berkaitan permohonan BRAIS 2026 boleh diajukan melalui:
- Telefon: 03-5545 3170
- WhatsApp: 011-5596 8636
Maklumat lanjut juga boleh diperoleh menerusi portal rasmi https://www.yanis.org.my/brais
Soalan Lazim Bantuan Rahmah Insan Istimewa Selangor (BRAIS
Boleh. Dengan syarat pemohon adalah pengundi Selangor. Pemohon dan penerima manfaat juga perlulah menetap di Selangor.
Tidak boleh. Pemohon dan penerima manfaat mestilah menetap di Selangor sahaja.
Layak. Dengan syarat pemohon merupakan pengundi Selangor.
Tidak boleh. Antara salah satu syarat utama permohonan BRAIS adalah penerima manfaat mestilah mempunyai kad OKU yang berdaftar oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Boleh. Permohonan hendaklah dibuat secara berasingan. Namun jumlah bantuan yang diperuntukkan untuk sebuah keluarga adalah sehingga RM5,000 sahaja secara one-off.
Tidak boleh. Permohonan mestilah dibuat oleh ibu bapa sendiri sekiranya masih hidup.
Boleh. Anda perlu mengemukakan salinan sijil kematian ibu dan bapa anak tersebut serta surat akuan sumpah penjagaan sah yang disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah sebagai dokumen sokongan semasa permohonan dibuat.
Tidak boleh, sekiranya salah seorang ibu atau bapa kandung masih hidup. Permohonan hendaklah dibuat oleh ibu atau bapa yang masih hidup sebagai penjaga utama anak tersebut. Permohonan oleh ahli keluarga lain hanya boleh dipertimbangkan sekiranya kedua-dua ibu bapa telah meninggal dunia atau terdapat dokumen sah yang membuktikan hak penjagaan telah diserahkan kepada penjaga berkenaan.
Boleh. Namun permohonan hanya akan diproses setelah pusat terapi tersenarai dalam panel rasmi YANIS.
Tidak. Pemohon hendaklah memastikan pusat terapi yang dinyatakan semasa permohonan adalah muktamad dan selaras dengan dokumen sokongan yang dikemukakan. Sebarang penukaran pusat terapi pada mana-mana peringkat adalah tidak dibenarkan. Pembayaran bantuan hanya akan dibuat kepada pusat terapi yang telah diluluskan oleh pihak YANIS. Pihak YANIS juga berhak membatalkan kelulusan serta menuntut semula bayaran sekiranya syarat ini tidak dipatuhi.
Tidak boleh. Pembelian peralatan khas hanya boleh dibuat melalui panel lantikan di bawah YANIS sahaja. Peralatan tersebut akan terus dihantar kepada penerima manfaat setelah permohonan diluluskan dan tempahan kepada panel selesai dilaksanakan.
Bantuan kategori yuran persekolahan diwujudkan sebagai sokongan kewangan kepada ibu bapa/penjaga yang telah membuat bayaran persekolahan terlebih dahulu. Pemohon tidak perlu mengemukakan resit pembayaran yuran, namun perlu mengemukakan maklumat sekolah serta surat pengesahan berkaitan. Penyaluran bantuan akan dibuat terus kepada pihak sekolah, dan pihak sekolah seterusnya akan membuat penyaluran semula kepada ibu bapa/penjaga berdasarkan kaedah yang ditetapkan oleh sekolah.
Antara skop yang boleh dipertimbangkan termasuk pemasangan pemegang sokongan (grab bar), pengubahsuaian laluan kerusi roda, lantai anti-gelincir, kerusi mandi khas serta kerja berkaitan keselamatan dan aksesibiliti tandas.
Tidak. Bantuan hanya melibatkan skop berkaitan fasiliti tandas dan akses keperluan OKU yang diluluskan di bawah program BRAIS sahaja.




