Bantuan Prihatin Zakat Mangsa Banjir Pahang 2021/2022

AGIHAN PRIHATIN ZAKAT MANGSA BANJIR PAHANG 2021

Program agihan bantuan ini adalah sebahagian inisiatif MUIP melalui sumber zakat dibawah asnaf Gharimin bagi meringankan keperitan umat Islam yang terlibat dalam bencana Banjir di dalam negeri PAHANG tahun 2021/2022.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Bantuan Agihan Prihatin Zakat Mangsa Banjir Pahang 2021 ini.

Bantuan Agihan Prihatin Zakat Mangsa Banjir Pahang 2021 / 2022

Agihan ini akan disalurkan kepada seorang sahaja iaitu Ketua Isi Rumah (KIR) bagi setiap rumah yang terlibat dengan banjir.

Syarat-syarat

  • Warganegara Malaysia
  • Beragama Islam
  • Pemastautin/Menetap di dalam negeri Pahang
  • Mangsa Banjir di dalam negeri Pahang Yang Disahkan
  • Telah Berkahwin/Duda/Ibu Tunggal

Tarikh Permohonan

Permohonan untuk bantuan ini dibuka mulai 3 Januari 2022.

Tarikh TUTUP permohonan adalah pada 15 Februari 2022.

Cara Permohonan Bantuan Agihan Prihatin Zakat Mangsa Banjir Pahang 2021 / 2022

Permohonan secara atas talian (online) boleh dibuat di pautan ini:
http://easnaf.muip.gov.my

NOTA: Bagi mangsa banjir yang masih bujang, boleh terus buat permohonan di pejabat MUIP berhampiran tidak melalui online.
Sebagai makluman pihak Pusat Kutipan Zakat Pahang hanya mengendalikan urusan kutipan atau bayaran dan penerangan kewajipan zakat sahaja. Manakala urusan bantuan dan agihan zakat dikendalikan oleh MUIP.

Baca juga:

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan boleh whatsapp di sini:
http://www.wasap.my/601130163882

Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang
Kompleks Islam Sultan Haji Ahmad Shah, Jalan Istana Permai, 26600 Pekan, Pahang Darul Makmur.
Tel : 6+09 4221311 | Fax : 6+09 4221885
e-mail: [email protected]

Bantu sebarkan atau “share” kepada mereka yang amat memerlukan.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!