Permohonan Bantuan Projek Industri Penternakan JPVPP 2022

PERMOHONAN BANTUAN PROJEK PEMBANGUNAN INDUSTRI PENTERNAKAN JPVPP TAHUN 2022 TELAH DIBUKA MULAI 1 OKTOBER 2021 HINGGA 30 NOVEMBER 2021.

Berikut dikongsikan maklumat lanjut tentang bantuan ini untuk makluman bersama.

Bantuan Pembangunan Projek Industri Penternakan JPVPP 2021/2022

Jabatan Veterinar memainkan peranan peting dalam menjana pembangunan industri ternakan negeri dengan menyediakan program-program pembangunan industri  ternakan, program pengembangan veterinari, khidmat nasihat pengurusan ternakan, galakan amalan penternakan yang baik dan promosi produk-produk berasaskan ternakan serta mengoptimumkan penggunaan tanah rezab jabatan untuk aktiviti penternakan yang berdaya maju.

Antara fungsi Jabatan Veterinar adalah:

  • Mengawal, mencegah, dan menghapuskan penyakit haiwan dan zoonotik.
  • Pengeluaran ternakan, hasil ternakan dan makanan haiwan.
  • Pemeriksaan daging, susu, telur, makanan haiwan,rumah sembelih dan loji pemprosesan hasilan haiwan.
  • Pengawalan import dan eksport ternakan dan hasil haiwan dan perkhidmatan kuarantin.
  • Latihan bagi industri ternakan dan haiwan peliharaan.
  • Pengembangan pengeluaran ternakan dan kesihatan haiwan serta kesihatan awam veterinar.
  • Penyelidikan penyakit haiwan, dan sumber  genetik haiwan.
  • Mengawal kebajikan haiwan dan pemuliharaan bahan genetik haiwan.

Program Bantuan Pembangunan Projek Industri Penternakan JPVPP 2021/2022 ini bertujuan untuk membantu penternak membangunkan projek industri ternakan masing-masing.

Antara program pembangunan yang terlibat adalah:

  1. Pembangunan Industri Ruminan
  2. Pembangunan Industri Nilai Tinggi
  3. Pembangunan Penternakan Unggas
ntuan Pembangunan Projek Industri Penternakan JPVPP 2021/2022

Baca juga: eSPKR: Permohonan Program Perumahan Rakyat Termiskin PPRT Online

Syarat Permohonan

Syarat-syarat permohonan adalah seperti berikut:

  1. Penternak kelahiran Pulau Pinang / bermastautin melebihi 5 tahun
  2. Projek sedang dijalankan di Pulau Pinang dan telah berdaftar dengan Jabatan Veterinar
  3. Menjalankan bidang penternakan secara separuh atau sepenuh masa
  4. Pemohon yang menerima bantuan jabatan sekurag-kurangnya 3 tahun lepas tidak layak menerima bantuan yang sama.
  5. Tapak projek bersesuaian dan mempunyai hak pemilikan tanah yang sah. Sekiranya tapak yang dimiliki adalah disewa, pemohon perlu menyertakan dokumen perjanjian penyewaan serta maklumat berkaitan.
  6. Mempunyai lesen PBT bagi permohonan bantuan ternakan hidup dan infrastruktur kandang melainkan diputuskan oleh Jawatankuasa Pemilihan Bantuan.
  7. Ternakan diladang WAJIB mempunyai tanda pengenalan haiwan.
  8. Boleh bekerjasama serta bersetuju menerima syarat-syarat yang ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pulau Pinang.
  9. Setiap pemohon mesti mengisi borang di Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah.
  10. Permohonan akan dinilai oleh Jawatankuasa Jabatan Perkhidmatan Veterinar Pulau Pinang. Sekiranya tiada makluman dalam tahun semasa, permohonan dianggap tidak berjaya.
ntuan Pembangunan Projek Industri Penternakan JPVPP 2021/2022

Dapatkan borang permohonan di link berikut :https://dvs.penang.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=104:permohonan-bantuan-jpvpp&catid=26:berita-aktiviti-terkini&lang=my&Itemid=101

Muat Turun Borang Permohonan

Borang_Permohonan_Bantuan_JPVPP

Borang Permohonan Geran Pemadanan IAT

Baca juga: BMT 2021: Semakan Bantuan Musim Tengkujuh RISDA RM600

Maklumat Lanjut Bantuan Pembangunan Projek Industri Penternakan JPVPP 2021/2022

Jika ada sebarang pertanyaan, sila hubungi pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar Pulau Pinang melalui email [email protected] atau telefon

  • Bahagian Pembangunan Industri Ternakan DVS Penang 04-5084368/69/70
  • Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Seberang Perai Utara 04-5732616
  • Pejabat PerkhidmatanVeterinar Daerah Seberang Perai Tengah 04-5394104
  • Pejabat PerkhidmatanVeterinar Daerah Seberang Perai Selatan 04-5824366
  • Pejabat PerkhidmatanVeterinar Daerah Timur Laut 04-2285734
  • Pejabat PerkhidmatanVeterinar Daerah Barat Daya 04-8668231

Sumber: DVS Penang

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!