Advertisements

BUDI : Bantuan Pendaftaran IPT Secara One-Off Untuk Pelajar Sabah

Advertisements

Sukacita dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Sabah kini mengumumkan Bantuan Tunai Pendaftaran Institusi Pengajian Tinggi (BUDI) dan Bantuan Khas Tunai Peperiksaan (Bakti) untuk pelajar Sabah.

Insentif khas ini diberikan kepada pelajar kelahiran Sabah yang melanjutkan pelajaran ke IPT dan pelajar sekolah yang berkelayakan. Pemberian yang melibatkan peruntukan RM 12 juta ini bertujuan untuk meringankan beban pelajar Sabah bagi meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

Jumlah Bantuan

Kadar bantuan yang akan diberikan kepada pelajar IPT yang berkelayakan secara one-off pada kadar berikut :

  • Diploma/ Asasi dan Matrikulasi : RM 1,500
  • Ijazah Sarjana Muda : RM 2,000

Tarikh Permohonan

Permohonan bantuan tunai pendaftaran IPT secara one-off ini sudah mula dibuka bermula Jun 2022. Pemberian bantuan dijangka akan bermula pada penghujung tahun 2022.

Bantuan Pendaftaran IPT

Syarat-Syarat Kelayakan

Pelajar yang berminat untuk memohon perlulah menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan seperti berikut :

  • Pelajar melanjutkan pelajaran ke IPTA/IPTS tahun 2022 untuk kemasukan kali pertama ke IPT di seluruh Malaysia (Sabah,Sarawak dan Semenanjung Malaysia) serta diiktiraf oleh kerajaan.
  • Merupakan warganegara Malaysia yang berasal dari Sabah
  • Berumur tidak melebihi 25 tahun
  • Melanjutkan pelajaran di peringkat Diploma/Asasi/Matrikulasi atau Ijazah Sarjana Muda.
  • Ibu bapa pemohon atau penjaga tergolong dalam kategori B40 atau M40 dengan pendapatan RM 5,000 ke bawah.
  • Pelajar yang telah mendapat tajaan Biasiswa Kerajaan Negeri atau mana-mana institusi lain tidak layak mendapat bantuan BUDI.
  • Pemohon bantuan BUDI hendaklah mendapatkan pengesahan kemasukan (telah mendaftar) dari IPT masing-masing.

Cara Memohon Bantuan Pendaftaran IPT BUDI

Pelayar yang berminat boleh lakukan permohonan secara atas talian menerusi pautan berikut :

https://budi.sabah.gov.my/

Calon juga boleh lakukan permohonan secara manual untuk muat turun dan lengkapkan borang permohonan di bawah :

Dokumen Yang Diperlukan

Pemohon perlulah kemukakan bersama dokumen sokongan seperti yang disenaraikan berikut :

  • Salinan surat beranak (Pemohon dan Ibu bapa / penjaga)
  • Salinan kad pengenalan (Pemohon dan ibu bapa / penjaga)
  • Salinan slip gaji ibu bapa / penjaga (jika bekerja) atau surat pengesahan pendapatan daripada Pegawai Daerah / Ketua Kampung
  • Salinan slip keputusan SPM/STPM/STAM/DIPLOMA
  • Salinan surat tawaran kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang berkenaan.
  • Salinan muka penyata akaun pemohon

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai Bantuan Tunai Pendataran IPT (BUDI), anda boleh berhubung melalui butiran seperti di bawah :

Pejabat Menteri Tugas-Tugas Khas

Aras 29, Blok A, Pejabat Pentadbiran Negeri Sabah

Jalan Sulaman, Teluk Likas

88400 Kota Kinabalu

Telefon : 088 369 865 / 088 369 890 / 088 369 872

Laman Web : https://mttk.sabah.gov.my/

Bantu kami bagi rating artikel ini:

Average rating 4.5 / 5. Vote count: 2

No votes so far! Be the first to rate this post.

Leave a Comment