Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) mempelawa pelajar yang akan melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan memenuhi syarat kelayakan untuk memohon Skim Dermasiswa Pengajian MAINPP bagi sesi 2026 yang boleh dipohon menerusi https://pendidikan.mainpp.gov.my.
Berikut adalah info lanjut tentang Dermasiswa Pengajian Zakat Pulau Pinang yang perlu anda tahu.

Apakah Dermasiswa Pengajian Zakat Pulau Pinang?
Sebelum ini, bantuan dermasiswa ini dikenali sebagai Bantuan Dermasiswa E-Minhah yang diuruskan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang.
Namun, ia telah dijenamakan semula sebagai Skim Dermasiswa Pengajian MAINPP yang merangkumi peringkat Diploma hingga ke Ijazah Doktor Falsafah.
Tujuan utama dermasiswa pengajian ini diperkenalkan adalah untuk:
- Meringankan beban kewangan pelajar
- Menyokong kelangsungan pendidikan pelajar yang berkelayakan
Tarikh Permohonan
Tarikh permohonan ini dibuka mulai 13 April 2026 hingga 30 November 2026.
Peringkat Pengajian
Peringkat pengajian yang layak memohon adalah seperti berikut:
- Diploma
- Ijazah Sarjana Muda
- Ijazah Sarjana
- Ijazah Doktor Falsafah
Syarat Permohonan
Syarat permohonan untuk pemohon dermasiswa pengajian ini adalah seperti berikut:
- Beragama Islam.
- Pemastautin tetap negeri Pulau Pinang.
- Tidak Mendapat bantuan/tajaan pembiayaan, biasiswa atau pinjaman boleh ubah dari MARA/JPA atau mana-mana agensi kerajaan/GLC/Swasta/Bank dan lain lain KECUALI, PTPTN dan Bantuan Kewangan Negeri Pulau Pinang.
- Keputusan peperiksaan tahun semasa kumulatif 2.75 dan ke atas kecuali bagi pelajar luar negara.
- Permohonan hanya diluluskan sekali sahaja dalam tempoh satu (1) tahun.
- Keputusan peperiksaan pelajar Timur Tengah perlu mendapatkan pengesahan dari Pegawai Atase Pendidikan Pulau Pinang di Timur Tengah.
Cara Permohonan
Permohonan boleh dibuat menerusi pautan https://pendidikan.mainpp.gov.my.
Soalan Lazim
Skim Dermasiswa Pengajian MAINPP merupakan skim dermasiswa untuk meringankan beban kewangan pelajar selain menyokong kelangsungan pendidikan pelajar yang berkelayakan.
Permohonan skim dermasiswa ini dibuka mulai 13 April 2026 hingga 30 November 2026.
– Diploma
– Ijazah Sarjana Muda
– Ijazah Sarjana
– Ijazah Doktor Falsafah
Ya. Pemohon masih boleh memohon skim dermasiswa ini walaupun mendapat bantuan kewangan dari PTPTN.
Keputusan peperiksaan pemohon tahun semasa mestilah kumulatif 2.75 dan ke atas kecuali bagi pelajar luar negara.
Permohonan boleh dibuat menerusi https://pendidikan.mainpp.gov.my.
Pertanyaan Lanjut
Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Bahagian Akademik dan Pendidikan Unit Pendidikan & Dermasiswa, MAINPP:
Telefon: 04-549 8088 (Samb: 125 / 129 / 155 / 168)
WhatsApp: 019-527 2276 / 019-431 9199
Emel: [email protected]
Baca juga: Biasiswa YB Menteri Pendidikan Tinggi-Atlet Cemerlang IPT 2026




