Bantuan Pembelian Barangan Keperluan Banjir JPM (RM2500)

BANTUAN PEMBELIAN BARANGAN KEPERLUAN BANJIR RM2500

Perdana Menteri telah mengumumkan pelbagai pakej Bantuan Banjir Keluarga Malaysia bagi membantu mangsa banjir yang terjejas pada Disember 2021.

Salah satu daripada bantuan tersebut adalah Bantuan Pembelian Barangan Keperluan Melalui ICU, JPM.

Mungkin ada yang tertanya-tanya, bagaimanakah cara untuk memohon atau mendapatkan bantuan ini?

Berikut dikongsikan info terkini tentang bantuan ini untuk makluman bersama.

Apakah Bantuan Pembelian Barangan Keperluan Banjir ?

Bantuan Pembelian Barangan Keperluan Banjir adalah salah satu inisiatif yang diumumkan oleh Kerajaan dalam Bantuan Banjir Keluarga Malaysia pada 31 Disember 2021.

Bantuan berjumlah RM10,000 tersebut merangkumi 6 bentuk bantuan iaitu:

  1. BANTUAN WANG IHSAN (BWI) RM1000
  2. BANTUAN PEMBELIAN BARANG KEPERLUAN RM2500
  3. BANTUAN BAIK PULIH RUMAH SEHINGGA RM5000
  4. REBAT PEMBELIAN BARANGAN ELEKTRIK RM500⠀
  5. REBAT BIL ELEKTRIK 100% BULAN DISEMBER
  6. DISKAUN BAIK PULIH KENDERAAN / REBAT PENGGANTIAN KENDERAAN BAHARU RM1000

Salah satu bantuan yang tersenarai adalah Bantuan Pembelian Barang Keperluan yang akan kami kongsikan lebih lanjut dalam artikel ini.

Jumlah Sumbangan

Jumlah sumbangan bagi bantuan ini adalah RM2,500 bagi setiap Ketua Isi Rumah (KIR).

Kelayakan Bantuan Pembelian Barangan Keperluan Banjir RM2500

Syarat kelayakan bagi memohon atau mendapatkan bantuan ini adalah:

  • Unit rumah yang ditenggelami air

Mereka yang tidak layak mendapatkan bantuan ini adalah:

  • Unit rumah berbilang tingkat (seperti flat dan pangsapuri) yang tidak terjejas
  • Premis perniagaan

Kaedah Sumbangan / Bayaran Bantuan Banjir RM2500

Bayaran akan diberikan dalam bentuk:

  • Sumbangan tunai
  • Pemindahan elektronik – EFT (Electronic Fund Transfer)

Unit Penyelarasan Perlaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) adalah badan pelaksana yang terlibat untuk menguruskan bantuan ini.

Pelaksanaan bantuan ini akan diselaraskan oleh Pusat Kawalan Operasi Banjir (PKOB) daerah masing-masing.

bantuan banjir rm2500

Cara Permohonan / Proses Penyaluran Bantuan Pembelian Barangan Keperluan Banjir

Untuk memohon, sila ikuti mekanisme penyaluran berikut:

  1. Menghubungi dan memberi data KIR kepada Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB)
  2. Senarai penerima yang layak akan disahkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD)
  3. Senarai akan dikemukakan kepada ICU JPM
  4. Serahan wang tunai / EFT oleh ICU JPM / Pejabat Daerah akan dibuat kepada penerima.
bantuan banjir rm2500

No Talian Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB)

https://portalbencana.nadma.gov.my/ms/pkob

Maklumat Lanjut

Untuk mengetahui maklumat lanjut tentang Bantuan Banjir Keluarga Malaysia, sila rujuk :

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!