Anda mungkin layak menerima bantuan.
Semak Sekarang!

Pekebun Kecil dan Penoreh Getah boleh mula membuat permohonan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) 2026 di Portal Pekebun Kecil RISDA melalui pautan https://pekebunkecil.risda.gov.my/.

Berikut adalah maklumat dan info lanjut.

Mengenai Bantuan Musim Tengkujuh (BMT)

Bantuan Musim Tengkujuh, atau BMT merupakan bantuan tahunan yang diberikan oleh RISDA untuk membantu pekebun kecil dan penoreh getah yang pendapatannya terjejas akibat musim tengkujuh.

Inisiatif merupakan inisiatif sokongan Kerajaan MADANI melalui Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dan RISDA.

Tujua. inisiatif ini diperkenalkan adalah untuk meringankan beban dan tekanan kos sara hidup pekebun kecil serta penoreh getah akibat cuaca hujan berpanjangan.

Untuk makluman, seramai 331,142 pekebun kecil dan penoreh getah di seluruh negara telah mendapat manfaat hasil daripada inisiatif ini.

Tarikh Permohonan

Tarikh permohonan BMT 2026 adalah bermula 1 Julai hingga 30 September 2026.

Jumlah Bantuan

Kadar bantuan BMT berjumlah RM400.00 yang akan dibayar secara berperingkat, terus ke akaun penerima.

Tarikh Bayaran

Sumbangan BMT pekebun kecil sebanyak RM400 biasanya akan dibayar secara berperingkat untuk tempoh empat bulan seperti berikut:

  • November 2026- RM200
  • Disember 2026- RM200

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan bantuan ini adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berdaftar dengan RISDA atau agensi berkaitan
  3. Memiliki atau mengusahakan lot bertanam getah yang mengeluarkan hasil
  4. Mempunyai pengesahan pemilik tanah atau wakil sah (khusus untuk penoreh bukan pemilik)

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat seperti berikut:

  1. Sediakan dokumen sokongan mengikut syarat kelayakan.
  2. Layari Portal Pekebun Kecil RISDA di https://pekebunkecil.risda.gov.my.
  3. Lengkapkan permohonan secara dalam talian dan hantar untuk semakan.
  4. Tunggu keputusan kelulusan daripada RISDA. Pembayaran akan dibuat kepada penerima yang layak bermula pada bulan November dan Disember 2026.

Dokumen Yang Diperlukan

Anda perlu membawa salinan dokumen berikut ketika membuat permohonan Bantuan Musim Tengkujuh.

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

i) Pekebun Kecil RISDA & Individu

  1. Kad Pengenalan pemohon dan salinan;
  2. Geran asal tanah dan salinan;
  3. Salinan buku akaun bank yang aktif
  4. Mempunyai PAT-G yang masih sah ketika permohonan

ii) Penoreh Bukan Pemilik

  1. Kad Pengenalan pemohon dan salinan;
  2. Salinan Kad Pengenalan pemilik tanah;
  3. Salinan geran lot yang ditoreh (geran berkomputer);
  4. Salinan buku akaun bank yang aktif;
  5. Salinan Kad PAT-G yang masih sah ketika permohonan dibuat (WAJIB bagi penoreh)
  6. Surat pengesahan daripada pemilik tanah / wakil yang sah.

Pekebun Kecil di bawah Agensi

  1. Kad Pengenalan pemohon dan salinan;
  2. Geran asal tanah dan salinan (jika memiliki tanah bergeran atau mempunyai dokumen hakmilik tanah yang sah);
  3. Salinan buku akaun bank yang aktif;
  4. Surat pengesahan daripada Agensi
  5. Salinan Kad PAT-G yang masih sah ketika permohonan dibuat (Wajib bagi permohonan di bawah JPS dan JAKOA).

Kaedah Penerimaan Bantuan

Penerima yang layak akan diproses untuk bayaran bantuan secara transaksi atas talian atau Electronic Fund Transfer (EFT) ke akaun bank aktif yang telah didaftarkan oleh penerima ketika permohonan dibuat.

Soalan Lazim

Berapakah jumlah bantuan BMT?

Jumlah bantuan BMT adalah sebanyak RM400 yang akan dibayar pada November sebanyak RM200 dan Disember sebanyak RM200.

Adakah saya perlu membuat permohonan BMT setiap tahun?

Ya, terutamanya jika anda seorang penoreh getah. Anda perlu membuat permohonan baharu setiap tahun. Bagi pekebun kecil yang pernah lulus, anda dinasihatkan untuk log masuk ke portal bagi mengesahkan atau mengemas kini maklumat peribadi anda, terutamanya nombor akaun bank.

Saya tiada akaun bank. Bolehkah saya memohon menggunakan akaun orang lain?

Tidak digalakkan. Semua pembayaran BMT dibuat secara dalam talian (online transfer) terus ke akaun bank atas nama pemohon. Ini bagi menjamin ketelusan dan mengelakkan sebarang ia berbangkit. Sila buka akaun bank anda sendiri sebelum memohon.

Saya hanya menoreh di kebun milik ayah saya. Adakah saya layak?

Ya, sudah tentu anda layak. Anda boleh mohon di bawah kategori Penoreh (Bukan Pemilik Tanah). Pastikan and mendapatkan surat pengesahan daripada ayah anda (sebagai pemilik tanah) dan memenuhi syarat wajib yang lain, terutamanya memiliki Kad PAT-G yang sah atas nama anda.

Bolehkah pemilik tanah (Pekebun Kecil) dan orang yang menoreh (Penoreh) mendapat bantuan ini bagi satu lot yang sama?

Hanya seorang penerima sahaja yang layak menerima bantuan ini bagi satu lot yang sama laitu sama ada pemilik tanah (Pekebun Kecil) atau orang yang menoreh (Penoreh) dan tanpa mengambil kira bilangan ahli kongsi.

Bagaimanakah cara untuk saya membuat permohonan?

Permohonan boleh dibuat menerusi pautan https://pekebunkecil.risda.gov.my.

Pertanyaan Lanjut

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh menghubungi RISDA di talian:

Baca juga: TVET Pertanian: Permohonan Kemasukan Sesi Julai 2026 Kini Dibuka

Penulis