Bantuan Kemasukan ke Universiti Awam, IPTS Terpilih / Politeknik

Bantuan Kemasukan ke Universiti Awam, IPTS Terpilih / Politeknik

Sila rujuk maklumat lanjut dan cara permohonan di bawah:

bantuan kemasukan universiti

Apakah Bantuan Kemasukan Universiti Awam / IPTS / Politeknik ?

Insentif berjumlah RM1000 ditawarkan bagi kemasukan ke Universiti, IPTS, Politeknik, Matrikulasi dan Asasi Sains untuk anak-anak veteran ATM.

Syarat Kelayakan

Syarat Umum

  1. Veteran ATM (bekas anggota tetap Angkatan Tentera Malaysia, bekas Tentera British yang berkhidmat di Malaya / Malaysia atau Singapura termasuk Ranger di Sarawak, bekas ahli Pasukan 136 dan bekas Askar Wataniah yang dikerah sepenuh masa) tanpa mengira tempoh khidmat termasuk tanggungan mereka.
  1. Balu kepada Veteran ATM yang dikahwini dalam perkhidmatan.
  2. Anak-anak yatim Veteran ATM yang berumur di bawah 18 tahun.
  3. Tidak diberhentikan dibawah kes tatatertib.
  4. Veteran ATM bermaustautin di kediaman tersebut.
  5. Permohonan hendaklah dikemukakan dalam tempoh setahun dari tarikh kejadian

Syarat Khusus

  1. Dihadkan kepada semua IPTA di bawah pengendalian Kementerian Pengajian Tinggi dan IPTS terpilih sahaja.
  2. Pengajian yang diikuti hendaklah sepenuh masa di peringkat Diploma atau Ijazah Pertama.
  3. Permohonan hedaklah dibuat dalam tempoh satu (1) tahun pertama kemasukan / pendaftaran ke IPTA/ IPTS terpilih.
  4. Setiap anak hanya layak menerima satu bantuan sahaja samada diperingkat Diploma atau Ijazah Pertama.
  5. Umur bagi anak veteran ATM hendaklah tidak melebihi 23 tahun ketika pendaftaran / kemasukan ke IPTA/ IPTS terpilih.
  6. Semua kursus pengajian di IPT luar Negara TIDAK LAYAK dipertimbangkan.
  7. Semua kursus pengajian professional TIDAK LAYAK dipertimbangkan.
  8. Kursus yang berbentuk latihan yang dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan adalah TIDAK LAYAK.
    (Contoh: Kursus Pra Diploma / Asasi, latihan ketenteraan, kursus perguruan, separa perubatan, institut kemahiran)

Baca juga:

Cara Permohonan Bantuan Kemasukan Universiti Awam / IPTS / Politeknik

Borang permohonan boleh didapati di

https://www.jhev.gov.my/…/category/9-bahagian-kebajikan

Maklumat Lanjut

Untuk info lanjut, layari laman web https://www.jhev.gov.my/ atau muat turun dokumen berikut:

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!