Tawaran Bantuan Insentif Makanan Ternakan Ruminan Untuk Penternak Kecil Ruminan

Tawaran Tawaran Bantuan Insentif Makanan Ternakan Ruminan Untuk Penternak Kecil Ruminan ~ Sukacita dimaklumkan bahawa tawaran bagi Bantuan Insentif Makanan Ternakan Ruminan melalui Skim Harga Bersubsidi Dedak Isirong Sawit (PKC) kini dibuka.

Insentif yang ditawarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar ini memberi peluang kepada penternak kecil untuk mendapatkan manfaat harga bekalan makanan ruminan yang lebih rendah.

Bantuan ini selaras dengan usaha JPEV untuk membantu penternak kecil dalam meringankan beban mereka.

Baca Juga : AGRONet: Cara Login Dan Daftar Agrobank Online

Bantuan Insentif Makanan Ternakan Ruminan

Tarikh Permohonan

Untuk makluman, permohonan bantuan insentif ini dibuka sehingga 31 Mei 2022.

Syarat Kelayakan

Permohonan ini terbuka kepada penternak kecil yang menepati syarat-syarat seperti berikut :

  1. Pemohon berdaftar dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan mempunyai ID Premis (Pendaftaran hendaklah dilakukan pada atau sebelum 31 Disember 2021)
  2. Makanan ternakan mestilah menggunakan Dedak Isirong Sawit (PKC)
  3. Mestilah penternak berskala kecil dengan kategori ternakan seperti di bawah :
  • Lembu / Kerbau : 50 ekor dan ke bawah
  • Kambing / Bebiri : 100 ekor dan ke bawah

Cara Mohon Bantuan Insentif Makanan Ternakan Ruminan

Penternak kecil yang berminat dan berkelayakan boleh menghantar permohonan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Johor / Pejabat Perkhidmatan Veterinar yang berhampiran pada atau sebelum 31 Mei 2022.

Borang permohonan bagi bantuan ini boleh didapati di Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah berdekatan atau dimuat turun di bawah :

Dokumen Yang Diperlukan

Pemohon juga diminta untuk sertakan bersama dokumen yang diperlukan seperti yang disenaraikan di bawah :

  1. Borang permohonan yang telah lengkap diisi
  2. Salinan kad pengenalan pemohon
  3. Salinan resit pembelian dedak isirong sawit (PKC)
  4. Salinan nombor akaun Agrobank pemohon

Penghantaran selepas tarikh tutup tidak akan diterima.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah terdekat.

Bagi mengetahui perkembangan serta pengumuman terkini, sila ikuti laman Facebook Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia.

Semoga insentif ini dapat menjadi batu loncatan bagi penternak untuk kembangkan lagi perusahaan mereka dalam bidang penternakan ruminan.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!