AGRONet: Cara Login Dan Daftar Agrobank Online

Bagi pemilik akaun Agro Bank, proses mendaftar AGRONet sebenarnya tidaklah sukar.

Seperti mana-mana bank di Malaysia, pihak Agro Bank turut menawarkan perkhidmatan perbankan internet melalui AGRONet untuk semua pemilik akaun Agro Bank.

Apa itu AGRONet

agronet

Melalui AGRONet, anda boleh melakukan urusan perbankan secara serta merta, bila-bila masa dan di mana jua anda berada.

Ianya boleh dilakukan di rumah, di tempat kerja atau di seluruh dunia melalui akses internet.

Terdapat banyak perkara yang boleh dilakukan melalui portal ini antaranya:

  • Menyemak baki akaun anda
  • Membaca dan memuat turun butiran penyata
  • Melihat butir-butir pembiayaan anda
  • Memindahkan wang antara akaun anda sendiri di Agrobank
  • Memindahkan wang ke akaun pihak ketiga di Agrobank
  • Memindahkan wang ke akaun Bank lain
  • … dan banyak lagi

Sekiranya anda adalah pelanggan CIMB Bank pula, anda boleh mendaftar CIMB Clicks.

Cara daftar dan aktifkan akaun

Sekiranya anda bukan pelanggan Agro Bank, anda perlulah membuka akaun terlebih dahulu dengan pihak Agro Bank.

Sekiranya anda sudahpun mempunyai akaun bersama Agro Bank, sila ikuti langkah-langkah berikut untuk mendaftar dan mengaktifkan akaun AGRONet:

  1. Layari laman AGRONet di alamat https://www.agronet.com.my/
  2. Klik pada tulisan “Register an Account”
  3. Baca terma dan syarat. Klik butang Accept sekiranya anda bersetuju dengan Terma dan Syarat yang tertulis
  4. Masukkan nombor akaun Agro Bank anda yang mempunyai 16 digit
  5. Masukkan nombor kad ATM anda
  6. Masukkan nombor PIN kad ATM anda
  7. Masukkan bahagian “Type the code shown”, masukkan tulisan yang anda lihat pada gambar yang ditunjukkan.
  8. Klik butang Next
  9. Pilih satu gambar pengesahan untuk langkah keselamatan anda
  10. Masukkan Username atau Kata Nama yang ingin digunakan
  11. Masukkan Password atau Katakunci untuk digunakan pada akaun AGRONet anda
  12. Lengkapkan 3 soalan sekuriti
  13. Kemudian, masukkan nombor telefon anda
  14. Pilih satu gambar untuk langkah keselamatan semasa log masuk
  15. Klik butang Register

Setelah menyelesaikan setiap langkah di atas, maka akaun anda telah pun didaftarkan dan diaktifkan.

Login AGRONet

  1. Layari laman utama seperti di atas
  2. Masukkan Username dan Password
  3. Pastikan gambar yang dipaparkan sama dengan gambar yang dipilih semasa pendaftaran sebelum memasukkan password.
Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!