Bantuan bil elektrik terus menjadi salah satu inisiatif penting kerajaan dalam meringankan beban rakyat, terutamanya golongan berpendapatan rendah.
Dalam usaha berterusan memastikan kesejahteraan rakyat, kerajaan bersetuju untuk meneruskan Program Rebat Bil Elektrik RM40, satu bentuk bantuan bil elektrik yang memberi manfaat secara langsung kepada Ketua Isi Rumah (KIR) miskin tegar di seluruh negara.
Apa itu Program Rebat Bil Elektrik RM40?
Program ini menyediakan bantuan bil elektrik sebanyak RM40 sebulan untuk menampung sebahagian atau keseluruhan bil elektrik isi rumah.
Program ini diumumkan oleh Kerajaan dalam Ucapan Belanjawan 2019 pada 2 November 2018, menggantikan Program Rebat Bil Elektrik RM20 yang berakhir pada Disember 2018. Pada tahun 2025, program ini diteruskan untuk kategori miskin tegar di bawah sistem eKasih.
Sasaran utama bantuan ini adalah kepada Ketua Isi Rumah (KIR) yang berstatus miskin tegar dan berdaftar dalam sistem e-Kasih di bawah seliaan Jabatan Perdana Menteri.
Dengan program ini, sebahagian besar KIR yang layak tidak perlu risau akan kos bulanan elektrik, sekali gus membolehkan mereka memberi tumpuan kepada keperluan asas lain seperti makanan, pendidikan anak-anak, dan kesihatan keluarga.
Syarat Kelayakan
Untuk menikmati rebat ini, pengguna perlu memenuhi dua syarat utama:
- Berstatus miskin tegar
- Berdaftar dalam sistem e-Kasih
Kelayakan eKasih
- Ketua Isi Rumah (KIR) di bawah kategori miskin tegar seperti yang disenaraikan dalam Sistem eKasih dan semakanrebat.petra.gov.my layak untuk Program Rebat Bil Elektrik RM40 tahun 2025.
- Pendapatan bagi miskin tegar adalah berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) per isi rumah yang dikeluarkan oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (UPE, JPM). Dalam hal ini, pendapatan purata bulanan nasional untuk Miskin Tegar adalah RM1,198.
- Individu yang ingin mendaftar dalam program eKasih dikehendaki merujuk/menghubungi Pejabat Pembangunan Persekutuan/Jabatan Pembangunan Persekutuan (PPPN/JPP), Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (UPP JPM) di peringkat negeri atau Unit Pembangunan Daerah. Data dalam sistem eKasih dikumpulkan melalui kaji selidik dan didaftarkan oleh pejabat PPPN / JPP UPP JPM di peringkat negeri.
Kriteria Rebat Bil Elektrik RM40
- KIR yang layak akan menerima rebat sehingga RM40 dalam bil elektrik bulanan sehingga 31 Disember 2025.
- Rebat bil elektrik hanya akan diberikan maksimum RM40 sebulan. Sekiranya bil kurang daripada RM40, baki tidak akan dibawa ke bulan berikutnya dan jika bil lebih daripada RM40, penerima perlu membayar baki bil tersebut.
- Setiap KIR layak menerima rebat untuk satu (1) akaun bil elektrik sahaja di bawah tarif Domestik, A.
- Rebat RM40 merangkumi semua jenis caj bil, termasuk penalti lewat bayar.
- Untuk KIR layak yang mempunyai akaun TNB (Tariff Domestic, A), akan menerima rebat RM40 dalam bil bulanan secara automatic.
- Bagi KIR layak yang tidak mempunyai akaun berdaftar dengan TNB atau menyewa rumah, permohonan rebat untuk akaun elektrik pihak ketiga boleh dihantar ke Kedai Tenaga terdekat melalui borang permohonan semakanrebat.petra.gov.my.
- Pengguna yang layak boleh mengemaskini nombor akaun elektrik untuk menerima rebat dari semasa ke semasa dengan menghubungi TNB Careline atau Kedai Tenaga terdekat.
Cara Semak Kelayakan
Pengguna boleh menyemak sama ada mereka layak menerima bantuan bil elektrikini melalui dua kaedah:
- Secara dalam talian: Layari laman rasmi semakan di pautan berikut:
👉 https://semakanrebat.petra.gov.my/apps/public/index.php - Secara fizikal: Hadir ke kedai utiliti elektrik berhampiran untuk mendapatkan bantuan semakan dan maklumat lanjut.
Muat Turun Borang Kemas Kini Maklumat Akaun Bil Elektrik Di Sini:
Komitmen Berterusan Kerajaan
Kerajaan menerusi Suruhanjaya Tenaga dan agensi berkaitan menunjukkan komitmen kukuh dalam menjaga kebajikan rakyat melalui pelbagai program, termasuklah bantuan bil elektrik ini.
Ia juga seiring dengan prinsip Malaysia MADANI yang menekankan kesejahteraan sosial dan tanggungjawab terhadap golongan kurang berkemampuan.
Maklumat Lanjut
Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan Program Rebat Bil Elektrik RM40 ini, anda boleh rujuk pada saluran berikut:
- Hotline MyGCC di 03-8000 8000
TNB Careline di 1-300-88-5454 atau email kepada [email protected]
Kunjungi Kedai Tenaga TNB terdekat untuk maklumat lebih lanjut mengenai program ini.
Kesimpulan
Program Rebat Bil Elektrik RM40 ini merupakan satu bentuk sokongan penting kepada golongan yang paling terkesan dengan tekanan ekonomi.
Diharapkan bantuan ini dapat menjadi pemangkin kepada kehidupan yang lebih sejahtera bagi mereka yang layak. Sekiranya anda atau kenalan anda termasuk dalam golongan berpendapatan rendah, pastikan semakan kelayakan dibuat segera agar bantuan ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya.
Semoga inisiatif ini terus membawa sinar kepada rakyat Malaysia yang memerlukan.