Cara Mohon Bantuan Banjir Bank : Agrobank & Bank Islam

Bantuan Banjir Bank : Agrobank & Bank Islam

Sukacita dimaklumkan bahawa Agrobank dan Bank Islam kini menawarkan bantuan khas kepada pelanggan yang diduga dengan bencana banjir pada waktu ini.

Pelanggan yang mempunyai kemudahan pembiayaan seperti Pembiayaan Rumah, Pembiayaan Peribadi dan Pembiayaan Kenderaan yang memenuhi kriteria yang ditetapkan dia-alukan untuk memohon.

Ikuti perkongsian kami untuk ketahui dengan lebih lanjut mengenai bantuan yang ditawarkan.

Baca Juga : Permohonan Bantuan Banjir Koperasi Tentera 2022

Bantuan Banjir Bank : Agrobank

Bantuan Banjir Agrobank 2022/2023 adalah tawaran bantuan khas yang ditawarkan oleh Agrobank kepada pelanggan yang terkesan akibat banjir sehingga mengalami kesukaran untuk teruskan pembayaran pembiayaan.

Antara bentuk bantuan yang ditawarkan adalah seperti berikut :

Penangguhan sementara bayaran ansuran bulanan untuk tempoh sehingga 6 bulan (Moratorium); dan

Penjadualan dan penstrukturan semula bayaran pembiayaan.

Bantuan Banjir Bank

Syarat-Syarat Permohonan

Pemohon perlulah menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan seperti berikut :

  • Pelanggan sedia ada bank yang terjejas akibat bencana banjir
  • Akaun pembiayaan pelanggan masih belum tamat tempoh / matang.
  • Pemohon / lokasi perniagaan mestilah bertempat di kawasan yang berlakunya banjir dan termasuk dalam senarai kawasan yang terkesan sepertimana yang diisytiharkan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara.
  • Pembiayaan pelanggan mestilah tidak mempunyai baki tunggakan melebihi 90 hari dari tarikh permohonan dibuat.

Nota :

  • Penangguhan sementara bayaran ansuran bulanan untuk tempoh sehingga enam (6) bulan Moratorium ditawarkan buat jenis pembiayaan berkonsepkan pembiayaan berjangka sahaja.
  • Penjadualan dan penstrukturan semula bayaran pembiayaan adalah untuk kesemua jenis pembiayaan.

Cara Memohon

Pelanggan boleh memohon melalui salah satu cara berikut :

Anda boleh rujuk Soalan Lazim bagi Bantuan Banjir Agrobank seperti yang dilampirkan di bawah :

Program Prihatin (Banjir) Bank Islam

Pelanggan Pembiayaan Perumahan, Pembiayaan Peribadi dan Pembiayaan Kenderaan Bank Islam yang diduga dengan musibah banjir serta memenuhi syarat-syarat kelayakan dialu-alukan untuk memohon.

Syarat-Syarat Kelayakan

  • Akaun pelanggan tidak tertunggak melebihi 90 hari dan tidak diklasifikasikan sebagai pembiayaan tidak berbayar DAN;
  • Pelanggan bukan seorang yang bankrap semasa tarikh permohonan dibuat.
  • Bagi pembiayaan Perumahan, kediaman yang dibiayai telah pun siap sepenuhnya, diduduki oleh pelanggan dan terkesan akibat bencana banjir.
  • Bagi Pembiayaan Peribadi / Pembiayaan Kenderaan, pelanggan beralamat di lokasi di mana bencana banjir berlaku.
Bantuan Banjir Bank

Cara Memohon

Anda boleh ikuti langkah-langkah permohonan seperti berikut :

  1. Layari laman web berikut iaitu: https://www.bankislam.com/program-prihatin-banjir/.
  2. Muat turun borang permohonan.
  3. Sediakan 1 surat/dokumen sokongan berikut:
    – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN); atau
    – Ketua Kampung; atau
    – Penghulu; atau
    – Jawatankuasa Kemajuan & Keselamatan Kampung (JKKK); atau
    – Agensi berkaitan (Agensi Pengurusan Bencana Negara/Majlis Keselamatan Negara; atau
    – Laporan Polis
  4. Hantar semua borang permohonan dan dokumen ke Bank Islam terdekat.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai bantuan Banjir Agrobank & Bank Islam, sila hubungi talian di bawah :

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!