Permohonan Bantuan Banjir Koperasi Tentera 2022

Permohonan bantuan banjir Koperasi Tentera telahpun dibuka bagi tahun 2022.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, pihak Koperasi Tentera Malaysia telah meneruskan bantuan bagi ahli koperasi yang terjejas akibat banjir yang melanda seluruh Malaysia saban tahun.

Peruntukan khas ini boleh dipohon oleh setiap ahli koperasi yang layak dan memerlukan bantuan ini dengan mengisi borang permohonan yang disediakan.

Pengenalan

Permohonan Bantuan Banjir adalah sumbangan yang diberikan kepada anggota-anggota KT yang ditimpa musibah banjir bagi tujuan untuk membantu meringankan beban yang ditanggung oleh anggota.

Hanya ahli koperasi sahaja yang layak memohon bantuan khas ini tidak kira sama ada anda masih berkhidmat dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), pesara, orang awam dll asalkan anda merupakan ahli sah persatuan koperasi ini.

Muat turun borang permohonan

Seperti tahun-tahun sebelumnya, permohonan bagi Bantuan Banjir Koperasi Tentera 2022 ini mesti dibuat dengan melengkapkan dan menghantar borang permohonan.

Borang permohonan bagi tahun ini boleh dimuat turun di pautan berikut:

https://www.katmb.com.my/wp-content/uploads/2022/12/KTSKBANJIR-FNL.pdf

Dokumen sokongan

Bagi memastikan hanya ahli koperasi yang benar-benar layak sahaja menerima bantuan khas ini, setiap permohonan perlu disertakan dengan dokumen-dokumen sokongan yang berikut:

  1. MyTentera (bagi anggota ATM)
  2. MyKad (bagi orang Awam atau pesara)
  3. Laporan polis terkini atau borang Pusat Peminndahan Sementara (PPS)
  4. Surat Pengesahana akaun bank

Bagi permohonan suami dan isteri (anggota KT), hanya SATU permohonan sahaja yang layak diterima.

Selain itu, rumah yang terjejas banjir adalah rumah yang diduduki oleh pemohon.

Artikel berkaitan: KT Online: Pendaftaran & Semakan Dividen Koperasi Angkatan Tentera

Cara memohon

Berikut merupakan langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk permohonan bantuan banjir bagi ahli Koperasi Tentera:

  1. Muat turun borang permohonan
  2. Lengkapkan borang permohonan dengan mengisi segala butiran yang diminta
  3. Dapatkan pengesahan dan tandatangan sokongan daripada Pegawai/Majikan/Ketua Kampung/JKK
  4. Hantar borang permohonan yang telah lengkap ke cawangan Koperasi Tentera yang berdekatan
  5. Sebagai alternatif, anda boleh scan borang permohonan yang telah lengkap tersebut dan hantar melalui emel ke [email protected]

Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan dan pertanyaan, anda boleh berhubung terus dengan Pusat Perkhidmatan Pelanggan Koperasi Tentera di talian 1300 8000 58

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!