Semakan Bantuan Automotif Keluarga Malaysia (BAKM)

BANTUAN AUTOMOTIF KELUARGA MALAYSIA UNTUK BENGKEL BERDAFTAR & TIDAK BERDAFTAR

Kerajaan telah mengumumkan Baucar Diskaun Automotif #KeluargaMalaysia Untuk Pembaikan & Penggantian Kenderaan Terjejas Akibat Banjir.

Inisiatif yang digerakkan dengan kerjasama syarikat automotif itu juga menawarkan diskaun sekurang-kurangnya 25 peratus bagi kerja pembaikan dan kos tunda kenderaan secara percuma.

Baucar sehingga RM1,000 untuk pembaikan atau penggantian kenderaan penumpang persendirian termasuk motosikal, trak pikap dan van bertingkap yang rosak akibat banjir.

Berikut dikongsikan info lanjut dan cara membuat penebusan diskaun ini.

Apakah Bantuan Automotif Keluarga Malaysia?

Diskaun sekurang-kurangnya 25% bagi kerja pembaikan; kos tunda kenderaan percuma; dan baucar diskaun sehingga RM1,000.⠀

Pengurangan kos akan dipotong terus daripada kos keseluruhan pembaikan atau penggantian melalui invois dikeluarkan pusat servis dan pengedar sah serta bengkel yang tidak berdaftar.

Baucar Diskaun Automatif Keluarga Malaysia

TERKINI: BANTUAN AUTOMOTIF KELUARGA MALAYSIA (BENGKEL TIDAK BERDAFTAR)

BAKM kepada mangsa banjir diperluaskan kepada bengkel kenderaan tidak berdaftar.

Bantuan Automotif Keluarga Malaysia (Bengkel Tidak Berdaftar) berkuatkuasa pada 18 Disember 2021 hingga 31 Mac 2022 selaras dengan jangkaan tempoh monsun timur laut.

Jenis kenderaan yang layak adalah kenderaan yang rosak akibat banjir dalam kategori kenderaan persendirian (termasuk kenderaan penumpang, trak pikap, van dan motosikal) tanpa perlindungan insuran bencana alam sahaja.

Hanya kenderaan persendirian yang TIDAK DIHANTAR ke pusat servis / pengedar sah yang berdaftar dengan syarikat yang mengambil bahagian sahaja layak membuat tuntutan.

Syarat Permohonan

  • Warganegara Malaysia.
  • Ketua Isi Rumah (KIR) yang berdaftar dengan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) / Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) / Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).
  • Kenderaan milik persendirian [Ketua Isi Rumah (KIR) / Ahli Isi Rumah (AIR)] yang rosak akibat banjir berdasarkan resit yang disertakan.
  • Kenderaan yang tidak dilindungi oleh insuran bencana alam.

Cara Permohonan

  1. Dalam talian di Portal Rasmi Bantuan Automotif Keluarga Malaysia (https://bantuanautomotif.hasil.gov.my)
    • Klik menu Permohonan atau Mohon Disini; atau
  2. Secara Manual (Borang Permohonan Bantuan Automotif Keluarga Malaysia)

Muat Turun Disini  di mana-mana Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) atau Cawangan LHDNM yang berdekatan.

Senarai Syarikat & Bengkel Terlibat

Berikut adalah senarai syarikat dan bengkel yang terlibat untuk bantuan diskaun ini.

Baucar Diskaun Automatif Keluarga Malaysia

Senarai syarikat dan bengkel yang terlibat akan ditambah dari semasa ke semasa.⠀

Pemilik kenderaan boleh menghubungi syarikat automotif untuk mengetahui pusat servis yang terdekat.

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian hingga 31 Mac 2022 di portal https://bantuanautomotif.hasil.gov.my

Tarikh Permohonan

Tarikh akhir tuntutan inisiatif Baucar Diskaun Automatif Keluarga Malaysia adalah pada 31 Mac 2022.

Pengguna dinasihat membuat tuntutan daripada pusat servis atau pengedar yang sah bagi mengelak sebarang kesulitan.

Baca juga:

Semakan Bayaran Bantuan Automotif Keluarga Malaysia

Tarikh pembayaran Bantuan Automotif Keluarga Malaysia (Bengkel Tidak Berdaftar) bagi kelompok pertama yang berstatus lulus adalah mulai 28 Februari 2022 secara berperingkat.

Penunaian secara tunai di BSN boleh dibuat mulai 2 Mac 2022 hingga 30 Jun 2022.

Pemakluman kelulusan akan dibuat melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) ke nombor telefon bimbit yang didaftarkan dalam borang permohonan.

Anda juga boleh membuat semakan status secara online di pautan berikut: https://bantuanautomotif.hasil.gov.my

Semakan kelayakan secara berperingkat.

Maklumat Lanjut

Untuk info lanjut, sila rujuk kenyataan oleh Menteri Kewangan di pautan berikut:

https://www.facebook.com/100050687430295/posts/484067429959501/

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!