Program SAVE 4.0 : e-Rebat RM400 Perkakas Elektrik

PROGRAM SAVE 4.0 : E-REBAT UNTUK PEMBELIAN PERALATAN ELEKTRIK CEKAP TENAGA BERMULA 10 DISEMBER 2023

Jadilah bijak tenaga dengan membeli kelengkapan elektrik melalui program SAVE 4.0. Boleh dapat banyak penjimatan tau!

SEDA menyediakan pemberian e-rebat sehingga RM400 kepada pengguna untuk pembelian penyaman udara dan peti sejuk cekap tenaga berlabel 4 atau 5 bintang yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga.

Jom kongsikan maklumat ini bersama keluarga dan rakan-rakan.

Apakah Program SAVE 4.0?

Sustainability Achieved Via Energy Efficiency (SAVE) 4.0 ialah program yang memberikan e-Rebat maksimum RM400 kepada isi rumah domestik yang membeli cekap tenaga dengan label kecekapan tenaga 4 bintang atau 5 bintang daripada Suruhanjaya Tenaga (ST).

Program SAVE 4.0 adalah kesinambungan kepada Program SAVE 3.0 yang pernah dilaksanakan sebelum ini.

Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) telah melancarkan program ini dengan dibiayai oleh Dana Akaun Amanah Industri Bekalan Elektrik (AAIBE) dengan jumlah peruntukan sebanyak RM50 juta.

OBJEKTIF

Objektif utama Program SAVE 4.0 adalah seperti berikut:

  • Menambah jumlah peralatan elektrik cekap tenaga 4 dan 5 bintang di pasaran; dan
  • Meningkatkan kesedaran orang ramai untuk menggalakkan mereka membeli peralatan cekap tenaga yang akan menjimatkan penggunaan elektrik pengguna, terutamanya untuk pengguna domestik.
program save 4.0

Tarikh Pelaksanaan

Tempoh pelaksanaan projek telah ditetapkan selama satu (1) tahun dari Disember 2023 hingga Disember 2024.

Syarat & Semakan Kelayakan

Syarat kelayakan untuk mendapatkan e-rebat ini adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Merupakan pemilik akaun elektrik tarif domestik berdaftar dengan syarikat utiliti seperti Tenaga Nasional Berhad (TNB), Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB), Sarawak Energy Bhd (SEB) dan NUR Power layak memohon.
  3. Pembelian perkakas elektrik cekap tenaga 4 dan 5 bintang dalam tempoh bermula 10 Disember 2023 hingga Disember 2024.
  4. 1 akaun bil elektrik layak untuk memohon 1 e-rebat sahaja bagi setiap perkakas elektrik yang dinyatakan.

Semakan kelayakan boleh dibuat melalui laman web SEDA (Sustainable Energy Development Authority).

Kadar Baucar / Rebat SAVE 4.0

Setiap isi rumah layak untuk mendapat e-Rebat sehingga RM 400 (RM 200 untuk penyaman udara dan RM200 untuk peti sejuk) dengan pembelian peralatan elektrik cekap tenaga yang berlabel 4 atau 5 bintang.

Perkakas / Barang Elektrik Yang Boleh Dibeli

Anda layak untuk mendapat e-Rebat sekiranya anda membeli peralatan elektrik cekap tenaga berlabel 4 & 5 bintang (senarai jenama dan model peralatan tersebut adalah terdapat di laman sesawang SEDA Malaysia).

MIDEA

DAIKIN

program save 4.0
program save 4.0

HISENSE

program save 4.0

TOSHIBA

program save 4.0

RUJUK SENARAI PENUH PRODUK SAVE 4.0 & HARGA PASARAN : https://save.seda.gov.my/publics/product

Senarai Kedai / Platform Online Berdaftar Dengan Program SAVE 4.0

Untuk melihat senarai kedai / pasar raya berdaftar di bawah program SAVE 4.0, sila layari https://save.seda.gov.my/publics/retailer

Anda juga boleh memilih senarai e-dagang dan membuat carian SAVE 4.0 di platform e-dagang pilihan anda seperti Shopee, PG Mall dan Lazada.

Cara Memohon

Pengguna boleh memohon dan mendapatkan e-rebat melalui 2 kaedah iaitu:

  1. Membawa bil elektrik terkini dan membuat pembelian secara fizikal di kedai-kedai elektrik / pasar raya berdaftar di bawah Program SAVE 4.0 ; atau
  2. Memohon e-rebat dan membuat pembelian secara atas talian menerusi platform e-dagang yang diiktiraf

Pembeli hanya perlu mempunyai no. akaun bil elektrik domestik yang sah.

Tuan / puan disarankan untuk membawa kad pengenalan & bil elektrik dalam bentuk salinan bercetak (hard copy) untuk memudahkan proses pengesahan akaun elektrik tuan/puan.

Sila rujuk panduan lengkap dalam lampiran berikut:

Maklumat Lanjut

Anda boleh melayari laman web microsite khas bagi SAVE 4.0 di https://www.seda.gov.my/saveprogram/ untuk maklumat lanjut.

ATAU

Pasukan Khas Program SAVE 4.0
Bahagian Pembangunan dan Fasilitasi Teknikal
SEDA Malaysia
Telefon : 03-8870 5853/5869/5864/5922
E-mel: [email protected]
Laman web :

Baca juga:

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!