Takdir Cinta Terlarang – Sinopsis, Pelakon & Highlights Episod

Takdir Cinta Terlarang
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

“Takdir Cinta Terlarang” adalah drama terbaru slot Akasia yang dinanti-nantikan peminat drama Melayu setiap petang. Anda boleh menonton highlight setiap episod drama ini di Youtube TV3Malaysia Official. 

Drama Takdir Cinta Terlarang mula ditayangkan pada 23 September 2025, setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam menerusi Slot Akasia TV3.

Jom baca lebih info lebih lanjut mengenai drama ini di bawah. 

BACA JUGA: Seindah Hujan Cinta – Sinopsis, Pelakon & Sedutan Episod

Sinopsis Drama Takdir Cinta Terlarang

Drama Takdir Cinta Terlarang mengisahkan sebuah keluarga yang porak-peranda apabila bapanya, Kamarul, secara rahsia mengahwini Sarah, bekas teman wanita anaknya, Adham. 

Kehadiran Sarah sebagai isteri baru ayahnya mencetuskan konflik hebat dalam keluarga apabila Sarah dan Adham mula menjalinkan hubungan terlarang. 

Konflik ini membentuk satu cinta tiga segi yang penuh dengan skandal, pengkhianatan, dan perebutan kuasa yang menggoncang segalanya.

Drama Takdir Cinta Terlarang
Drama Takdir Cinta Terlarang

Cerita ini membawa penonton menyelami konflik dalaman dan pergolakan emosi setiap watak apabila rahsia gelap terbongkar, memaksa mereka menghadapi akibat daripada cinta, dendam, dan pengkhianatan. 

Drama ini memperlihatkan bagaimana kasih sayang boleh menjadi rumit apabila campur tangan rasa hasad, dendam dan pengkhianatan meresap dalam institusi keluarga.

Drama Takdir Cinta Terlarang disiarkan di Slot Akasia TV3 mulai 23 September 2025, tayangan Isnin hingga Jumaat jam 7.00 malam, dan turut boleh ditonton di platform penstriman iQIYI Malaysia.

Tarikh Tayangan & Platform

Drama ini memulakan tayangan perdana pada 23 September 2025 dan ditayangkan setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam menerusi Slot Akasia TV3. Drama ini menggantikan drama Hospital Loveline. 

  • Tarikh: Bermula 23 September 2025
  • Hari: Isnin – Jumaat
  • Waktu:  7 malam
  • Slot: TV3, Slot Akasia
  • Episod: 28
Takdir Cinta Terlarang
] Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam, Slot Akasia TV3

Selain ditayangkan di kaca TV melalui Slot Akasia TV3, Takdir Cinta Terlarang juga boleh distrim secara percuma di aplikasi iQIYI mulai jam 8.00 malam, pada hari yang sama dengan tayangan TV3. 

Penonton iQIYI VIP mendapat akses eksklusif untuk menonton episod terkini secara ekspres, manakala pengguna biasa boleh menonton episod baharu secara PERCUMA selepas 48 jam. 

Muat turun aplikasi iQIYI di pautan berikut:

Barisan Pelakon & Watak

Drama Takdir Cinta Terlarang
Drama Takdir Cinta Terlarang

Berikut adalah jadual barisan pelakon dan watak drama Takdir Cinta Terlarang yang ditayangkan di Slot Akasia TV3 pada September 2025:

PelakonWatak
Tony EusoffKamarul
Jazmy JumaAdham
Shaza BaeSarah
Norish KarmanHatiqah
Julia Farhana MarinIris
Darien AeldraAshraf
Manda HashAsmalia
Khaliq MehtabMalik
Azqa AzizRatna
Ayu AzlinaMariam
Hashim OsmanMansur
Hazlin AbdullahZakiah
Sumaiyah@MayaSyira
Liya SumayyahIntan
Lela KadirHalimah

Sedutan Episod (Highlights)

Anda boleh menonton highlights setiap episod di Youtube TV3Malaysia Official (playlist Takdir Cinta Terlarang).

Maklumat Lanjut

Info lanjut mengenai update terkini drama TV3 Takdir Cinta Terlarang, sila ikuti saluran berikut:

Jangan lupa saksikan setiap episod untuk mengetahui pengakhiran kisah keluarga yang penuh konflik ini. Selamat menonton!

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut