ATM Cash-Out MAE Maybank : Cara Keluarkan Duit Tanpa Kad

Maybank telah memperkenalkan ATM Cash-out di aplikasi MAE untuk memudahkan pengguna mengeluarkan wang dari mesin ATM dengan lebih mudah tanpa menggunakan kad!

Dengan perkhidmatan terbaru ini, anda hanya perlu mengaktifkan fungsi ini di aplikasi MAE dan lakukan beberapa langkah berikut untuk membuat pengeluaran tunai secara tanpa sentuh (contactless).

Macam mana nak guna agaknya tu kan?

Jom kami kongsikan lebih lanjut tentang perkhidmatan ini.

Apakah ATM Cash-Out MAE Maybank?

Ia adalah ciri dalam aplikasi MAE yang membolehkan anda mengeluarkan wang tunai di ATM Maybank hanya menggunakan telefon pintar tanpa menyentuh ATM, kecuali untuk mengambil wang tunai yang dikeluarkan.

Ciri ini membolehkan anda menikmati pengalaman tanpa sentuh apabila mengeluarkan wang tunai di ATM Maybank melalui aplikasi MAE.

Anda masih mempunyai pilihan untuk membuat pengeluaran tunai di ATM Maybank menggunakan kad ATM fizikal anda.

Siapa Boleh Menggunakan Perkhidmatan ATM Cash-Out Ini?

Semua pemegang kad ATM Maybank sedia ada yang juga pengguna aplikasi MAE boleh mengaktifkan fungsi ini.

Di Mana ATM Yang Menyediakan Perkhidmatan Ini?

Anda boleh menggunakan ATM Cash-out untuk mengeluarkan wang di ATM Maybank Malaysia terpilih.

Perkhidmatan ini akan dilancarkan kepada semua ATM Maybank seluruh negara tidak lama lagi.

Buat masa ini, sila rujuk senarai berikut :

Senarai ATM yang menyediakan perkhidmatan MAE Cash-Out

Terdapat kod QR dipaparkan pada skrin ATM (rujuk gambar di bawah) untuk anda mengimbas menggunakan aplikasi MAE anda.

Cara Mengaktifkan Fungsi ATM Cash-Out Di Apps MAE

Sila muat turun aplikasi MAE di Google Play Store, Apple iOS Store atau Hua Wei App Gallery dan aktifkan fungsi ATm Cash-Out terlebih dahulu.

Rujuk langkah berikut:

Cara Membuat Pengeluaran Dengan Perkhidmatan ATM Cash-Out Maybank

Anda perlu mengaktifkan ciri pada apl MAE anda terlebih dahulu.

Terdapat tempoh 24 jam untuk semakan keselamatan sebelum anda boleh mula menggunakannya.

Setelah pengaktifan berjaya, anda akan menerima SMS dan push notification.

Rujuk video berikut:

Langkah-langkah Keselamatan

  1. Pastikan tiada sesiapa berdiri berdekatan dan skrin telefon anda tidak kelihatan kepada mereka yang berdiri di belakang anda apabila anda log masuk ke apl MAE anda atau apabila anda memasukkan PIN apl MAE 6 digit anda.
  2. Sentiasa pastikan anda hadir secara fizikal dari awal hingga akhir semasa melakukan transaksi Pengeluaran Tunai ATM anda, termasuk kutipan tunai.
  3. HANYA imbas kod QR yang dipaparkan pada skrin ATM untuk melakukan transaksi Pengeluaran Tunai ATM, dan BUKAN mana-mana kod QR lain yang diletakkan pada ATM atau diperoleh dari tempat lain.
  4. Tiada akaun benefisiari diperlukan semasa transaksi Pengeluaran Tunai ATM. Sekiranya anda diminta memasukkan nombor akaun benefisiari, hentikan transaksi dengan serta-merta.
  5. Sekiranya anda tidak mengaktifkan ciri Pengeluaran Tunai ATM tetapi menerima Kata Laluan Satu Kali (OTP) 6 angka melalui SMS untuk pengaktifannya, sila hubungi talian hotline Pusat Pelanggan Kumpulan Maybank kami di 1-300-88-6688 dengan segera.
  6. Jika anda menerima sebarang pemberitahuan transaksi Pengeluaran Tunai ATM yang dihantar melalui aplikasi MAE tetapi tidak melakukan sebarang transaksi Pengeluaran Tunai ATM, sila hubungi talian hotline Pusat Pelanggan Kumpulan Maybank kami di 1-300-88-6688 dengan segera.
  7. Pastikan telefon pintar anda dilindungi PIN, corak atau biometrik dan JANGAN biarkannya tanpa pengawasan atau kongsi butiran log masuk keselamatan telefon anda dengan sesiapa sahaja.

Maklumat Lanjut

Untuk info lanjut, sila rujuk panduan berikut :

Baca juga:

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!