Amin Ya Rabbal Alamin (آمين يا رب العالمين): Maksud, Bila Perlu Ucapkan & Kelebihan

Amin Ya Rabbal Alamin (آمين يا رب العالمين): Maksud, Bila Perlu Ucapkan & Kelebihan

Amin Ya Rabbal Alamin adalah merupakan satu frasa Bahasa Arab yang sering digunakan dalam kehidupan seharian umat Islam. 

Walaupun kalimah ini bukan daripada al-Quran al-Karim dengan ijma’ (berdasarkan kepada dalil bahawa ia tidak ditulis dalam mushaf), ia membawa maksud yang mendalam dan pengharapan kepada Allah SWT agar setiap doa yang diucapkan atau dihajatkan akan dikabulkan. 

Di dalam hadith Abi Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Aamin adalah cop Tuhan sekalian alam di atas lisan hamba-hambanya yang beriman.”

Riwayat al-Tabarani dalam al-Du’aa (no: 202). 

Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenainya. 

BACA JUGA: Tabarakallah (تَبَارَكَ اللَّهُ ): Maksud, Bila Perlu Diucapkan & Kebaikan

Maksud Amin Ya Rabbal Alamin (آمين يا رب العالمين)

Ibn al-Anbari berkata; Aamin adalah termasuk kumpulan ‘isim fi’il’ iaitu kata nama yang membawa maksud perbuatan. 

Amin:

Maksud Amin berasal daripada bahasa Ibrani dan Arab. Ia boleh diterjemahkan ke dalam sebagai setia atau benar. 

Dengan mengucapkan Amin sebagai respons terhadap sesuatu yang telah diucapkan, anda mengesahkan kenyataan tersebut. Ia seperti mengatakan “kebenaran telah dinyatakan”, “sesungguhnya”, “semoga begitu”. 

 Mengikut ulama, aamin diertikan dengan ‘Ya Allah, terimalah doa kami.’ 

Ya Rabbal Alamin:

Ya = Bermaksud “Wahai” , seperti memanggil.

Rabbul = Memiliki banyak makna tetapi dalam konteks ini ia merujuk kepada Tuhan atau Allah. Ia juga boleh merujuk kepada tuan, ketua, atau raja.

Al-Aalameen = Dunia atau alam semesta.

Maksud keseluruhan Amin Ya Rabbal Alamin boleh diterjemahkan sebagai;

Perkenankanlah doa kami wahai Tuhan Semesta Alam”.

Cara Menyebut Amin Ya Rabbal Alamin

Amin Ya Rabbal Alamin

Cara menyebutnya ada dua cara yang masyhur, sama ada dibaca dengan pendekأمين  atas wazan فعيل atau dibaca secara panjang iaitu آمين atas wazan فاعل .

Bila Perlu Ucapkan?

1. Selepas Berdoa

Mengikut riwayat Abu Daud dengan sanad yang hasan daripada Abi Zuhair al-Numairi (seorang sahabat Rasulullah SAW), beliau telah mengucapkan satu ucapan yang baik. 

Apabila salah seorang mereka berdoa, lalu dia berkata: “Khatamlah doamu dengan aamin kerana aamin seperti cop di atas surat.”

Kemudian beliau menceritakan bahawa Nabi SAW berkata kepada seseorang yang berdoa:

“Khatamlah (doamu) dengan Aamin, dan terimalah berita gembira!”

Riwayat Abu Daud (no: 939). 

2. Selepas Membaca Al Fatihah

Di dalam hadis Anas RA: “Sesiapa yang mengkhatamkan bacaan Fatihah dengan aamin, nescaya tidak kekal di langit malaikat yang hampir kecuali meminta keampunan untuknya.” 

 Imam Ibn Kathir ada menyatakan bahawa :

يُسْتَحَبُّ لِمَنْ قَرَأَ الْفَاتِحَةَ أَنْ يَقُولَ بَعْدَهَا: آمِينَ…  قَالَ أَصْحَابُنَا وَغَيْرُهُمْ: وَيُسْتَحَبُّ ذَلِكَ لِمَنْ هُوَ خَارِجُ الصَّلَاةِ، وَيَتَأَكَّدُ فِي حَقِّ الْمُصَلِّي، وَسَوَاءٌ كَانَ مُنْفَرِدًا أَوْ إِمَامًا أَوْ مَأْمُومًا، وَفِي جَمِيعِ الْأَحْوَالِ

Maksudnya : “Disunatkan bagi sesiapa yang membaca surah al-Fatihah untuk menyebut selepasnya (selesai membacanya) : “Amin”… Berkata Ashab kami (ulama mazhab Syafie) dan selain mereka bahawa disunatkan juga perkara tersebut bagi sesiapa (yang membacanya) di luar solat, dan pada hak orang bersolat itu lebih-lebih lagi (disunatkan), sama ada dia solat bersendirian atau dia adalah imam atau dia adalah makmum. Dan juga pada semua keadaan.” (Lihat Tafsir al-Quran al-‘Azim, 1/144-145)

Mengucapkan Amin pada selepas membaca Al Fatihah semasa dalam solat atau luar solat  adalah SUNAT. 

Kelebihan

1. Mengelakkan Doa Ditolak

Aamin mencegah doa daripada rosak dan ditolak, seperti metri di atas satu surat menegah daripada dizahirkan ke tangan orang yang tidak layak. 

2. Semua yang Mengucapkan Akan Mendapat Bahagian Doa

Orang-orang yang berdoa dan orang yang mengaminkan doa, kesemua mereka mendapat bahagian daripada doa. 

3. Doa Pasti Dikabulkan

Doa yang dibacakan amin selepasnya dapat menghalang sebarang kegagalan apa yang dihajatkan. 

Seperti nukilan Saidina Ali RA: ‘Amin adalah cop mohor Tuhan untuk menyeru sekalian alam, sebagai penutup doa hamba-Nya’. 

Sumber: 

  1. IRSYAD AL-FATWA KE-6: MAKSUD ‘AMIN’ SELEPAS MEMBACA SURAH AL-FATIHAH – Mufti WP
  2. AL-KAFI #1717 : HUKUM MENGUCAPKAN “AMIN” SELEPAS BACAAN AL-FATIHAH DI LUAR SOLAT – Mufti WP
  3. AMEEN YA RABBUL ALAMEEN MEANING AND IN ARABIC TEXT 
Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!