SME First-i : Cara Buka Akaun Semasa Maybank Online

CARA BUKA AKAUN SEMASA MAYBANK (CURRENT ACCOUNT) TANPA INTRODUCER

Mungkin ada yang belum tahu bahawa Maybank telah melancarkan kemudahan pembukaan akaun perniagaan tanpa introducer yang diberi nama SME FIRST-i, sesuai untuk peniaga kecil-kecilan.

Antara kelebihan buka akaun semasa adalah:

  • membantu peniaga membuat penyata akaun dengan lebih efisyen kerana dapat mengasingkan akaun personal dengan akaun perniagaan
  • transaksi tanpa had
  • kemudahan pelbagai perkhidmatan online untuk memajukan lagi perniagaan anda

Apakah Introducer?

Jika dulu, kebanyakan bank memerlukan introducer bagi membolehkan seseorang membuka akaun perniagaan / akaun semasa.

Introducer atau pencadang ini selalunya wajib kena ada sekali dengan kita semasa membuka akaun perniagaan Maybank.

Orang yang boleh menjadi introducer adalah kenalan anda yang mempunyai akaun Maybank tetapi dengan syarat akaunnya aktif dan berusia sekurang-kurangnya dua tahun.

Introducer juga tidak boleh ada senarai cek ditendang atau sejarah buruk dalam akaun banknya. Mereka juga wajib ada cop perniagaan yang jelas dan menunjukkan nama perniagaan dan nombor pendaftaran SSM.

Tapi kini, Maybank dan banyak lagi bank telah melonggarkan syarat dan tidak lagi memerlukan introducer terutamanya bagi perniagaan milikan tunggal (Enterprise).

Jadi, jika anda berminat untuk membuka akaun perniagaan atau akaun semasa Maybank, bolehlah rujuk langkah di bawah untuk mendaftar.

Cara Buka Akaun Semasa Maybank Tanpa Introducer

  1. Pergi ke laman web Maybank atau terus ke link https://www.maybank2u.com.my/…/sme_first_account_i.page
  2. Masukkan semua butiran yang diperlukan termasuk nombor pendaftaran SSM.
  3. Lepas dah siap isi semua, access code akan dihantar melalui SMS.
  4. Kemudian anda akan dapat Maybank, sila print butiran akaun dan nombor rujukan yang diberi.
  5. Akhir sekali, sila ke Maybank dalam masa 10 hari untuk aktifkan akaun yang telah didaftarkan secara online tadi.
    *Cawangan bank terdekat boleh dipilih ketika membuat pendaftaran online tadi.
cara buka akaun semasa maybank

Dokumen Yang Diperlukan

Sediakan semua dokumen ini sebelum ke Maybank:

  1. MyKad
  2. SSM Certificate Registration
  3. SSM Form A
  4. SSM Business Info
  5. Cop Company (Ada nama perniagaan dan SSM Registration number)
  6. Deposit RM1,000 (Deposit boleh dikeluarkan semula)
akaun semasa maybank 2021

RUJUK TERMA & SYARAT : Terms & conditions

Urusan Semasa Di Bank

  1. Kita mesti ke cawangan Maybank yang telah dipilih dalam masa 10 hari untuk aktifkan akaun.
  2. Sesampai di kaunter, tunjukkan nombor rujukan yang kita dapat melalui email.
  3. Bagi semua dokumen yang diperlukan tadi.
  4. Pegawai bank akan selesaikan urusan pengaktifan serta online banking.
  5. Kita akan diberi akses satu lagi akaun online yang berasingan di bawah nama perniagaan yang kita daftarkan. (Ianya tidak berkait dengan maybank personal kita.)
  6. Pegawai bank juga akan tunjukkan cara menggunakan aplikasi MAYBANK QR PAY BIZ untuk memudahkan transaksi bukan online.
  7. Buku cheque boleh request jika perlu.
    *Seeloknya telefon dulu untuk pastikan sama ada perlu buat apointment atau tak dalam tempoh PKP ini.

Baca juga: Cara Renew SSM Online (ezBiz) Atau Di BSN & Bank Rakyat

Maklumat Lanjut Tentang Akaun Semasa Maybank

Untuk maklumat lanjut tentang cara buka akaun semasa Maybank tanpa introducer, sila rujuk ke laman web rasmi Maybank di pautan berikut:

https://www.maybank2u.com.my/maybank2u/malaysia/en/business/deposits/deposit_account/sme_first_account.page

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!