1 Kaki Berapa Cm? (Semak Ukuran ft (1′) Kepada Sentimeter)

1 Kaki Berapa Cm? Ukuran ft Kepada sentimeter

Mungkin anda pernah di tanya, “1 kaki bersamaan berapa sentimeter (cm)”?

Soalan ini mungkin mudah bagi sesetengah orang namun mungkin sukar bagi sesetengah yang lain.

Terdapat banyak jenis ukuran yang digunakan untuk mengukur “panjang”, termasuklah unik kaki, sentimeter, ela, inci dan banyak lagi.

Bagi menjawap persoalan “1 kaki berapa sentimeter (sm)” ini, jawapannya adalah 1 kaki adalah bersamaan dengan 30.48 sentimeter atau 0.3048 meter.

Asal-usul unit “kaki”

Dalam bahasa Inggeris, unit “kaki” disebut sebagai “foot” atau “feet”.

Kaki (simbol piawai: ft) ialah unit panjang dalam sistem ukuran adat empayar British dan Amerika Syarikat.

Simbol perdana, ′, ialah simbol alternatif yang lazim digunakan.

Dalam kedua-dua unit adat dan empayar, satu kaki terdiri daripada 12 inci, dan satu ela terdiri daripada tiga kaki.

Dari segi sejarah, “kaki” adalah sebahagian daripada banyak sistem unit tempatan, termasuk sistem Yunani, Rom, Cina, Perancis dan Inggeris.

Panjangnya berbeza-beza dari negara ke negara, dari bandar ke bandar, dan kadang-kadang dari perdagangan ke perdagangan.

Panjangnya biasanya antara 250 mm dan 335 mm dan secara amnya, tetapi tidak selalu, dibahagikan kepada 12 inci atau 16 digit.

Amerika Syarikat ialah satu-satunya negara perindustrian yang menggunakan unit kaki antarabangsa berbanding meter dalam aktiviti komersial, kejuruteraan dan piawaiannya.

Unit “kaki” diiktiraf secara sah di United Kingdom; papan tanda jalan mesti menggunakan unit imperial (namun, jarak pada papan tanda jalan sentiasa ditanda dalam batu atau ela, bukan kaki), manakala penggunaannya meluas di kalangan orang awam British sebagai ukuran ketinggian.

Artikel berkaitan: Ujian Psikometrik SPA : Contoh Soalan, Jawapan & Panduan

Unit metrik

Sentimeter adalah unit panjang dalam sistem metrik, yang bersamaan dengan satu-per seratus dari meter.

1 sentimeter bersamaan dengan 0.39370 inci.

kaki ke cm ukuran ft to cm

Pertukaran unit kaki ke cm

Namun, dari manakah datangnya nombor 1 kaki bersamaan 30.48 cm atau (0.3048 meter) ini?

Pada tahun 1959 perjanjian untuk ela dan paun (antara Syarikat Amerika dan negara-negara Komanwel) ditakrifkan bahawa satu ela tepat 0.9144 meter, yang seterusnya ditakrifkan bahawa satu kaki tepat 0.3048 meter (304.8 mm).

Maka, untuk menukar unit kaki ke sentimeter, anda hanya perlu mendarabkan nombor tersebut dengan 30.48, misalnya:

10 kaki x 30.48 = 304.80 sentimeter

Simbol inci & kaki adalah seperti berikut:

Inci “

Kaki ‘

Apabila penukaran dari 1 meter kepada kaki biasanya digenabkan menjadi 3.3 kaki. Tetapi bacaan yang tepat untuk 1 meter bersamaan dengan

3.28084 kaki

1cm=10mm

1 inci=2.5cm

1kaki=12inci

1meter=3.28 kaki

Kalkulator online bagi ukuran dalam unit Kaki ke cm

Adakalanya anda perlu menukar dari unit kaki ke sentimeter/meter dan sebaliknya namun anda tidak mengingati bagaimana caranya.

Cara paling mudah menukar uni adalah dengan menggunakan fungsi kalkulator online.

Bagaimana caranya?

Taip sahaja di pelayar web anda “convert feet to cm” dan seumpamnya, anda akan diberikan hasil carian laman-laman web yang menyediakan kalkulator online ini.

Selain dua unit ini, anda juga boleh membuat pertukaran pelbagai unit lain secara dalam talian juga.

Antara kalkulator online yang boleh anda cuba adalah seperti berikut:

  1. Metric Conversions
  2. Unit Converters
  3. Omni Calculators
Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!