Ujian Psikometrik SPA : Contoh Soalan PSEE & Panduan

Bagi yang memohon jawatan dengan kerajaan, anda diwajibkan untuk menjawab soalan ujian psikometrik sebagai salah satu syarat pemilihan untuk jawatan yang ditawarkan.

Bagi yang tidak tahu, Ujian Psikometrik merupakan langkah kedua dalam peringkat tapisan kerja kerajaan selepas tapisan kelayakan akademik di peringkat pertama.

Sekiranya anda melepasi Ujian Psikometrik, barulah anda anda ke peringkat seterusnya untuk Ujian Fizikal dan Sesi Temuduga.

Apa Itu Ujian Psikometrik?

Ujian Psikometrik secara mudah difahaminya adalah satu kaedah atau alat yang digunakan untuk mendapatkan data-data dari sudut sikap, pengetahuan, kompetensi, kemahiran serta personaliti calon-calon.

Daripada keputusan daripada ujian inilah pihak SPA dapat mengenalpasti perwatakan seseorang calon dan menentukan kesesuaian dengan jawatan yang akan dipohon.

Calon calon diberikan masa 1 jam 30 minit untuk menjawab kesemua 199 soalan (jumlah soalan akan dimaklumkan dan mungkin berubah).

Ujian akan bermula tepat pada pukul 9 pagi dan akan berakhir tepat pada pukul 5 petang – calon boleh pilih untuk menjawab mengikut kesesuaian masa masing-masing.

Contoh panggilan ujian yang akan diterima adalah seperti berikut:

Artikel berkaitan: SPA9 – Permohonan Kerja Kosong Kerajaan

Tujuan Ujian

Ujian ini dijalankan untuk tujuan-tujuan berikut:

  1. Mengecilkan jumlah calon – Ujian ini adalah cara termudah untuk mengecilkan jumlah calon yang layak untuk sesuatu jawatan yang dipohon
  2. Mencari pertawatakan tertentu – Setiap jawatan memerlukan calon memiliki perwatakan tertentu disebabkan skop dan tanggungjawab pekerjaan yang berbeza

Tiada jawapan yang betul atau salah dalam ujian psikometrik ini tetapi hanya calon yang menepati perwatakan tertentu yang dicari untuk jawatan yang dipohon sahaja akan dibenarkan untuk ke peringkat seterusnya.

Tiada markah gagal atau lulus dalam ujian ini kerana yang sebetulnya, lulus atau gagal ujian psikometrik ini dinilai berdasarkan kepada sejauh mana perwatakan seseorang itu dapat memenuhi ciri-ciri yang dikehendaki oleh ketua jabatan. 

Untuk info, boleh baca Panduan Ujia Psikometrik di lam web SPA di pautan https://www.spa.gov.my/spa/panduan/peperiksaan/sukatan-peperiksaan-psikometrik

panduan peperiksaan psikometrik

Kriteria Penilaian Ujian Psikometrik

  1. Bagi konsep ujian psikometrik (penilaian personaliti/kompetensi), ia direkabentuk untuk mengukur trait-trait individu berasaskan keserasian individu terhadap pekerjaan (job-fit), organisasi (organization-fit) serta sifat kerja berpasukan (team-fit).
  2. Data-data penilaian diperolehi melalui kaedah laporan kendiri (self-report) iaitu individu perlu menjawab jujur dan memberikan jawapan yang paling tepat mengenai dirinya.
  3. Melalui respon atau jawapan yang telah diberikan oleh calon, sistem komputer akan memproses dan menganalisis data-data jawapan untuk dipadankan dengan kesesuaian seseorang calon dengan ciri-ciri dan kompetensi yang piawai pada sesuatu jenis jawatan.

VIDEO : INFO PEPERIKSAAN ONLINE MEMASUKI PERKHIDMATAN AWAM (PSEE) – UJIAN PSIKOMETRIK SPA


Taklimat Ujian

Sumber : Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA)

Baca lagi: MyResume SPA : Panduan Isi Borang & Cara Upload Dokumen

Tips Penting & Pengalaman Menjawab Ujian

PERKONGSIAN 1

(NOTA: INI BUKAN TIPS, SAYA BUKAN WAKIL SPA. SAYA HANYA KONGSI APA YANG SAYA BUAT)

Ujian Psikometrik – JKR Malaysia

Semalam saya baru sahaja melaporkan diri ke pejabat Unit Pakar Ukur Bahan, Pasukan Projek Khas 1, Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat, Ibu Pejabat JKR Malaysia.

Sempat bersembang serba sedikit bersama Pengarah PPK1 & pegawai di sana. Ada juga protege Juruukur Bahan yang minta tips ujian psikometrik & temuduga SPA.

Saya jawab saya tidak tau. Tapi saya boleh kongsikan segala persediaan saya untuk kedua-duanya.

Ujian Psikometrik

Ada 199 soalan perlu dijawab dalam tempoh 1 jam 30 minit. Soalan yang menguji personaliti kita.

Saya tidak tau apa kriteria untuk LULUS. Tapi saya berpegang kepada 3 perkara ini:
1) Saya tidak sesekali tekan butang jawapan SEDERHANA/TIDAK PASTI.
2) Konsisten. Soalan dibahagi kepada dua, dan diterbalikkan struktur ayat.

Contoh:
Soalan 7: Saya memberikan kerjasama penuh bagi setiap tugasan yang diberikan.
Soalan 149: Saya tidak memberikan kerjasama penuh bagi setiap tugasan yang diberikan.
A) SANGAT SETUJU
B) SETUJU
C) SEDERHANA
D) TIDAK SETUJU
E) SANGAT TIDAK SETUJU

Jika soalan no. 7 saya jawab SANGAT SETUJU, soalan no. 149 saya akan jawab SANGAT TIDAK SETUJU. Konsisten.

3) SPA takkan semak jawapan anda satu persatu & takkan minta penjelasan kenapa anda pilih jawapan tersebut. Jadi, tak perlu takut untuk buat pilihan jawapan.
Selesai. Saya LULUS.

*Sumber : Facebook Akmal Rozman

PERKONGSIAN 2

Part 1 : https://www.tiktok.com/@syukranlee/video/7134603547185777947

Part 2 : https://www.tiktok.com/@syukranlee/video/7142433769973222682

Part 3 : https://www.tiktok.com/@syukranlee/video/7134676986458295578

@syukranlee

Harap2 tips ni bermanfaat untuk hgpa smua, gdluck kepada hgpa smua yg akan jawab ujian psikometrik spa9i nnti, tak lulus cuba lagi jgn putus asa #spa9i #shouldbeme maaf sound gila sikit sbb hujan😂😂

♬ Relaxing Japanese-style piano song inviting nostalgia – Akiko Akiyama

Sumber: Tiktok @syukranlee

TIPS LULUS UJIAN PSIKOMETRI OLEH CALON SPA (VIDEO)

*Sumber: Facebook Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA)

Contoh Soalan PSEE

Berikut merupakan contoh-contoh soalan yang bakal dijawap oleh calon yang menduduki ujian SPA.

Seperti mana yang dimaklumkan sebelum ini, tiada jawapan betul atau salah jadi calon diminta menjawab dengan jujur mengikut perwatakan diri sendiri.

Contoh Soalan 1: Saya merasa bersalah sekiranya tidak dapat hadir pada masa yang dijanjikan.

  • Sangat Setuju
  • Setuju
  • Tidak Pasti
  • Tidak Setuju
  • Sangat Tidak Setuju

Contoh Soalan 2: Saya akan melakukan apa sahaja kerja untuk mendapatkan apa yang saya idamkan.

  • Setuju
  • Tidak Setuju

Contoh Soalan 3: Sesekali saya akan melepaskan kemarahan kepada kerja bawahan saya apabila rasa tertekan.

  • Sangat Kerap
  • Kerap
  • Tidak Pasti
  • Kadang-Kadang
  • Tidak Pernah

Contoh Soalan 4: Walaupun meja kerja saya berselerak tetapi saya tahu dimana saya meletakkan barang saya.

  • Sangat Setuju
  • Setuju
  • Tidak Pasti
  • Tidak Setuju
  • Sangat Tidak Setuju

Contoh Soalan 5: Dalam penyelesaikan masalah, saya memberi banyak idea berbandingkan orang lain.

  • Sangat Setuju
  • Setuju
  • Tidak Pasti
  • Tidak Setuju
  • Sangat Tidak Setuju

Contoh Soalan 6: Seandainya saya seorang guru, saya lebih gemar mengajar subjek berasaskan fakta berbanding subjek berasaskan teori.

  • Sangat Setuju
  • Setuju
  • Tidak Pasti
  • Tidak Setuju
  • Sangat Tidak Setuju

Contoh Soalan 7: Saya lebih suka berkawan dengan individu yang sentiasa mempunyai idea baharu berbanding individu yang berpendirian realistik.

  • Sangat Setuju
  • Setuju
  • Tidak Pasti
  • Tidak Setuju
  • Sangat Tidak Setuju

Contoh Soalan 8: Setiap orang layak diberikan peluang kedua untuk memperbaiki kesilapan mereka.

  • Sangat Setuju
  • Setuju
  • Tidak Pasti
  • Tidak Setuju
  • Sangat Tidak Setuju

Contoh Soalan 9: Biasanya, saya tenang dalam bertindak balas terhadap situasi yang menimbulkan bahaya.

  • Sangat Tidak Menggambarkan Diri Saya
  • Tidak Menggambarkan Diri Saya
  • Agak Menggambarkan Diri Saya
  • Menggambarkan Diri Saya
  • Sangat Menggambarkan Diri Saya

Contoh Soalan 10: Sabar dan tidak cerewet adalah tabiat saya.

  • Ya
  • Tidak
Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!