Bantuan Zakat WEZAS UPSI Untuk Pelajar Ijazah Sarjana Muda

Sukacita dimaklumkan bahawa tawaran Bantuan Zakat Ijazah Sarjana Muda WEZAS UPSI kini dibuka kepada pelajar yang berkelayakan.

WEZAS telah beroperasi di dalam menyediakan bantuan kepada golongan asnaf di UPSI lebih sedekad sejak penubuhannya sebagai sebuah unit kecil yang dikenali sebagai Unit Zakat dan Kebajikan.

Pada 1 Ogos 2020, penubuhan WEZAS sebagai sebuah Pusat Tanggungjawab (PTj) yang baru bagi menggantikan Unit Zakat dan Kebajikan membolehkan WEZAS bergerak secara lebih efektif dan efisien.

WEZAS berperanan untuk membantu meringankan beban dalam kalangan pelajar yang tidak berkemampuan untuk meneruskan pengajian di UPSI.

Ikuti perkongsian kami untuk ketahui mengenai bantuan zakat yang ditawarkan dengan lebih lanjut.

Baca Juga : Senarai Universiti Terbaik Di Malaysia (Ranking Terkini 2022-2023)

Tarikh Tutup Permohonan

Pelajar yang berkelayakan boleh kemukakan permohonan secara atas talian sebelum tarikh tutup iaitu pada 31 Januari 2023 (Selasa).

Syarat Permohonan Bantuan Zakat Ijazah Sarjana Muda WEZAS

Pelajar yang ingin memohon zakat perlulah menepati syarat-syarat seperti berikut :

  • Beragama Islam
  • Sedang mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda
  • Pendapatan seisi keluarga kurang daripada RM 4,000.00
  • Jumlah pinjaman atau tajaan yang diterima adalah kurang daripada RM 4,000.00 bagi satu semester.
 Bantuan Zakat WEZAS UPSI

Cara Memohon / Carta Alir Permohonan Bantuan Zakat

Calon yang ingin memohon boleh ikuti panduan permohonan seperti berikut :

  • Mohon bantuan zakat secara atas talian di MyUPSI Student/ UniSIS Student (Finance → Zakat Fund)
  • Pilih tarikh temuduga di MyUPSI Student/ UniSIS Student.
  • Calon wajib hadiri sesi temuduga mengikut tarikh yang telah dipilih.
  • Kelulusan oleh pihak WEZAS (30 hari dari tarikh temuduga dan penghantaran dokumen yang lengkap).
  • Permohonan yang berjaya bakal menerima bayaran terus ke akaun (dalam tempoh 14 hari selepas tarikh kelulusan).

Nota :

  1. Pelajar dinasihatkan untuk memastikan segala dokumen dan maklumat diperlukan adalah tepat dan benar.
  2. WEZAS berhak menolak sebarang permohonan yang tidak lengkap. Permohonan juga dianggap akan terbatal jika di dapati maklumat yang dikemukan adalah palsu.

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai Bantuan Zakat Ijazah Sarjana Muda WEZAS UPSI, sila hubungi Ustaz Azizi Husin di talian 013-623 2528 atau ikuti laman Facebook WEZAS UPSI di pautan https://www.facebook.com/wezasofficial/.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!