Cara Bayar Zakat Fitrah Di Shopee & Terima 100 Shopee Coins

Tahukah anda pembayaran zakat fitrah kini boleh dibuat di Shopee.

Namun buat masa sekarang, aplikasi ini hanya menyokong pusat zakat di bawah:

  • Pusat Pungutan Zakat-MAIWP (PPZ)
  • Majlis Agama Islam Dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk)
  • Zakat Sabah (MUIS)

Berikut dikongsikan panduan cara membayar zakat fitrah di Shopee.

Pengertian Zakat Fitrah

Kadar Zakat Fitrah

Kadar zakat fitrah ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.7kg beras atau senilai dengannya.

Namun kadar ini berbeza mengikut negeri masing-masing.

Untuk maklumat lanjut anda boleh rujuk kadar zakat fitrah 2021.

Cara Bayar Zakat Fitrah Di Shopee

1. Buka aplikasi Shopee anda dan klik pada bahagian Deals, Top-Ups & Bills > Zakat Fitrah

2. Pilih pusat zakat negeri anda.

3. Pilih kadar zakat fitrah anda dan jumlah individu yang anda ingin bayar.

4. Lengkapkan segala maklumat yang diperlukan seperti nombor kad pengenalan, nama penuh, alamat emel, nombor telefon, dan alamat surat menyurat.

Kemudian klik “Teruskan” untuk membuat pembayaran.

5. Lafaz niat zakat fitrah anda sebelum membuat pembayaran.

Inilah wang {jumlah} sebagai menggantikan beras fitrah yang wajib ke atas diri saya / tanggungan saya pada tahun ini kerana Allah Ta’ala. 

6. Pilih kaedah pembayaran seperti di bawah:

  • Shopee Pay
  • Kad debit
  • Perbankan online
  • Pembayaran tunai di 7-Eleven

7. Selepas selesai, anda boleh memuat turun resit pembayaran zakat anda.

Untuk maklumat lanjut, layari portal rasmi Zakat Fitrah Shopee.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!