Biodata Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim ibni Sultan Iskandar

Mari kenali biodata Yang di-Pertuan Agong terkini, Sultan Ibrahim ibni Sultan Iskandar dari Johor.

Sultan Johor Sultan Ibrahim yang dimasyhurkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 setelah tamatnya tempmpoh pemerintahan Sultan Pahang, Sultan Abdullah Ahmad Shah yang menduduki tampuk pemerintahan sejak tahun 2019.

Majlis Raja-Raja turut mengisytiharkan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi tempoh sama.

Kerajaan Agong bergilir di Malaysia melibatkan Sultan-Sultan di sembilan negeri Melayu dengan setiap Agong berkhidmat selama lima tahun.

Sisstem giliran ini bermula apabila negarra kita memperoleh kemerdekaan dari British pada 1957.

Latarbelakang

Sultan Ibrahim diputerakan pada 22 November 1958 di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, Johor.

Baginda adalah anak sulung hasil perkahwinan Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail dan Almarhumah Enche’ Besar Hajah Khalsom Abdullah.

Sultan Ibrahim dimasyhurkan sebagai Tunku Mahkota Johor pada 3 Julai 1981 dan mendirikan rumah tangga bersama Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah pada 22 September 1982 serta dikurniakan enam cahaya mata iaitu lima putera dan seorang puteri.

Pada 25 April 1984 hingga 25 April 1989, Baginda dilantik sebagai Pemangku Raja semasa Almarhum Sultan Iskandar diangkat sebagai Yang di-Pertuan Agong.

Baginda dimasyhurkan sebagai Sultan Johor pada 23 Januari 2010 selepas kemangkatan Almarhum Sultan Iskandar dan dimahkotakan pada 23 Mac 2015.

Artikel berkaitan: Biodata Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah

Pendidikan

Yang Di-Pertuan Agong

Baginda mula mendapat pendidikan awal di Taman Didikan Kanak-Kanak Tunku Ampuan Mariam, Johor Bahru sebelum memulakan pendidikan di Sekolah Temenggong Abdul Rahman (1) Johor Bahru.

Baginda kemudian melanjutkan pelajaran di Trinity Grammar School, Sydney, Australia pada tahun 1968 hingga 1970 dan meneruskan pelajaran menengah di English College (Maktab Sultan Abu Bakar) dari tahun 1971 hingga 1975.

Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong meneruskan pengajian di Fletcher School of Law and Diplomacy di Boston, Massachusetts, Amerika Syarikat dan melengkapkan dua kursus – Southeast Asian Strategic Studies dan International Law of the Seas.

Baginda turut mendapat pendidikan agama di Sekolah Agama Ayer Molek, Johor Bahru.

Pemerintahan

Seri Paduka Baginda dimasyhurkan sebagai Tunku Mahkota Johor pada 3 Julai 1981.

Pada 25 April 1984 hingga 25 April 1989, Seri Paduka Baginda dilantik sebagai Pemangku Raja Johor semasa Almarhum Sultan Iskandar diangkat sebagai Yang di-Pertuan Agong kelapan.

Sultan Ibrahim dimasyhurkan sebagai Sultan Johor pada 23 Januari 2010 selepas kemangkatan Almarhum Sultan Iskandar, dan dimahkotakan pada 23 Mac 2015.

Keluarga

Pada 22 September 1982, Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong mendirikan rumah tangga bersama Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah.

Baginda berdua dikurniakan lima putera dan seorang puteri iaitu Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail, Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah, Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar, Tunku Laksamana Johor Almarhum Tunku Abdul Jalil, Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman dan Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar.

Kredit: Laman Web Rasmi Kemahkotaan DYMM Sultan Ibrahim

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!