Biodata Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah

Mari kenali biodata Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah.

Raja Zarith Sofiah secara rasminya menjadi Raja Permaisuri Agong Malaysia yang baru setelah perlantikan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar sebagai Yang DiPertuan Agong Malaysia yang baru.

Raja Zarith adalah penyokong kuat untuk meningkatkan penggunaan bahasa Inggeris di Malaysia dan selain bahasa Melayu dan Inggeris, baginda boleh bertutup dalam bahasa Cina Mandarin, Itali dan Perancis.

Secara ringkasnya, Raja Zarith Sofiah merupakan seorang kerabat diraja yang bergiat aktif dalam pelbagai kerja kebajikan, khususnya melalui platform badan bukan kerajaan (NGO) sehingga mendapat pengiktirafan antarabangsa iaitu dianugerahkan ijazah kehormat daripada University of Nottingham pada 2017.

Latarbelakang

Biodata Raja Permaisuri Agong

Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah diputerikan pada 14 Ogos 1959 di Hospital Batu Gajah, Perak.

Seri Paduka Baginda merupakan puteri kedua dan anakanda ketiga kepada Almarhum Sultan Perak, Paduka Seri Sultan Idris Shah II dan Almarhumah Raja Perempuan Perak, Raja Perempuan Muzwin Almarhum Raja Dato’ Sri Ariff Shah.

Artikel berkaitan: Senarai Yang Dipertuan Agong Pertama Hingga Kini

Perkahwinan

Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah diijabkabulkan bersama Sultan Johor Sultan Ibrahim pada 22 September 1982 semasa Sultan Ibrahim bergelar Tunku Mahkota Johor.

Raja Zarith Sofiah dan Sultan Ibrahim dikurniakan enam orang anak:

  • Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar, Tunku Mahkota Johor (lahir 30 Jun 1984)
  • Tunku Tun Aminah, (lahir 8 April 1986)
  • Tunku Idris Iskandar, the Tunku Temenggong of Johor (born 25 December 1987)
  • Tunku Abdul Jalil, Tunku Laksamana Johor (5 Julai 1990 – 5 Disember 2015)
  • Tunku Abdul Rahman, Tunku Panglima Johor (lahir 5 Februari 1993)
  • Tunku Abu Bakar, Tunku Putera Johor (lahir 30 Mei 2001)

Pertabalan

yang dipertuan agong malaysia terbaru

Pada 22 September 1982, Raja Zarith Sofiah berkahwin dengan Tunku Mahkota (Putera Mahkota) Johor ketika itu, Tunku Ibrahim Ismail.

Selepas perkahwinan, beliau telah dianugerahkan gelaran Yang Teramat Mulia Isteri Tunku Mahkota (Permaisuri Mahkota) Johor.

Tunku Ibrahim Ismail telah dimasyhurkan sebagai Sultan Johor ke-25 selepas kemangkatan ayahandanya pada 23 Januari 2010.

Raja Permaisuri Agong Raja Zarith disapa sebagai DYMM (HRH), permaisuri Sultan Johor sehingga pertabalan baginda berlangsung pada 23 Mac 2015.

Pada hari pertabalan, beliau telah dikurniakan gelaran Permaisuri Johor.

Pendidikan

Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Datin Khadijah, Kuala Kangsar, Perak sebelum menyambung pendidikan menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Perempuan Kalsom, juga di Kuala Kangsar.

Seri Paduka Baginda kemudian menyambung pelajaran peringkat menengah di Cheltenham Ladies’ College di England pada 1972, sebelum menyambung pengajian tinggi di peringkat Ijazah Sarjana Muda di Somerville College, University of Oxford pada 1979 sebelum dikurniakan Bachelor of Arts in Chinese Studies pada 1983.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!