Salah satu warna yang sering menjadi pilihan terutamanya warna bagi pakaian adalah warna cream.
Lazimnya, warna ini dijadikan pilihan oleh kaum wanita untuk dijadikan warna tudung yang sesuai digayakan dengan pelbagai warna yang lain.
Mengenai Warna Cream
Warna ini sering dikaitkan dengan warna yang lembut dan hangat selain dikaitkan dengan keanggunan, kemewahan, dan keselesaan.
Selain itu, warna ini juga melambangkan ketenangan, kelembutan, dan kebersihan.
Warna ini wujud hasil daripada merupakan campuran antara putih dan kuning pucat.
Contoh Warna Cream
Contoh-contoh bagi warna ini adalah seperti berikut:
1- Nude Cream
Nude Cream ialah campuran antara Nude dan Krim yang memperlihatkan warna yang lebih lembut.
Kod warna ini adalah #f3e2d6.
2- Cream Susu
Warna Cream Susu merupakan gabungan warna cream yang asal dan warna putih susu.
Kod warna ini ialah #F8E2B1.
3- Cream Muda
Warna cream muda wujud daripada gabungan warna kuning atau warna cokelat dengan warna putih.
Warna ini juga dilihat lebih lembut apabila digabungkan dengan warna lembut seperti warna putih.
Kod warna ini adalah #fffbe7.
4- Cosmic Latte
Cosmic Latte ialah warna putih lembut berkrim.
Ia adalah warna yang menenangkan dan menenangkan, sesuai untuk mewujudkan suasana yang tenang.
Selain itu, warna ini mencerminkan cahaya lembut bintang yang jauh, mengingatkan warna halus yang terdapat dalam cappuccino berbuih atau kehangatan lembut pantai berpasir pada waktu matahari terbenam.
Kod warna ini ialah #fff8e7.
5- Champagne
Champagne adalah warna yang diambil dari minuman arak atau sparkling wine.
Wapaupun ianya haram dan tidak boleh diminum oleh orang Islam namun warnanya boleh digunakan bagi pilihan warna pakaian dan sebagainya.
Warna ini seakan keemasan, kuning pucat, atau kecoklatan muda yang lembut dan elegan.
Tambahan pula, warna ini sering digunakan dalam pernikahan, pakaian, dan hiasan dalam untuk menciptakan suasana mewah dan anggun.
Kod warna ini ialah #F7E6CA.
Padanan Warna
Padanan warna cream yang sesuai adalah seperti berikut:
- Light peach
- Soft beige
- Pale gold
- Warm taupe
- Ivory
- Champagne
- Dusty rose
- Sage green
- Light brown
- Pale yellow
Info Lanjut
Info lanjut mengenai warna ini, sila baca di pautan https://rona.my/padanan-warna-cream/.
Baca juga: Warna Pastel: Jenis, Contoh & Kod Warna