Warna Pastel: Jenis, Contoh & Kod Warna

warna pastel
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Warna pastel merupakan salah satu warna yang sering menjadi pilihan terutamanya dalam memilih warna pakaian atau mengecat rumah.

Ini kerana warna memain peranan penting dalam kehidupan harian kerana setiap warna mempunyai kecantikan dan keunikan sendiri.

Warna ini juga telah menjadi trend terkini dan selalu menjadi pilihan warna oleh orang ramai terutamanya dalam pakaian.

Maksud Warna Pastel

Warna pastel secara umummnya adalah merujuk kepada warna-warna yang agak pudar atau kusam.

Warna ini wujud adalah percampuran antara warna cerah dan warna putih sehingga menimbulkan warna yang lebih lembut.

Warna ini termasuk warna lembut seperti biru serbuk, merah jambu, hijau pudina dan lavender.

Tambahan pula, ini juga dikategorikan sebagai warna yang selamat untuk dipakai pada siang atau malam mahupun kasual atau formal.

Ciri-Ciri Warna Pastel

Antara ciri-ciri penting warna ini adalah seperti berikut:

  • Lembut
  • Tenang
  • Sejuk
  • Ceria

Padanan Warna

Warna ini sesuai dipadankan dengan warna berikut:

  • Putih
  • Coklat
  • Kelabu
  • Hitam
  • Biru Navy

Contoh & Kod Warna Pastel

Antara contoh warna ini adalah seperti berikut:

i- Mint Green

Warna ini merupakan arna hijau yang lembut dan segar yang mempunyai mirip dengan warna daun mint.

Warna ini merupakan kombinasi dari hijau dan biru, dengan sedikit tambahan putih untuk menciptakan nuansa yang lebih terang dan warna pastel.

Warna Mint Green sering digunakan dalam hiasan dalaman, pakaian, dan aksesori kerana ia memberikan kesan yang menenangkan dan menyegarkan.

Kad warna ini adalah #98FB98.

2- Pastel Pink

Warna ini merupakan warna yang lembut dan cerah, iaitu gabungan antara warna merah dan putih. 

Warna ini adalah sebahagian daripada jenis warna pink yang lebih terang tetapi sedikit kurang cerah.

Oleh kerana itulah warna ini sering menjadi pilihan kerana ianya memberikan kesan yang tenang dan menenangkan. 

Warna ini juga sering digunakan dalam fesyen, dekorasi hiasan dalaman, dan lain-lain karya seni.

Kod bagi warna ini ialah #FFD1DC.

3- Pastel Yellow

Pastel Yellow merupakan ton warna halus berkrim yang menggabungkan kecerahan kuning dengan ton lembut dan diredam, cahaya matahari awal pagi atau kelopak buttercup.

Warna unik ini sering muncul dalam alam semula jadi, seperti dalam warna lembut bunga musim bunga dan cahaya halus apabila matahari terbit.

Kod warna ini adalah #fdfd96.

4- Sage Green

Sage Green merupakan warna yang diambil daripada daun sage.

Daun ini jika dihidu bau dan rupanya seakan-akan daun mint yang merupakan sejenis tanaman herba popular. 

Warna ini wujud hasil daripada merupakan gabungan dari hijau dan kelabu, yang menggambarkan semula jadi, tenang, dan menenangkan. 

Warna ini juga digunakan dalam hiasan dalaman dan pemakaian untuk menampilkan suasana yang relaks dan sejuk.

Kod warna ini ialah #8A9A5B

5- Lilac

Lilac adalah warna ungu yang dari gabungan antara warna ungu dan putih, menghasilkan nuansa ungu yang lebih terang, lembut, dan feminin. 

Warna ini juga sering dikaitkan dengan suasana romantis, kelembutan, dan juga keanggunan.

Kod warna ini adalah #BDB0D0

Info Lanjut

Info lanjut mengenai warna ini, sila baca di pautan berikut:

Baca juga: Warna Putih: Maksud Warna, Jenis, & Padanan Sesuai

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut