Wang Pendahuluan PTPTN – Semakan WPP 2025

wang pendahuluan ptptn wpp
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Semakan Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) boleh dibuat melalui myPTPTN di pautan https://www.ptptn.gov.my/myptptn/ mulai 24 September 2025. Tempoh sah laku WPP: 24 September – 23 November 2025

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menawarkan Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) kepada 27,674 pelajar Ijazah Sarjana Muda yang memasuki Universiti Awam (UA) dan Politeknik bagi sesi Oktober ini, melibatkan peruntukan RM41.5 juta.

Menurut BERNAMA, PTPTN dalam kenyataan memaklumkan pelajar boleh membuat semakan tawaran WPP melalui aplikasi myPTPTN dan menunaikan WPP berkenaan di kaunter Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) di seluruh negara mulai Rabu ini.

Pelajar hanya perlu membawa bersama surat tawaran WPP yang dicetak melalui aplikasi myPTPTN dan juga MyKad pelajar (wakil tidak dibenarkan). Tempoh sah laku WPP adalah selama dua bulan iaitu mulai 24 Sept hingga 23 Nov 2025.

Menerusi WPP, setiap pelajar baharu yang layak akan menerima RM1,500 sebagai persiapan awal memasuki UA dan Politeknik, sekali gus meringankan beban kewangan dan menjaga kebajikan pelajar.

Kemudahan WPP adalah bukti keprihatinan kerajaan melalui PTPTN dalam membantu meringankan beban kewangan pelajar di peringkat awal pengajian.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang WPP PTPTN ini.

Pengenalan

Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) adalah merupakan wang pendahuluan berjumlah RM1,500 yang diberikan kepada pelajar yang layak sebelum mereka mendaftar di IPT.

WPP merupakan sebahagian daripada pinjaman yang diberikan sebagai pendahuluan sebelum pelajar mendaftar masuk ke IPT. Pemotongan sebanyak RM500.00 setiap semester daripada jumlah pinjaman PTPTN akan dibuat secara automatik apabila pinjaman diluluskan.

wang pendahuluan ptptn wpp

Semakan Wang Pendahuluan PTPTN

Semakan boleh dibuat di portal rasmi PTPTN (www.ptptn.gov.my). Makluman melalui SMS dan emel juga dibuat berdasarkan nombor telefon bimbit beserta alamat emel yang dikemaskini semasa permohonan kemasukan ke IPT.

Cara Menunaikan WPP PTPTN

WPP boleh ditunaikan oleh pelajar di mana-mana kaunter Bank Islam dengan membawa dokumen berikut:

  • MyKad pelajar (Wakil adalah tidak dibenarkan)
  • Surat tawaran WPP yang dicetak daripada portal rasmi PTPTN (www.ptptn.gov.my);

Syarat-syarat & Cara Permohonan

Syarat-syarat WPP adalah:

  1. Pelajar telah membuat persetujuan menerima WPP;
  2. Pelajar adalah Warganegara Malaysia;
  3. Pelajar ditawarkan pengajian bagi peringkat pengajian Diploma atau Ijazah Sarjana Muda Sepenuh Masa di IPTA dan Politeknik sahaja;
  4. Ibu bapa/ Penjaga/ Pelajar adalah Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR);
  5. Pelajar tidak mempunyai hutang WPP

Tempoh Sahlaku

Tempoh sah laku WPP adalah selama dua bulan iaitu mulai 24 Sept hingga 23 Nov 2025.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk halaman rasmi Perbadanan Tabung Pendidikan Nasional (PTPTN) https://www.ptptn.gov.my/

Apakah Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) ?

Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) adalah merupakan wang pendahuluan berjumlah RM1,500 yang diberikan kepada pelajar yang layak sebelum mereka mendaftar di IPT

Apakah syarat-syarat WPP?

Syarat-syarat WPP adalah:
-Pelajar telah membuat persetujuan menerima WPP;
-Pelajar adalah Warganegara Malaysia;
-Ibu bapa/ Penjaga/ Pelajar adalah Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR);
-Pelajar ditawarkan pengajian bagi peringkat pengajian Diploma atau Ijazah Sarjana Muda Sepenuh Masa di IPTA dan Politeknik sahaja;
-Pelajar tidak mempunyai hutang WPP

Bagaimanakah kaedah permohonan mendapatkan WPP?

Kaedah permohonan adalah berdasarkan pengesahan setuju terima WPP yang dibuat semasa permohonan kemasukan ke IPT iaitu sama ada melalui Portal UPU atau IPT.

Bagaimanakah kaedah semakan status permohonan WPP?

Semakan boleh dibuat di portal rasmi PTPTN (www.ptptn.gov.my). Makluman melalui SMS dan emel juga dibuat berdasarkan nombor telefon bimbit beserta alamat emel yang dikemaskini semasa permohonan kemasukan ke IPT.

Bagaimanakah kaedah penunaian WPP?

WPP boleh ditunaikan oleh pelajar di mana-mana kaunter Bank Islam dengan membawa dokumen berikut:
Surat tawaran WPP yang dicetak daripada portal rasmi PTPTN (www.ptptn.gov.my);
MyKad pelajar (Wakil adalah tidak dibenarkan)

Adakah WPP diberi secara percuma?

Tidak. WPP merupakan sebahagian daripada pinjaman yang diberikan sebagai pendahuluan sebelum pelajar mendaftar masuk ke IPT. Pemotongan sebanyak RM500.00 setiap semester daripada jumlah pinjaman PTPTN akan dibuat secara automatik apabila pinjaman diluluskan.

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut