Wan Sharmila – Biodata, Karier & Pengalaman Sebagai Mutawif

Wan Sharmila
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Wan Sharmila dikenali ramai menerusi wataknya sebagai Sofi Amylia dalam drama 7 Hari Mencintaiku, seorang wanita lemah lembut dan baik hati.

Di sebalik kerjaya lakonannya, beliau juga mempunyai pengalaman sebagai mutawif, menjadikan perjalanan hidupnya menarik untuk dikongsikan.

Untuk artikel pada kali ini, kami akan membawa anda mengenali dengan lebih rapat dengan sosok individu cukup dikenali ramai, Wan Sharmila.

Latar Belakang

Wan Sharmila
Kredit: Instagram @lala.wansharmila
NamaWan Sharmila binti Wan Muhamed
Nama PanggilanWan Sharmila, Lala
Tarikh Lahir12 Oktober 1981
Tempat LahirJohor Bahru, Johor
PendidikanSPM
PekerjaanPelakon, Pengacara, Model, Usahawan
Akaun Media SosialInstagram @lala.wansharmila
TikTok @wansharmilalala

Kehidupan Peribadi

Wan Sharmila lahir pada 12 Oktober 1981 di Johor Bahru, Johor, dan merupakan anak bongsu daripada dua beradik hasil perkahwinan Wan Muhamed Wan Abdul Aziz dan Raidah Abdul Aziz.

Wan Sharmila
Kredit: Instagram @lala.wansharmila

Wan Sharmila
Kredit: Instagram @lala.wansharmila

Kerjaya & Profesional

Filem:

TahunTajukWatak
2011Raya Tak JadiFaridah
2013Bisikan SyaitanKamalia
2015Romeo KotaPengikut Botak
2016Mat Moto OtaiSyazira
2019Anak Perjanjian SyaitanDoktor
2022SeratusTeman Wanita #2

Drama:

TahunTajukWatakSaluran TV
2007Emil EmildaNisaTV3
2007-2009Kisah KaisaraAmyTV3
2008Bujang AntikZuraTV1
2008Sutun Kembali LagiZetaAstro Ria
2008Rona Roni MakaroniJessAstro Ria
2008SindarelaTasyaTV3
2009Tari TiranaTiranaTV3
2010Tipah VavavoomTipahTV3
2010Mistik Alam HitamNanaAstro Ria & Astro Prima
2011Kashaf ImaniShamimAstro Ria
2011Si JundaiSarahTV3
2011Nora ElenaYvonneTV3
2012Tanah Kubur (Musim 4)NoraAstro Oasis
2012Citra JuwitaPuteriTV9
2012Apa Celop!MarshaTV3
2012Seindah SakuraAnidaTV3
2012Rock KapakAstro Warna
2012Merah PutihImanTV9
2012Spy MSalsabilaAstro Prima
2013Debunga LalangKhatijahTV3
2013Playboy Itu Suami AkuSyafTV3
2013Menantu Mak UtehNorkiahTV3
2013Gadis SyampuSuTV3
2013-2014Ariana RoseLindaTV3
2014Kusinero CintaDr. RianaAstro Mustika HD
2014Kifarah (Musim 2)NadiaTV3
2015RisikoTV2
2015Tuan Anas MikaelKayAstro Ria
2016Cinta Si Wedding PlannerDinaTV3
2016BodyguardCassandraTV3
2016Suami Tanpa CintaRosalindaAstro Ria
2016Bibik-BibikkuHudaTV3
20167 Hari MencintaikuSofi AmyliaTV3
2017Sayang Papa Saya TakAzyanAstro Ria
2017Jejak KarmilaKarmila (remaja)TV3
2017Kayuhan CintaTV2
2017Isteri-Isteri AyahFarahTV3
2017Mr. HijabLunaTV3
2017Dekatkan Jarak KitaRianaTV3
2018Abang Lori OhsemLufiaHypp Sensasi
2018Cinta Tiada GantiBettyAstro Prima
2018SuriramLatifah / Hantu SusuAstro Prima
2018Semerah Cinta HumairahCameliaTV3
2018Bahagia Bukan BidaanMurniTV3
2019Senafas RinduAthirahAstro Ria
2019ImaanSabreenaAstro Ria
2019Kau Yang PertamaSuraya (Yaya)TV3
2019IktibarHasnizaTV3
2020Manuskrip CintaHelenaTV Okey
20207 Hari Mencintaiku 2Sofi AmyliaTV3
2020One Two HantuAsmahAwesome TV
2020Sang PewarisMalinaTV3
2021Kampung KolestrolSyaTV9
20227 Hari Mencintaiku 3Sofi AmyliaTV3
2022Wan SenjaMaizurahTV3
2022Kids NowadaysNajihaAstro Ria
2022PA Lelaki KerekMelisaTV Okey
2022Anak Beranak Abe YieAnnTV3
2022Terima Kasih CintaShidaTV3
2023Cik Misi 123Sister JenabAstro Ria
2024Wanita SyurgaHanisTV3

Telefilem:

TahunTajukWatakSaluran TV
2006Sutun 2ZetaAstro Ria
2007Abang! Mak Panggil Balik!LehaTV9
2008Rebab Tak Bertali
2010NgompolJoey
2010Teh O Ais Limau
2010Santau KeramatKartikaAstro Ria
2011Jangan Hantar Aku Ke NerakaTV9
2011Boona Boonie
2011Along GedebeAidaAstro Warna
2011Dendam MayaRita
2011InsafTV1
2011Mak Andam SemahIdayuAstro Prima
2011Wangi SetanggiRosnahAstro Oasis
2013Menanti Hari ItuHanisAstro Ria
2014Najwa NajihaNajwaTV2
2014ParasitAzieTV3
2015Bawalah Aku PulangTV2
2015Isteriku Bukan Tukang MasakRaniaAstro Maya HD
2016Tercipta UntukkuAstro Mustika HD
2016Ketupat TerakhirNisaTV3
2016Tuan Anas Mikhael: 5 Hari BerayaKayAstro Ria
2016HajatDilla
2018Arah Lain Ke SyurgaQasehTV2
2018Syurga Kecil KamiFarahTV1
20183 QulMalisaTV2
2019Geng Van JenazahKak ZahTV3
2019RemukTV3
2019RM20,000 Serba DuaSyakillaTV1
2020Kasyaf Gelang IblisSiti NasuhaAstro Citra
2021Takbir SemalamMiraAwesome TV
2025Jersi 45TV1

Televisyen:

TahunTajukPerananSaluran TV
2011Klik Klik ASEANArtis jemputanTV1
2017Apa Nak Makan Ni ?Artis jemputanTV3
2017Sepahtu Reunion Live 2017YatiAstro Warna
2019Senang TerhiburArtis JemputanTV3
2023Ubi Superstar LiveArtis JemputanAstro Warna
2023Sepahtu Reunion Al-PuasaRinaAstro Warna

Drama Radio:

  • Demi Kasih (2025) – IKIMfm

Wan Sharmila Jadi Mutawif di Tanah Suci

Wan Sharmila melangkah ke fasa baharu dalam kehidupannya apabila diberi peluang berkhidmat sebagai mutawif di Tanah Suci.

Menurut beliau, walaupun sudah memiliki sijil berkaitan selepas mengikuti kursus pengurusan haji dan umrah dua tahun lalu, peluang untuk mempraktikkan ilmu tersebut hanya hadir sekarang. Mengakui perasaan gementar, beliau menyifatkan pengalaman ini sebagai medan praktikal sebenar selepas proses pembelajaran yang panjang.

Dalam temu bual bersama Harian Metro, beliau mendedahkan walaupun menerima beberapa tawaran daripada agensi pelancongan untuk menjadi mutawifah, keberanian untuk memimpin jemaah secara bersendirian masih belum ada.

Buat masa ini, Wan Sharmila memilih untuk mengikuti mutawif berpengalaman dan berada di belakang sebagai proses pembelajaran. Jelasnya, tugas mutawifah bukan sekadar membawa jemaah, sebaliknya perlu menyantuni mereka serta menguasai ilmu hukum hakam, sirah Nabi dan pelbagai aspek berkaitan ibadah.

Menganggap dirinya masih di peringkat pelatih, Wan Sharmila bersyukur atas rezeki baharu yang dikurniakan Allah.

Selepas hampir dua tahun tidak aktif berlakon kerana kebanyakan tawaran kurang sesuai, beliau percaya cabang rezeki Allah sangat luas. Walaupun cabaran sebagai mutawifah besar dan tidak mudah, beliau tekad untuk mencuba dan keluar daripada zon selesa dunia lakonan.

Beliau turut berkongsi perubahan rutin kerja yang dirasai kini lebih berdisiplin dan berbeza berbanding sebelum ini.

Terdahulu, Wan Sharmila memuat naik hantaran video di Instagram memaparkan dirinya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA 1) ketika kali pertama menguruskan jemaah umrah ke Jeddah. Dalam kapsyen penuh kesyukuran, beliau memohon doa orang ramai kerana menyedari amanah besar menyantuni tetamu Allah.

Difahamkan, Wan Sharmila bersama agensi Hayya Travel Tours membawa seramai 30 jemaah umrah dan akan berada di Tanah Suci selama 12 hari, sekali gus menandakan permulaan perjalanan baharu beliau sebagai seorang mutawif.

Kredit: Instagram @lala.wansharmila
Kredit: Instagram @lala.wansharmila

Pencapaian Wan Sharmila

Beliau pernah memenangi Anugerah Shine Pantene sempena Anugerah Skrin 2008. Beliau pada ketika itu berjaya menyaingi nama besar seperti Jue Aziz, Sherry Ibrahim dan Ayu Raudhah.

Fakta Menarik Tentang Wan Sharmila

  • Wan Sharmila adalah anak saudara kepada pelakon veteran terkenal, Wan Maimunah.
  • Beliau pernah mendirikan rumah tangga dengan penerbit drama TV, Fazli Bahrom pada tahun 2007 namun perkahwinan mereka tidak kekal lama dan bercerai pada 23 Oktober 2009.
  • Wan Sharmila mula tampil berhijab pada tahun 2019.
  • Pada Julai 2017, beliau pernah menjalani pembedahan tulang belakang.
  • Beliau merupakan sahabat rapat kepada pelakon Sari Yanti.
  • Mempunyai hobi iaitu menunggang kuda.

Perjalanan hidup Wan Sharmila jelas memperlihatkan kematangan dan keberaniannya meneroka fasa baharu dalam kehidupan. Keberaniannya melangkah ke dunia baharu, meninggalkan zon selesa demi menyantuni tetamu Allah, mencerminkan keikhlasan serta ketundukan kepada ketentuan Ilahi.

Semoga setiap langkah Wan Sharmila di Tanah Suci dipermudahkan, diberkati dan menjadi asbab kebaikan bukan sahaja buat dirinya, malah buat setiap jemaah yang dibimbing.

Baca juga:

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut