Advertisements

Waktu Operasi Kaunter BKM 2022 & Cawangan LHDN

Advertisements

BANTUAN KELUARGA MALAYSIA (BKM) 2022 : WAKTU OPERASI PEMBUKAAN KAUNTER BKM 2022 @ CAWANGAN LHDN PADA HUJUNG MINGGU

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah memaklumkan bahawa kaunter Bantuan Keluarga Malaysia (BKM 2022) akan dibuka pada hujung minggu pada tarikh 27, 28 dan 29 Mei 2022.

Masa operasi dan lokasi cawangan yang terbabit adalah seperti berikut:

LOKASI

  • Cawangan LHDNM
  • Pejabat Satelit (PS) LHDNM
  • Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM

MASA

  • Semenanjung : 8.00 pagi hingga 4.30 petang
  • Sabah & Sarawak : 8.00 pagi hingga 3.30 petang
waktu operasi kaunter bkm rayuan

Berikut dikongsikan senarai jadual pembukaan kaunter Bantuan Kelaurga Malaysia (BKM 2022) di cawangan yang terlibat secara lebih terperinci.

Senarai Kaunter BKM 2022 & Waktu Operasi LHDN

waktu operasi kaunter bkm rayuan

Baca juga:

Bantuan Voucher Shopee Sehingga RM500 Untuk Pembaca eCentral Daftar Sekarang!

Tempoh Permohonan & Kemaskini Maklumat Bantuan Keluarga Malaysia (BKM 2022)

Tempoh Pemohonan dan Pengemaskinian Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022 bermula 01 Januari 2022 hingga 31 Januari 2022.

Perkhidmatan kaunter BKM LHDNM dibuka untuk permohonan dan kemaskini BKM 2022.

Sila rujuk Jadual Kaunter Perkhidmatan BKM LHDNM dalam jadual di atas.

Pemohon yang perlu membuat Kemas Kini adalah:

Individu, pemohon BPR 2021 termasuk tidak lulus BPR 2021 disebabkan menerima GKP dan penerima BKC (B40) yang mempunyai rekod dalam sistem BKM boleh mengemaskini permohonan.

Pemohon yang perlu membuat Permohonan Baharu adalah:

  • Pemohon yang tiada rekod dalam sistem BKM atau tidak menerima BPR 2021, BKC (B40) dan GKP; serta
  • Berpendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah; atau
  • Berpendapatan RM2,500 dan ke bawah untuk individu bujang / tiada pasangan / tiada anak menepati syarat

Pemohon disarankan untuk membuat semakan BKM 2022 secara dalam talian. Sekiranya tiada rekod BKM 2022 dan menepati syarat kelayakan, permohonan baharu BKM 2022 boleh dibuat.

Dokumen Yang Diperlukan

Salinan dokumen sokongan pemohon / pasangan / anak (jika berkaitan) yang perlu dikemukakan adalah seperti berikut:

Pemohon

a. Salinan Sijil Perkahwinan yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN; atau
b. Salinan Sijil Kematian pasangan yang dikeluarkan oleh JPN; atau
c. Sijil Perceraian (asal dan salinan) yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN; atau
d. Salinan Sijil Dekri Nisi / Dekri Nisi Mutlak yang dikeluarkan oleh Mahkamah
e. Salinan Kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

Pasangan

a. Salinan pengenalan Pasangan (MyKad / MyPR / MyKAS); atau
b. Salinan Pasport / Visa / UNHCR / Pas Sempadan

Anak

a. Anak Kandung
– Salinan MyKad / MyKid; dan
– Salinan Sijil Lahir
b. Anak Angkat
– Salinan MyKad / MyKid; dan
– Salinan Sijil Daftar Anak Angkat yang dikeluarkan oleh JPN

Borang Serahan Dokumen Sokongan BKM 2022 (BK-04) perlu diisi semasa mengemukakan dokumen sokongan berkenaan ke LHDNM ATAU boleh memuatnaik ke sistem BKM semasa permohonan secara dalam talian.

Log Masuk myBKM

Menu Log Masuk MyBKM merupakan kemudahan secara dalam talian untuk kemaskini permohonan dan semakan BKM 2022 bagi pemohon yang mempunyai rekod permohonan BKM 2022.

Log Masuk MyBKM memerlukan ID Pengguna dan Kata Laluan yang telah didaftarkan. Untuk makluman lanjut pendaftaran ID MyBKM, sila rujuk Soalan Lazim Pendaftaran MyBKM.

Bagi pemohon yang terlupa kata laluan dan gagal menjawab soalan keselamatan (percubaan sebanyak 3 kali diberikan). ID MyBKM akan disekat dan pemohon dibenarkan untuk mencuba semula selepas 24 jam.

Sekiranya masih menghadapi masalah, pemohon boleh menghubungi Cawangan LHDNM berhampiran atau talian Hotline BKM LHDNM 1-800-88-2747.

Maklumat Lanjut Pengoperasian Kaunter BKM / LHDN

Borang

FAQ

Berapa bintang untuk artikel ini?

Average rating 0 / 5. Vote count: 0

No votes so far! Be the first to rate this post.

Leave a Comment