Bantuan SARA 2024: Semakan Sumbangan Asas Rahmah STR

PEMBERIAN BANTUAN SARA (SUMBANGAN ASAS RAHMAH) BAGI PENERIMA STR 2024

Manfaat Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada 700 ribu penerima STR yang akan menerima RM100 sebulan untuk tempoh 12 bulan bagi pembelian barang-barang asas di kedai runcit – Belanjawan 2024

Pengenalan Bantuan SARA 2024 (Sumbangan Asas Rahmah)

Dalam Belanjawan 2024, bantuan SARA telah diluaskan kepada 700,000 penerima STR dengan bayaran RM100/sebulan untuk 12 bulan melalui langkah yang sama – iaitu melalui MyKad.

Menurut Kementerian Kewangan, mulai 2024, SEMUA penerima STR akan turut menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) berbanding hanya kategori miskin tegar yang layak bagi tahun 2023.

Program subsidi bersasar Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ini telah ditambah baik oleh Kerajaan dan bakal dilaksanakan secara berperingkat bermula 22 Januari 2024.

Kami kongsikan maklumat terkini mengenai Kategori Penerima SARA 2024.

Sumber: Siaran Media Kementerian Kewangan Malaysia via Jabatan Penerangan Malaysia

Syarat Kelayakan

Kelayakan SARA adalah terhad kepada:

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2023.

PERINCIAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARA) 2024

Program SARA 2024 bakal dilaksana secara berperingkat mulai 22 Januari, dengan menyasarkan untuk mengangkat taraf ekonomi golongan rentan dan menjunjung prinsip kesaksamaan yang menjadi teras kepada kerangka Ekonomi Madani.

  1. Di bawah program ini, penerima yang layak boleh memberi barang keperluan asas terpilih dengan menggunakan MyKad di kedai-kedai runcit berdaftar.
  2. Kelayakan untuk menerima bantuan SARA adalah berasaslam status kategori miskin dan miskin tegar dalam pangkalan data e-Kasih, iaitu data rujukan untuk kementerian dan agensi Kerajaan.
  3. Pemberian wang bantuan SARA akan diagihkan RM100/RM50 setiap bulan bagi tempoh 12 bulan melalui pembelian tanpa tunai.
  4. Manakala untuk penerima dari negeri Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan, bayaran RM600/RM300 disalurkan 2 kali setahun.

Kategori & Jumlah Bantuan Sumbangan Asas Rahmah 2024 (SARA 2024)

2 kategori baharu diperkenalkan iaitu isi rumah miskin dan miskin tegar. Penerima yang layak merangkumi golongan miskin dan miskin tegar berdasarkan data eKasih.

Peningkatan kadar bantuan Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan kepada RM1,200 (2023: RM600) dan Bujang kekal RM600.

*NOTA – Penerima STR serta bukan Miskin dan Miskin Tegar eKasih juga layak SARA 2024 seperti berikut :

  • Penerima STR Isi Rumah serta bukan Miskin dan Miskin Tegar eKasih layak RM300 setahun; dan
  • Penerima STR Warga Emas Tiada Pasangan dan Bujang serta bukan Miskin dan Miskin Tegar eKasih layak RM150 setahun.
    Pelaksanaannya akan dimaklumkan dari semasa ke semasa dalam masa terdekat.
Sumber: Portal Manfaat

Semakan Kelayakan

Bagi yang belum tahu cara untuk membuat semakan, status kelayakan ini akan dipaparkan dalam laman web STR, seperti tangkap layar di bawah:

Berikut dikongsikan cara untuk membuat semakan kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARa) STR 2024.

Penerima yang layak boleh membuat semakan terus di laman web STR, iaitu melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Contoh paparan status bagi penerima yang lulus RM1200 dan menerima bayaran secara tunai melalui 2 kali bayaran – Penerima ini merupakan penerima Sabah / Sarawak :

Bagi yang menerima paparan jumlah yang layak RM1200, anda akan menerima kredit RM100 sebulan melalui MyKasih.

Penerima yang menerima bayaran secara bulanan ini merupakan penerima di Semenanjung Malaysia.

Semakan juga boleh dibuat melalui laman web MyKasih.

Pautan semakan pantas: https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus

Jika status anda LAYAK, anda akan menerima paparan seperti di bawah. Tetapi jika tidak layak, tiada rekod akan dipaparkan.

bantuan sara sumbangan asas rahmah 2024

Jika anda ingin mendaftar eKasih, sila rujuk langkah-langkah pendaftaran di sini: eKasih: Pendaftaran, Semakan Status & Jenis Bantuan Yang Diterima

Berikut adalah info dari laman web rasmi STR 2024:

Kaedah Penyaluran Bantuan SARA 2024

  • Pelaksanaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan bermula pada 22 Januari 2024 (Isnin) bagi penerima dari Semenanjung Malaysia.
  • Penyaluran bantuan tunai untuk penerima SARA dari negeri Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan akan bermula pada 19 Februari 2024 (Isnin).
  • Bagi penerima program SARA di Semenanjung Malaysia, bantuan SARA akan disalurkan secara bulanan iaitu RM100 sebulan untuk isi rumah dan warga emas tiada pasangan dan RM50 sebulan untuk golongan bujang secara tanpa tunai (cashless).
  • Manakala penerima SARA di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan, bantuan SARA akan disalurkan dua kali setahun iaitu RM600 untuk isi rumah dan warga emas tiada pasangan dan RM300 untuk golongan bujang pada 19 Februari 2024 (Isnin) dan 12 Ogos 2024 (Isnin) melalui pengkreditan ke akaun bank / secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh negara.

Tarikh Bayaran

I) PENERIMA SEMENANJUNG

Bagi penerima Semenanjung, anda akan menerima elaun bulanan sebanyak RM100 / RM50 secara bulanan selama setahun melalui MyKad mereka untuk membeli barang keperluan asas terpilih.

Pembayaran pertama akan dilakukan mulai 22 Januari 2024 manakala bayaran seterusnya mulai Februari 2024 akan disalurkan ke akaun MyKad penerima pada 1 hari bulan setiap bulan seperti jadual berikut:

Kategori STR
(Miskin dan Miskin Tegar) 
Kategori STR
(Miskin dan Miskin Tegar) 
BulanIsi Rumah & Warga Emas Tiada Pasangan Bujang
Januari 2024RM 100RM 50
Februari 2024RM 100RM 50
Mac 2024RM 100RM 50
April 2024RM 100RM 50
Mei 2024RM 100RM 50
Jun 2024RM 100RM 50
Julai 2024RM 100RM 50
Ogos 2024RM 100RM 50
September 2024RM 100RM 50
Oktober 2024RM 100RM 50
November 2024RM 100RM 50
Disember 2024RM 100RM 50
JumlahRM 1200RM 600

II) PENERIMA SABAH / SARAWAK

Bagi penerima di Sabah / Sarawak, anda akan menerima bayaran RM600 / 2 kali bayaran pada 19 Februari 2024 (Isnin) dan 12 Ogos 2024 (Isnin) melalui pengkreditan ke akaun bank secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional seluruh negara.

bantuan sara 2024 SUMBANGAN ASAS RAHMAH
bantuan sara 2024 SUMBANGAN ASAS RAHMAH
bantuan sara 2024 SUMBANGAN ASAS RAHMAH

Sumber: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM)

Cara Beli Barangan Bantuan SARA 2024

Setelah penerima daripada alamat Semenanjung Malaysia diluluskan dan didaftarkan ke SARA, akaun akan dibuka berdasarkan MyKad penerima dalam sistem MyKasih di mana elaun perbelanjaan akan disimpan. Penerima akan menerima elaun bulanan sebanyak RM100 / RM50 selama 12 bulan melalui MyKad mereka untuk membeli barang keperluan asas terpilih.

Pasar raya / Kedai runcit yang mengambil bahagian dalam program pembelian tanpa tunai ini akan mempunyai infrastruktur sistem pembayaran MyKasih di dalam premis mereka di mana penerima dapat membuat pembayaran menggunakan MyKad.

Penerima SARA yang layak akan menerima Sistem Pesanan Ringkas / aplikasi WhatsApp (SMS) daripada MyKasih untuk mengesahkan status mereka sebagai penerima di bawah program ini, berserta tarikh dan masa untuk sesi taklimat orientasi di kedai runcit yang terdekat.

Anda boleh semak video tutorial yang disediakan melalui Whatsapp atau Youtube (https://youtu.be/AuNFYupVcXA) atau hubungi nombor talian tertera yang telah anda terima melalui Sistem Pesanan Ringkas / aplikasi WhatsApp (SMS) daripada MyKasih.

Penerima boleh membeli barangan keperluan asas daripada 13 kategori produk yang diluluskan iaitu beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin, bahan perasa, produk kebersihan, ubat-ubatan dan barangan persekolahan.

Barangan keperluan asas yang terlibat dengan program SARA akan dilabel untuk rujukan penerima. Contoh barangan keperluan asas mengikut kategori adalah seperti berikut:

Kaedah pembelian barangan keperluan adalah seperti berikut:

  1. Pilih Barangan Keperluan
    Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
  2. Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan
    Juruwang menyemak status MyKad penerima bantuan.
  3. Imbas Kod Barangan
    Juruwang mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
  4. Bayar Menggunakan MyKad
    Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
  5. Simpan Resit Untuk Semakan
    Penerima bantuan menyimpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.

Cara Semakan Baki SARA 2024

Semakan baki SARA dalam akaun MyKad penerima boleh disemak melalui kaedah berikut:

bantuan sara mykasih
bantuan sara mykasih

Aplikasi MyKasih (MyKasih App) kini boleh dimuat turun di Google Play atau Apple App Store untuk memudahkan penerima bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) untuk menyemak baki dalam akaun MyKad, jenis barangan yang boleh dibeli, and kedai terdekat untuk membuat pembelian.

Layari https://mykasih.com.my/mykasih-app/ untuk muat turun aplikasi ini.

Senarai Kedai

Mengambil kira sambutan program SARA yang menggalakkan pada tahun lalu, Kerajaan juga telah meluaskan rangkaian rakan runcit (pasar raya/kedai) yang mengambil bahagian kepada 515 buah (setakat 17 Januari 2024) berbanding 424 buah (tahun 2023) di seluruh negara.

Rujuk senarai kedai yang berdaftar di setiap negeri di sini : https://app.mykasih.net/sara2/merchant-list

Maklumat Lanjut

Bantuan sara 2024 Sumbangan asas rahmah
Bantuan sara 2024 Sumbangan asas rahmah
bantuan sara
bantuan sara
bantuan sara

Pemohon STR boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) di laman web MyKasih (https://mykasih.com.my/)atau Portal Rasmi STR melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my bagi maklumat lanjut.

SOALAN LAZIM

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!