Waktu Operasi Baru Klinik Kesihatan Malaysia

Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia baru-baru ini telah mengumumkan waktu operasi baru bagi Klinik Kesihatan seluruh Malaysia.

Bagi pihak KKM, perubahan waktu yang melibatkan pemanjangan waktu operasi ini bukanlah berdasarkan permintaan rakyat Malaysia semata-mata.

Pihak KKM memaklumkan Pemanjangan Waktu Operasi Selepas Waktu Pejabat yang dilaksanakan di 52 buah klinik kesihatan yang dikenalpasti bertujuan untuk mengurangkan kesesakan di Jabatan Kecemasan Hospital.

Artikel berkaitan: Janji Temu Online Klinik Kesihatan KKM Di MySejahtera

Perubahan waktu operasi

Waktu operasi dipanjangkan dari 5.00 petang hingga 9.30 malam pada hari Isnin hingga Jumaat dan 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari pada hari Sabtu.

Bagi Negeri Kedah, Kelantan, dan Johor, waktu operasi pada hari Ahad hingga Khamis dari 5.00 petang hingga 9.30 malam dan 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari pada hari Sabtu.

Perkhidmatan ini tidak dilaksanakan pada hari Jumaat (bagi Negeri Kedah, Kelantan, dan Johor) dan Ahad (Negeri-Negeri selain Kedah, Kelantan, dan Johor) serta Cuti Umum.

Walau bagaimanapun, waktu operasi dan hari bekerja akan disesuaikan mengikut keperluan setempat.

Senarai Klinik Kesihatan yang terlibat

Peerubahan waktu operasi klinik kesihatan ini hanya melibatkan beberapa buah Klinik Kesihatan (KK) yang menjadi tumpuan orang ramai terutamanya di kawasan-kawasan bandar.

Berikut merupakan senarai klinik-klinik kesihatan yang terlibat dengan pemanjangan tempoh waktu operasi ini.

Kedah

Perlis

Perak

Selangor

Wilayah Persekutuan KL & Putrajaya

Negeri Sembilan

Johor

Pahang

Kelantan

Sabah

Sarawak

Pulau Pinang

Melaka

Cadangan terhadap KKM

Pemanjangan tempoh waktu klinik kesihatan ini semestinya disambut baik oleh orang ramai, terutamanya yang berdekatan dengan klinik-klinik dalam senarai di atas.

Walau bagaimanapun, diharapkan pihak Kementerian Malaysia mengambil langkah proakfif dalam memastikan kebajikan staff KKM yang bertugas di klinik-klink yang terlibat juga terjaga.

Pemanjangan tempoh waktu ini bermakna staff yang terlibat perlu bekerja dalam tempoh yang lebih panjang daripada sebelum ini.

Bagi memastikan staff tidak terlalu terbeban dengan perubahan waktu operasi baru klinik-klinik kesihatan ini, diharapkan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia dapat menambah bilangan staff agar setiap staff mendapat rehat yang mencukupi untuk kesihatan fizikal dan mental mereka juga.

Artikel berkaitan: Klinik Extended Hour : Senarai Lokasi Klinik Kesihatan & Waktu Operasi

Sumber: Facebook KKM

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!