Jadual Ujian Kelayakan Darjah Khas (UKDK) 2023

UKDK merupakan singkatan atau akronim bagi Ujian Kelayakan Darjah Khas.

Malangnya, sekiranya anda melakukan carian di internet, tidak banyak maklumat yang boleh diperolehi mengenai Ujian Kelayakan Darjah Khas (UKDK) ini.

Secara ringkasnya, UKDK ini merupakan ujian yang menggantikan Sijil Darjah Enam Agama (SDEA) tahun 6, jadi ujian ini hanya terdapat di negeri Johor Darul Takzim sahaja di bawah kendalian Pejabat Agama Johor.

Pelajar yang lulus ujian ini kelak layak untuk menduduki Sijil Darjah Khas Agama (SDKA).

Pengenalan

Seperti yang dinyatakan di atas, UKDK adalah ujian yang menggantikan SDEA.

Walau bagaiamanpun, terdapat ujian yang setara dengannya di negeri lain dengan menggunakan nama berbeza.

Misalnya di Selangor, pelajar aliran sekolah agama menduduki peperiksaan dikenali sebagai Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) yang diduduki murid Tahun Enam.

PSRA adalah peperiksaan bersijil yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS).

Di Johor, peperiksaan untuk sekolah agamanya dikenali sebagai Sijil Darjah Enam Agama (SDEA) atau kini dikenali sebagai UKDK.

Perak ia dinamakan Sijil Rendah Agama Islam Negeri Perak (SRAI) dan di Wilayah Persekutuan pula Ujian Pencapaian Sekolah Rendah Agama (UPSRA).

Secara keseluruhannya, walaupun mempunyai kepelbagaian bentuk nama penilaian namun objektif masih menuju ke matlamat yang sama iaitu menilai tahap kemahiran dan kebolehan pelajar dalam bidang pembacaan dan hafazan Al-Quran, Bahasa Arab, Pendidikan Jawi, Amali Solat serta Amali Cara Hidup Islam.

Permohonan kemasukan ke Tingkatan Satu ke sekolah menengah agama kerajaan negeri adalah berdasarkan peperiksaan yang dikendalikan di negeri masing-masing.

Objektif

Berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan Agama Johor ia diwujudkan untuk memberi pengetahuan Agama Islam kepada pelajar-pelajar serta kerjaya yang setaraf dengannya.

Disamping itu, UKDK berperanan untuk melahirkan pelajar-pelajar yang kuat imannya, kuat ibadatnya, kuat berpegang kepada cara hidup Islam dan kuat ketakwaannya ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat.

Ia adalah saluran untuk memberikan pendidikan agama lanjutan yang secukupnya kepada golongan remaja Islam menjelang pencapaian usia baligh.

Jadual Rasmi UKDK 2023

UJIAN KELAYAKAN DARJAH KHAS (UKDK) SESI PERSEKOLAHAN 2022/2023

Jadual Rasmi Peperiksaan Ujian Kelayakan Darjah Khas (UKDK) bagi sesi persekolahan 2022/2023 telah dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Bahagian Pendidikan Islam JAINJ dan diedarkan semua pelajar Darjah Enam Sekolah Agama Kerajaan Johor.

ukdk ujian kelayakan darjah khas 2023
Sumber: Bahagian Pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Negeri Johor

Peperiksaan akan berlangsung pada 19 Februari 2023 hingga 22 Februari 2023.

Selamat maju jaya diucapkan.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!