Advertisements

Apa itu Sijil Darjah Khas Agama (SDKA)?

Advertisements

Darjah Khas Agama atau SDKA merupakan sebuah sistem pengajian agama Islam yang hanya terdapat di negeri Johor Darul Takzim.

Pengajian di peringkat Darjah Khas Agama ini adalah program lanjutan pembelajaran di Sekolah Agam Kerajaan Johor di bawah Institusi Pendidikan Agama Johor.

Sejarah pengenalan

Walaupun Darjah Khas Agama mungkin kurang dikenali di luar negeri Johor, SDKA sebenarnya sudah lama diwujudkan.

SDKA diperkenalkan secara formal pada tahun 1923 lagi.

Sistem pengajian diwujudkan untuk diwujudkan untuk memberi pengetahuan Agama Islam kepada pelajar-pelajar serta kerjaya yang setaraf dengannya, disamping berperanan untuk melahirkan pelajar-pelajar yang kuat imannya, kuat ibadatnya, kuat berpegang kepada cara hidup Islam dan kuat ketakwaannya ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat.

Pengajian SDKA ini disediakan untuk lulusan Sijil Darjah Enam Agama (SDEA).

Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar di SDKA agar mudah difahami.

Pengajian Darjah Khas ini disediakan kepada murid-murid Sekolah Menengah Kebangsaan yang memilih untuk meneruskan pembelajarannya ke tingkatan satu di sekolah-sekolah menengah harian di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.

Artikel berkaitan: Pendaftaran Tadika Agama Johor (TAJ) & Sekolah Agama Kerajaan Johor (SAKJ) 2023

Objektif

Pengajian di peringkat Darjah Khas Agama ini diwujudkan untuk mencapai objektif yang berikut:

  • Memberi kefahaman yang lebih luas tentang Islam agar pelajar dapat menyempurnakan peranannya sebagai hamba dan Khalifah Allah di bumi.
  • Memupuk kekuatan diri dan daya juang yang tinggi menerusi pendidikan dan pembinaan iman yang mantap
  • Melahirkan golongan muslim mukmin yang sepadu dan seimbang antara akalnya, rohaninya, jasmaninya, dan emosinya bagi mencapai kebaikan di dunia dan di akhirat
  • Membentuk generasi pelanjut umat yang berkualiti dan sentiasa bersyukur kepada Allah.

Tempoh pengajian

Tempoh pengajian bagi Darjah Khas Agama adalah setahun, dari bulan Februari hingga November.

Jumlah pertemuan maksimum pada setiap bulan hanya empat kali sahaja dan sekiranya terdapat lima minggu dalam sebulan, maka minggu pertama adalah cuti.

Hari pengajian bagi SDKA hanyalah 1 hari persekolahan dalam seminggu di mana masa pembelajaran daripada 8 pai hingga 1 tengah hari (5 jam sahaja).

Kebiasaannya, jumlah murid dalam setiap kelas antara 35 hingga 40 orang.

Syarat kelayakan

Pelajar yang hanya memenuhi syarat-syarat berikut sahaja akan diterima masuk melanjutkan pengajian dalam sistem Darjah Khas Agam ini:

  • Warganegara Malaysia. Bukan warganegara yang boleh dipertimbangkan.
  • Lulus Peperiksaan Sijil Darjah Enam Agama (SDEA) dengan pencapaian markah sekurang-kurangnya 50% sebelum 2005
  • Lulus enam (6) matapelajaran termasuk tiga (3) matapelajaran Teras mulai tahun 2005

atau

  • Kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya

Berapa bintang untuk artikel ini?

Average rating 4 / 5. Vote count: 2

No votes so far! Be the first to rate this post.

Leave a Comment