UKCG, atau eUKCG Biasiswa Perguruan Persekutuan bagi pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) ambilan tahun 2026 akan diadakan pada 30 Mac – 8 April 2026 untuk PDPP manakala untuk PISMP pula adalah pada 15 – 17 April 2026. Untuk maklumat lanjut sila layari pautan: https://ukcg.moe.gov.my
Sila rujuk hebahan terkini berikut dan cara membuat semakan.
Tarikh-tarikh Penting Permohonan Online & Ujian UKCG
Berikut adalah tarikh-tarikh penting ujian eUKCG 2026:
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP)
- Semakan tarikh calon layak e-UKCG : 9 April 2026
- Pelaksanaan Ujian Kelayakan Calon Guru (e-UKCG) secara dalam talian : 15 – 17 April 2026
- Semakan keputusan e-UKCG, calon layak Ujian Kecergasan Fizikal (UKF) dan Temu duga : 29 April 2026

PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN (PDPP)
- Permohonan dalam talian dibuka dan makluman tarikh untuk menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru (e-UKCG) : 9–27 Mac 2026
- Permohonan dalam talian ditutup : 27 Mac 2026 (11.59 malam)
- Pelaksanaan Ujian Kelayakan Calon Guru (e-UKCG) : 30 Mac – 8 April 2026
- Semakan keputusan dan temu duga : 22 April 2026

Apakah UKCG & eUKCG?
UKCG adalah ringkasan kepada Ujian Kelayakan Calon Guru
e-UKCG adalah merupakan ujian psikometrik secara atas talian yang digunakan oleh IPGM KPM untuk menyaring calon-calon yang memohon latihan perguruan di IPG.
UKCG juga adalah satu penilaian penting bagi calon Guru Contract of Service (CoS) di Malaysia. Ramai calon menyangka UKCG hanya sekadar ujian memilih jawapan betul atau salah.
Hakikatnya, UKCG menilai personaliti, emosi, nilai profesional, dan cara berfikir seseorang calon guru.
Hanya calon yang lulus e-UKCG layak dipertimbangkan untuk menduduki saringan seterusnya.
Tujuan utama UKCG adalah untuk menilai beberapa aspek penting dalam diri calon guru, antaranya:
- Personaliti dan kestabilan emosi
- Minat sebenar dalam bidang perguruan
- Nilai profesional dan integriti
- Cara membuat keputusan dalam situasi pendidikan

Biasiswa Perguruan Persekutuan yang ditawarkan melalui eUKCG memberikan peluang kepada pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang keguruan dengan bantuan kewangan penuh atau sebahagian.
Biasiswa ini bukan sahaja menampung yuran pengajian tetapi juga elaun sara hidup, buku, dan kemudahan lain sepanjang tempoh pengajian.
Apa Yang Dinilai Dalam UKCG?
UKCG menilai empat komponen utama yang membentuk seorang guru cemerlang.
1. Personaliti dan Kawalan Emosi
Salah satu aspek utama dalam UKCG ialah kestabilan emosi calon. Guru perlu mampu mengawal emosi ketika berdepan dengan tekanan, murid yang lemah, atau beban kerja yang tinggi.
Contohnya, guru yang baik tidak mudah marah kepada murid yang lambat memahami pelajaran. Sebaliknya, mereka akan bersabar dan mencari pendekatan yang sesuai untuk membantu murid tersebut.
2. Cara Berfikir dan Membuat Keputusan
UKCG turut menilai bagaimana calon guru membuat keputusan dalam situasi tertentu.
Sebagai contoh, jika terdapat masalah dalam bilik darjah, calon yang sesuai sebagai guru akan:
- Menilai situasi dengan rasional
- Mencari punca masalah
- Bertindak secara profesional
Pendekatan ini menunjukkan bahawa calon mempunyai pemikiran matang dan bertanggungjawab.
3. Minat Sebenar Dalam Bidang Perguruan
UKCG juga menilai sama ada calon benar-benar berminat untuk menjadi guru.
Calon yang sesuai biasanya mempunyai motivasi seperti:
- Ingin membantu perkembangan murid
- Mahu menyumbang kepada masyarakat melalui pendidikan
- Berminat mendidik dan membimbing generasi muda
Sebaliknya, calon yang hanya memilih kerjaya guru kerana kerja mudah, banyak cuti, atau gaji tetap biasanya dianggap kurang sesuai dalam penilaian UKCG.
4. Nilai dan Sikap Profesional
Selain itu, integriti dan nilai profesional turut dinilai dalam UKCG.
Calon guru perlu menunjukkan sikap seperti:
- Amanah
- Jujur
- Hormat kepada rakan sekerja
- Bertanggungjawab terhadap tugas
Nilai ini penting kerana guru bukan sahaja mengajar, tetapi juga menjadi contoh kepada murid dan masyarakat.
Siapakah Layak Menduduki eUKCG 2026?
e-UKCG hanya TERBUKA kepada calon yang telah mendaftar dan mengesahkan permohonan sahaja.
Calon hanya dibenarkan menduduki ujian ini seperti tarikh yang dinyatakan pada paparan ‘MAKLUMAT UKCG’ dalam tempoh masa yang ditetapkan. Pastikan anda telah membaca arahan dan bersedia sebelum menjawab soalan.
Daftar Kata Laluan
Sebelum menduduki eUKCG, calon perlu membuat pendaftaran kata laluan.
Caranya mudah sahaja, klik ikon Daftar Kata Laluan.
Selesai.
Anda boleh terus log masuk menggunakan no kad pengenalan dan kata laluan yang didaftarkan sebentar tadi.

Lokasi / Cara Menjawab e-UKCG
e-UKCG hanya boleh dijawab secara dalam talian.
Calon boleh menduduki ujian di kediaman masing-masing atau di mana-mana tempat yang mempunyai talian internet yang baik.
eUKCG mengandungi banyak soalan dan perlu dijawab dalam tempoh masa yang terhad. Oleh yang demikian, calon dinasihatkan untuk menjawab secara spontan. Pilih jawapan yang sesuai dengan diri sendiri.
Calon boleh menduduki eUKCG di kawasan atau tempat lain yang ada menyediakan perkhidmatan internet dengan baik seperti kafe siber, pusat ICT kampung, sekolah, perpustakaan awam atau di kawasan-kawasan yang menyediakan internet tanpa wayar. Perlu diingatkan, ia adalah SULIT.
Calon tidak dibenarkan menunjuk, membuka ruang untuk orang lain melihat atau menyebarkan soalan ujian kepada individu atau pihak lain.
Oleh itu calon memerlukan talian internet dan digalakkan menggunakan komputer atau komputer riba untuk menjawab dengan lebih selesa.
Walau bagaimanapun calon boleh menjawab menggunakan alat-alat lain seperti telefon bimbit atau tablet.
Untuk mengetahui anda layak atau tidak anda ambil ujian ini, boleh semak melalui pautan berikut: https://ukcg.moe.gov.my/
Struktur, Kandungan & Tempoh Ujian eUKCG
Ujian ini menguji pelbagai aspek sahsiah, nilai, dan kebolehan calon sebagai bakal guru. Ia terbahagi kepada dua bahagian utama:
- Bahagian A: Mengandungi 120 soalan dengan masa 30 minit untuk disiapkan.
- Bahagian B: Mengandungi 60 soalan dengan masa 15 minit untuk disiapkan.
Keseluruhannya, calon perlu menjawab 180 soalan dalam tempoh 45 minit sahaja. Ujian dilakukan dalam satu sesi sahaja mengikut masa yang ditetapkan oleh pihak KPM, dan calon tidak diberikan peluang ulangan sekiranya terlepas waktu ujian.
Kandungan Soalan eUKCG
1. Format Soalan: Soalan eUKCG biasanya dalam dua format jawapan;
- Pilihan dwi-pilihan seperti “Ya/Tidak” atau “Setuju/Tidak Setuju”.
- Skala Likert seperti “Sangat Setuju” hingga “Sangat Tidak Setuju”.
2. Jenis Soalan dan Aspek Dinilai: Soalan dirangka untuk menilai;
- Personaliti, sikap, dan integriti calon sebagai bakal guru.
- Nilai dan etika keguruan, termasuk sikap terhadap murid dan kerja.
- Kefahaman asas dan minat dalam bidang pendidikan.
- Kecerdasan emosi dan pemikiran kritis.
3. Contoh Penyataan dalam Soalan
- “Harapan saya ialah dapat mengajar murid yang cerdik sahaja.” (Jawapan ideal: Tidak Setuju)
- “Jika dikritik, saya akan membalas dengan kritikan yang lebih tajam.” (Jawapan ideal: Tidak Setuju)
- “Sebagai guru, saya percaya pendekatan pengajaran paling berkesan adalah memberi tumpuan kepada murid yang cepat faham sahaja.” (Jawapan ideal: Tidak Wajar)
Jawapan yang diberikan akan mencerminkan sikap calon terhadap tugas keguruan, menilai kesediaan mereka untuk mendidik semua murid tanpa kecuali dan menerima kritikan dengan terbuka.
Pelaksanaan Ujian
Keputusan ujian digunakan sebagai saringan untuk memilih calon yang layak ke peringkat temu duga seterusnya bagi program Pendidikan Guru seperti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP).
Ujian dijalankan secara atas talian melalui sistem eUKCG yang dibangunkan khas oleh KPM.
Calon wajib menjawab soalan dalam masa 45 minit pada tarikh dan waktu yang telah ditetapkan tanpa sesi ulangan.
Ciri-Ciri Pendidik Cemerlang Dalam UKCG
Untuk lulus UKCG, calon perlu menonjolkan ciri seorang pendidik yang berkualiti. Antara ciri utama yang dicari termasuk:
- Empati Terhadap Murid – Guru yang baik mempunyai empati terhadap murid. Mereka memahami cabaran yang dihadapi oleh murid dan berusaha membantu mereka belajar dengan lebih baik.
- Daya Tahan Emosi – Bidang perguruan sering melibatkan tekanan kerja. Oleh itu, calon guru perlu mempunyai ketahanan mental dan emosi supaya tidak mudah putus asa ketika berdepan cabaran.
- Minda Berkembang – Guru yang cemerlang sentiasa bersedia mempelajari perkara baharu serta terbuka menerima teguran bagi memperbaiki kelemahan diri.
- Semangat Kerjasama – Seorang guru tidak bekerja secara bersendirian tetapi perlu bekerjasama dengan rakan guru, pentadbir sekolah, ibu bapa, serta komuniti demi memastikan perkembangan murid dapat dicapai secara menyeluruh.
Contoh Perbezaan Jawapan Dalam Ujian UKCG
Berikut beberapa contoh situasi yang menggambarkan perbezaan antara jawapan kurang sesuai dan jawapan yang lebih tepat.
Situasi 1: Murid Lemah
Jawapan kurang sesuai:
- Memarahi murid
- Membiarkan murid tanpa bantuan
Jawapan yang dicari:
- Mengenal pasti punca kelemahan
- Memberi bimbingan dan sokongan pembelajaran
- Memberikan sokongan dan galakan
Situasi 2: Kerjasama Dengan Rakan Guru
Jawapan kurang sesuai:
- Lebih suka bekerja sendiri
Jawapan yang dicari:
- Membantu pasukan walaupun di luar bidang tugas
- Bekerjasama dengan rakan sekerja
- Menunjukkan semangat kerja berpasukan
Situasi 3: Motivasi Menjadi Guru
Jawapan kurang sesuai:
- Menganggap kerja guru mudah
- Tiada pilihan kerjaya lain
Jawapan yang dicari:
- Ingin membentuk masa depan murid
- Berminat mendidik generasi akan datang
Tips Ujian eUKCG
Tips Persediaan Sebelum Ujian eUKCG
1. Ambil Masa Untuk Meneliti Setiap Soalan
Jangan tergesa-gesa menjawab. Baca soalan dengan teliti supaya dapat memilih jawapan yang paling sesuai menggambarkan sikap positif dan profesional keguruan.
2. Kenali Format Ujian dan Jenis Soalan
Fahami bahawa eUKCG terdiri daripada soalan berbentuk skala Likert dan pilihan dwi-pilihan yang menguji sikap, nilai, dan keperibadian calon sebagai bakal guru. Banyak soalan menilai integriti dan kesediaan untuk mendidik secara adil.
3. Buat Latihan Soalan
Cari dan buat latihan soalan eUKCG yang pernah digunakan sebelum ini atau contoh-contoh soalan yang boleh didapati di portal pendidikan dan laman latihan online. Latihan berulang dapat membantu memahami corak soalan dan membuat keputusan yang tepat.
Tips Semasa Ujian eUKCG
1. Kawal Emosi dan Tenangkan Diri
Bernafas dengan tenang dan jaga fokus sepanjang ujian supaya dapat mengelakkan jawapan tergesa-gesa yang boleh menyebabkan kesilapan.
2. Jawab Berdasarkan Nilai Keguruan
Pilih jawapan yang menunjukkan kesabaran, keikhlasan, keadilan, dan sikap positif terhadap semua pelajar. Elakkan jawapan yang menunjukkan sikap diskriminasi, negatif, atau ego.
3. Urus Masa Dengan Baik
Ujian hanya diberi masa 45 minit untuk 180 soalan, jadi pantas tetapi tetap teliti. Jika perlu, lepasi dahulu soalan yang sukar dan kembali semula jika ada masa.
4. Jujur Tetapi Matang
Calon perlu memilih jawapan yang mencerminkan tanggungjawab dan kesabaran seorang pendidik.
Walaupun penting untuk jujur, jawapan yang dipilih harus menunjukkan kematangan dalam membuat keputusan. Elakkan jawapan yang terlalu ideal sehingga nampak tidak realistik atau tidak konsisten dengan situasi.
Sebagai contoh, guru yang baik akan membimbing dan memahami murid, bukan sekadar memberi arahan.
5. Elakkan Jawapan Ekstrem
Dalam ujian UKCG, jawapan yang terlalu ekstrem biasanya tidak sesuai.
Contoh jawapan ekstrem termasuk:
- Terlalu pasif sehingga tidak membantu murid
- Terlalu emosional atau menghukum
- Terlalu yakin tanpa alasan yang kukuh
Sebaliknya, pilih jawapan yang menunjukkan keseimbangan antara ketegasan dan empati.
6. Kekalkan Konsistensi
Konsistensi sangat penting dalam ujian UKCG.
Pastikan nilai yang anda tunjukkan dalam setiap jawapan tidak bercanggah antara satu sama lain, walaupun soalan diberikan dalam bentuk situasi yang berbeza.
Sebagai contoh, jika anda menunjukkan sikap bekerjasama dalam satu soalan, jawapan lain juga perlu menggambarkan nilai yang sama.
Tips Selepas Ujian
1. Pantau Keputusan dan Persiapkan Temu Duga
Selepas ujian, fokuskan perhatian pada persediaan untuk tahap seterusnya iaitu temu duga. Keputusan eUKCG menentukan kelayakan ke peringkat praktikal dan temu duga calon guru.

Anda juga boleh baca tips yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook di bawah:
Ada kawan minta tips untuk temuduga UKCG bagi jawatan PPP DG41 (Contract of Service) yang akan bermula esok. Point no.7 ramai yang terlepas pandang.
Apakah UKCG?
- UKCG ataupun sebenarnya dipanggil Ujian Kelayakan Calon Guru. Sesetengah temuduga digelar sebagai INSAK atau Medsi.
- Soalan menguji tahap kelayakan profesion seorang guru.
- Soalan UKCG ini tidak ada format jawapan yang boleh dihafal.
- Soalan dipecah kepada beberapa bahagian. Biasanya 45 minit untuk 180 soalan. Jadi, ada 15 saat sahaja untuk satu soalan.
- Soalannya menguji inventori seorang guru yang merangkumi integriti, personaliti, kecerdasan emosi dan sifat terpuji yang perlu ada pada seorang guru.
- Soalan ujian ada yang berulang. Contoh soalan nombor 8 dan soalan nombor 39 adalah sama.
: Dia nak tengok kita ini tetap pendirian ataupun tidak. Jadi jawablah jawapan yang sama.
No.7 ini paling ramai yang gagal. Jom tengok
- Soalan akan menguji psikologi / tahap kewarasan bakal guru. Contohnya soalan makhluk ghaib.
: Dia akan tanya pernah dengar bisikan, gangguan suara ataupun kelibat bayangan.
- Secara am, soalan berkisar tentang Personaliti yang perlu ada pada seorang guru.
: Sama ada pandai sosial, boleh bekerja secara kumpulan, boleh dengar arahan daripada ketua dan soal kepimpinan.
Biasanya soalan berkisar ini juga. Boleh pulun study. Apa pun cubalah jawab secara jujur. Ada sebab kenapa UKCG dijalankan.
Moga terlahirnya guru yang berkualiti.
Wish you all Good Luck!
*Sumber: Facebook Nabilah Md Harun.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut, sila layari pautan: https://ukcg.moe.gov.my
Sila hubungi alamat berikut sekiranya ada sebarang masalah teknikal:
JABATAN PENGAMBILAN DAN PENEMPATAN,
PUSAT HAL EHWAL PELAJAR,
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA, KPM
No. Telefon : 03-8312 6733 / 6760 / 6723 / 6720 /6768 /6693
Soalan Lazim UKCG 2026
eUKCG adalah ujian saringan yang dijalankan bagi menilai personaliti, sikap, dan kelayakan calon yang ingin memohon Biasiswa Perguruan Persekutuan bagi program pengajian perguruan.
Ujian eUKCG 2026 akan diadakan pada 30 Mac – 8 April 2026 untuk PDPP manakala untuk PISMP pula adalah pada 15 – 17 April 2026
Ujian terdiri daripada dua bahagian dengan jumlah soalan sebanyak 180: Bahagian A (120 soalan) dan Bahagian B (60 soalan). Calon diberi masa keseluruhan 45 minit untuk menjawab semua soalan secara dalam talian.
Soalan berbentuk psikometrik dengan pilihan jawapan seperti Ya/Tidak, Setuju/Tidak Setuju, atau Skala Likert. Soalan menilai nilai, sikap, integriti, daya tahan emosi, dan kesesuaian calon sebagai guru.
Tidak, ujian dijalankan secara atas talian sahaja dan lebih fokus kepada nilai dan sikap calon berbanding soalan akademik.
Calon yang lewat atau tidak hadir pada waktu ujian yang ditetapkan tidak akan diberi peluang kedua.
Keputusan ujian boleh disemak melalui laman web rasmi KPM di https://ukcg.moe.gov.my
Calon yang lulus akan dipanggil ke peringkat temu duga untuk proses pemilihan selanjutnya ke Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) atau program perguruan lain yang berkaitan.
Calon disarankan untuk membuat latihan soalan psikometrik, memahami peranan dan tanggungjawab seorang guru, serta mempersiapkan mental dan emosi untuk menjawab soalan dengan jujur dan tepat.




