Ubat Selsema Kucing dan Tips Jaga Kucing Selsema di Rumah

Adakah anda sedang mencari ubat selsema kucing? Seperti manusia, kucing juga boleh alami selsema dan cenderung untuk berjangkit ke kucing lain.

Kasihan tengok si comel hidung dan matanya asyik berair.

Jadi dalam artikel ini, kami ingin kongsikan mengenai penjagaan kucing selsema di rumah.

Simptom Selsema Kucing

Kucing yang mengalami selsema mungkin akan menunjukkan beberapa gejala seperti berikut :

  • Lesu atau kurang aktif
  • Bersin
  • Hidung berair
  • Batuk
  • Hilang selera makan
  • Ulser pada mulut atau mata
  • Mata berair
  • Demam
Sumber : cat-world.com

Ubat Selsema Kucing dan Tips Penjagaan Kucing Selsema di Rumah

Walaupun pada kebanyakan masa selsema yang dialami kucing tidak serius, namun anda dinasihatkan untuk tetap membawa kucing ke klinik sebelum mencuba rawatan di rumah.

Doktor akan menjalankan beberapa ujian untuk memberi diagnosa yang tepat. Ini memandangkan selsema boleh menjadi simptom kepada penyakit lain seperti asma atau masalah pernafasan lain.

Doktor biasanya akan memberikan ubat selsema kucing untuk meredakan simptom dan jangkitan yang dialami kucing.

Terdapat beberapa jenis ubat yang mungkin akan diberikan oleh doktor mengikut selsema yang dialami :

  • Ubat titis mata
  • Ubat tahan sakit
  • Ubat antivirus
  • Antibiotik sekiranya kucing mengalami jangkitan sekunder.
ubat selsema kucing
Sumber : vetwest.com.au

Kucing yang tidak mahu makan atau minum disebabkan selsema juga mungkin perlu ditinggalkan di klinik untuk rawatan lanjut.

Selain memberikan ubat selsema kucing, anda juga boleh ambil beberapa langkah untuk membantu kucing cepat sembuh.

Gunakan Pelembap Udara

Kucing yang selsema boleh rasa tak selesa dan sukar untuk bernafas lebih-lebih lagi bila ia sudah mula berkahak.

Letakkan pelembap udara berdekatan kucing untuk membantu lancarkan saluran pernafasannya.

Berikan Makanan Kucing Yang Lembut dan Berbau Kuat

 Kucing yang sedang selsema dan sakit tekak mungkin seleranya akan berkurang. Maklumlah, deria baunya juga terjejas akibat lendir dan kahak yang terkumpul.

Untuk membantu naikkan selera kucing, berikannya makanan kucing yang lembut dan berbau kuat. Kalau mahu kuatkan bau makanan kucing, anda boleh panaskannya sekejap.

Jangan lupa untuk terus stokkan air untuk kucing minum.

Asingkan Daripada Kucing Lain

Jika anda ada beberapa kucing dari rumah, asingkan kucing lain daripada kucing yang seadng sakit selama 2 minggu untuk mengelakkan jangkitan.

Lap Hidung dan Mata

Bila kucing sudah selsema, jangan pula anda biarkan hidung dan matanya berair sehingga berkerak. Ambil kain bersih yang direndam dengan air suam dan lapkan mata dan hidung sehinga bersih.

ubat selsema kucing
Sumber : humanepro.org

Dalam kebanyakan masa, kucing akan sembuh sekiranya ia dirawat dengan lebih awal.

Seeloknya, hantarkan kucing ke doktor terlebih dahulu sebelum mencuba rawatan dari rumah.

Anda juga boleh dapatkan nasihat daripada doktor sekiranya ingin memberikan kucing suntikan yang dapat melindunginya daripada penyakit.

Sumber : trudellanimalhealth.com

Baca Juga : 12 Jenis Ubat Kutu Kucing Yang Berkesan

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!