12 Jenis Ubat Kutu Kucing Yang Berkesan

Adakah anda sedang mencari ubat kutu kucing? Memang kasihan tengok si comel asyik tergaru-garu. Kalau dibiarkan, kucing boleh jadi tidak selesa dan jatuh sakit!

Jadi, apakah ubat kutu yang boleh digunakan bagi mengatasi kutu? Ayuh kita semak beberapa jenis ubat yang anda boleh dapati di pasaran.

12 Jenis Ubat Kutu Kucing Yang Mujarab

1. Frontline

Ubat kutu jenama ini merupakan antara pilihan popular dalam kalangan doktor haiwan.

Ia bukan sahaja dapat membasmi kutu, malah ia turut berkesan untuk menghapuskan larva kutu kucing, kutu telinga kucing dan sengkenit.

Apabila digunakan, ubat ini akan meresap ke seluruh permukaan badan kucing dalam masa 24 jam.

Ubat kutu Frontline juga selamat untuk digunakan bagi kucing yang berusia 8 minggu ke atas, kucing bunting atau yang menyusukan anak.

2. Ubat Kutu Advantage

Bahan aktif di dalam ubat ini iaitu imidacloprid didapati berkesan untuk menghapuskan kutu kucing dewasa dan larvanya serta tidak menyerap ke dalam saluran darah.

Sebaliknya, ia akan kekal dalam lapisan kulit dan bulu kucing.

Lebih menarik lagi, jenama ini menawarkan dua jenis pilihan ubat kutu mengikut berat kucing anda.

3. Ubat Kutu Kucing Advocate

Di samping menghapuskan kutu kucing, ubat ini juga dikatakan berkesan untuk menghapuskan kutu di telinga kucing serta cacing.

Ubat ini sesuai digunakan oleh kucing berusia 9 minggu ke atas dan selamat digunakan bagi kucing bunting atau menyusu.

ubat kutu kucing

4. Ubat Jenama Revolution

Ubat kutu jenama Revoluton mengandungi dua bahan aktif iaitu Selamectin dan Sarolaner yang berupaya untuk membunuh kutu kucing hanya dalam masa enam jam.

Bukan sahaja mudah kering dan tidak meninggalkan bau, malah ubat jenama Revolution juga dapat menghapuskan parasit lain pada tubuh si comel seperti cacing.

ubat kutu kucing

5. Ubat Kutu Serbuk

Ubat kutu kucing jenis serbuk bukan sahaja boleh digunakan pada badan kucing, malah di seluruh rumah.

Ia juga selamat untuk kucing dan kanak-kanak kerana diperbuat daripada bahan semulajadi.

Untuk menggunakannya, anda hanya perlu selak bulu kucing dan taburkan serbuk ini di bahagian tempat kutu selalu berkumpul seperti perut, ketiak dan leher.

Ia akan bertindak dalam masa 24 jam dan membuatkan kutu berada dalam keadaan dehidrasi dan mati.

Anda boleh ulangi rawatan ini dalam masa 2 minggu jika perlu.

6. Calamine

Calamine atau ubat krim anestetik digunakan untuk meredakan gatal akibat kutu.

7. Antibiotik

Sekiranya perlu, doktor akan memberikan antibiotik bagi kucing yang mengalami jangkitan kuman. Kucing biasanya boleh menunjukkan simptom seperti kerap menggigit dan menggaru.

8. Ubat Kutu Dalam Bentuk Makanan

Ubat ini sesuai sekiranya kucing sukar untuk bekerjasama.

Makanan ini dikatakan dapat melindungi kucing daripada kutu selama 12 minggu. Ia perlu diberikan seperti makanan kucing biasa dan kuantitinya pula ada bergantung kepada berat kucing.

Antara ubat kutu jenis makanan yang disyorkan adalah Nanovet Pet Flea and Tick Chews For Cat and Dog.

ubat kutu kucing

9. Capster

Ubat kutu kucing ini sesuai untuk kucing yang mengalami kutu dengan kulit yang meradang. Pada masa yang sama, ia juga dapat membantu mengurangkan bengkak.

10. Antihistamin atau Steroid

Bagi kucing dengan masalah gigitan kutu yang melampau atau alahan yang teruk, doktor mungkin akan memberikan antihistamin atau steroid.

11. Ubat Kutu Kucing Spray

Diperbuat daripada bahan semulajadi, ubat semburan ini bukan sahaja dapat membunuh kutu dan pepijat, malah turut berkesan untuk menghalau nyamuk.

12. Syampu Kutu Kucing

Anda juga disarankan untuk mandikan kucing yang sedang alami masalah kutu. Sewaktu mandikan kucing, pastikan anda bersihkan di kawasan tumpuan kutu seperti belakang telinga, celah tangan dan belakang ekor.

Salah satu jenama yang disyorkan adalah Aniflea Anti Flea Cat Shampoo.

Tips Atasi Kutu Kucing

Biasanya masalah kutu kucing tidak memerlukan perhatian veterinar.

Anda boleh amalkan beberapa petua dan kaedah dari rumah untuk merawat kucing daripada masalah kutu.

  • Sapukan minyak kelapa setelah mandikan kucing. Biarkan seketika dan bilas dengan air dan lap dengan tuala bersih dan kering. Lemak sihat yang terkandung dalam kelapa dapat membantu melegakan kulit gatal serta menghapuskan kutu.
  • Tambahkan khasiat asid lemak omega-3 yang lebih tinggi dalam diet kucing seperti ikan kembung dan ikan tuna. Asid lemak omega-3 dapat membantu meredakan kerengsaan kulit secara semulajadi.
  • Anda juga boleh pertimbangkan untuk memberi kucing mandian belerang untuk hilangkan kutu.
  • Beruslah bulu kucing dengan kerap menggunakan sikat kutu untuk kurangkan kutu.
  • Bagi isi rumah yang mempunyai beberapa kucing, pertimbangkan rawatan kutu dan ubat cacing untuk kucing-kucing lain untuk elakkan jangkitan.

Rupanya terdapat pelbagai jenis ubat kutu kucing yang boleh didapati di pasaran.

Bergantung kepada usia, berat dan karenah kucing, anda boleh dapatkannya dalam aneka variasi seperti semburan, serbuk, syampu dan makanan.

Selain itu, anda juga boleh cuba beberapa kaedah rawatan di rumah seperti menggunakan minyak kelapa dan mandian belerang.

Namun, jika ubat kutu atau rawatan dari rumah masih tidak berkesan, anda perlulah bawa kucing ke doktor untuk pemeriksaan lanjut.

Sumber : oyen.my, Whiskas

Baca Juga : Ubat Demam Kucing Yang Bagus, Ini 5 Pilihan Terbaik!

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!