Dapat elaun RM3000 sebulan dan peluang penempatan di Institusi Penyelidikan Kerajaan – seronoknya! Program TVET Frontier Fellowship ialah sebuah inisiatif penempatan graduan di institut penyelidikan Kerajaan seperti SIRIM, MPOB, FRIM, MIMOS dan sebagainya yang memberi pendedahan kepada penyelidikan, pembangunan teknologi dan inovasi dalam bidang teknologi strategik negara.
Graduan Ijazah Sarjana Muda yang berkelayakan dipelawa untuk menyertai program ini selama 12 bulan. Menariknya, Program TVET Frontier Fellowship ini menyediakan peluang kepada peserta untuk terlibat dalam projek penyelidikan sebenar, dibimbing oleh penyelidik berpengalaman serta meningkatkan kompetensi bagi memenuhi keperluan industri masa hadapan.
Rujuk info terperinci mengenai permohonan dan kelebihan program TVET Frontier Fellowship.
Apa Itu TVET Frontier Fellowship?
TVET Frontier Fellowship ialah program penempatan graduan selama 12 bulan di bawah Majlis TVET Negara (MTVET).
Program ini direka khusus untuk graduan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik (STEM) bagi menempatkan mereka secara terus di institut penyelidikan kerajaan serta agensi strategik negara.
Sepanjang tempoh setahun, para peserta yang terpilih akan dibimbing oleh mentor industri serta penyelidik pakar untuk terlibat dalam projek penyelidikan, pembangunan, dan inovasi (R&D&I) berimpak tinggi.
Selain mendapat pendedahan industri dan pengalaman berharga, setiap peserta turut diberikan elaun bulanan sebanyak RM3,000 sebagai sokongan kewangan sepanjang tempoh latihan mereka.
Fasa Program:
- Kursus Asas Pra-Penempatan: Latihan intensif awal selama 2 minggu di institusi terpilih.
- Penempatan 12 Bulan: Bertugas secara langsung dalam projek penyelidikan di agensi kerajaan.

Manfaat Ditawarkan
Antara manfaat yang ditawarkan:
- Elaun RM3,000 sebulan
- Penempatan selama 12 bulan di institut penyelidikan Kerajaan
- Penglibatan dalam projek penyelidikan dan pembangunan teknologi
- Bimbingan daripada penyelidik dan pakar industri
- Pendedahan kepada ekosistem penyelidikan, inovasi dan teknologi strategik negara
Bidang TVET Frontier
Fokus utama program ini adalah dalam sektor teknologi masa hadapan (frontier), iaitu:
- Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence)
- Kriptologi (Cryptology)
- Peralihan Tenaga (Energy Transition)
- Peralihan Hijau (Green Transition)
Syarat Kelayakan
Program ini terbuka kepada graduan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang:
- Teknologi
- Sains
- Kejuruteraan
- Lain-lain ijazah yang berkaitan (rujuk jadual di bawah)
| Nama Institusi Penyelidikan | Bidang Penyelidikan | Kelayakan yang sesuai |
|---|---|---|
| Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) | Penyelidikan Kualiti Air (Green Transition) | Ijazah Sarjana Muda (Kimia / Mikrobiologi / Sains Alam Sekitar) |
| Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) | Penyelidikan Model Fizikal Hidraulik (Energy transition) | Ijazah Sarjana Muda (Kejuruteraan Awam / Elektronik / Mekanikal) |
| Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) | Sektor huluan hingga hiliran sawit | Sarjana Muda bidang Sains dan Teknologi, Kejuruteraan Kimia, Bioteknologi, Kejuruteraan Mekanikal, Oleokimia |
| Agensi Nuklear Malaysia | 1. Energy Transition (Nuclear Reactor Safety) dan 2. AI (kecerdasan Buatan) | Sarjana Muda/Diploma Teknologi/Kejuruteraan Pembuatan/Kejuruteraan Mekanikal |
| Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) | Penghasilan biokimia daripada bahan lignoselulosa untuk pengawetan produk kayu (energy transition) | Kejuruteraan Kimia/ Kejuruteraan Bahan |
| Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) | Penghasilan produk biotenaga daripada bahan lignoselulosa (energy transition) | Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal/ Kejuruteraan Kimia/ Kejuruteraan Bahan |
| Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) | Green Transition (Penghasilan pulpa, kertas dan nanoselulosa daripada bahan lignoselulosa) | Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal/ Kejuruteraan Kimia/ Kejuruteraan Bahan |
| Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) | Kecerdasan Buatan(AI) & Green Transition | Sains Komputer/ Geoinformasi/ Alam Sekitar/ Alam Bina |
| Pusat Teknologi dan Pengurusan Kriptologi Malaysia (PTPKM) | Kriptologi (Kejuruteraan Kriptografi / Keselamatan Rangkaian / Pengaturcaraan Industri Kriptografi) | Ijazah Sarjana Muda (Keselamatan Siber / Keselamatan Maklumat / Kejuruteraan Elektrik/Elektronik / Sains Komputer), Diploma Tahap 4 : Cyber Security Technology, Diploma lanjutan tahap 5 : ujian penilaian penembusan keselamatan siber, Diploma lanjutan tahap 5 : keselamatan siber dan penggodaman beretika |
| Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST) | Industrial Automation and Smart Manufacturing (AI) | Diploma Lanjutan/ Sarjana Muda |
| Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST) | Industrial AI and Machine Vision | Diploma Lanjutan/ Sarjana Muda |
| Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST) | Building Automation System (Energy Transition) | Diploma Lanjutan/ Sarjana Muda |
| SIRIM Berhad | Low Carbon Technology (Green transition) | Kejuruteraan Kimia/ Mechanical/Electrical |
| MARDI | Pertanian Tepat dan Pintar (AI) | Diploma & Sarjana Muda |
| MIMOS Berhad | AI – Computer Vision, Image Processing, or Embedded Systems | Sarjana Muda |
| MIMOS Berhad | Quantum/ Cyber Security (Crypto) | Sarjana Muda |
| MIMOS Berhad | Advanced Materials/ Advanced Packaging (AI) | Sarjana Muda Kejuruteraan Pembuatan/ E&E |
| MIMOS Berhad | AI/ Robotic | Sarjana Muda Kejuruteraan/Sains Komputer |
| MIMOS Berhad | AI Automation | Sarjana Muda Kejuruteraan/Sains Komputer |
| MIMOS Berhad | Healthcare Technology (AI) | Sarjana Muda Kejuruteraan/Sains Komputer/AI |
| MIMOS Berhad | Prompt Engineering (AI) | Sarjana Muda/ Diploma Computer Science/Data Science/ IT |
| MIMOS Berhad | Robotics / Electronics / AI | Sarjana Muda Kejuruteraan & Elektrik/ Kejuruteraan Komputer/ Sains Komputer |


Senarai Pusat Penyelidikan yang Boleh Dipilih
Pemohon boleh memilih bidang penyelidikan dan pusat penyelidikan mengikut kelayakan seperti di bawah:
- Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM)
- Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB)
- Agensi Nuklear Malaysia
- Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)
- Pusat Teknologi dan Pengurusan Kriptologi Malaysia (PTPKM)
- Pusat Latihan Pengajar Dan Kemahiran Lanjutan (CIAST)
- SIRIM BERHAD
- MARDI
- MIMOS Berhad
Cara Mohon TVET Frontier Fellowship
Permohonan boleh dibuat dengan mengimbas kod QR pada poster atau melalui pautan berikut: https://shorturl.at/Jz9kO
Lengkapkan google docs dan klik ‘Submit’.

- Kuota: 100 orang terpilih sahaja!
- Tarikh tutup permohonan: 31 Julai 2026 (Jumaat)
Maklumat Lanjut & Soalan Lazim TVET Frontier Fellowship
Maklumat lanjut dan info terkini mengeni TVET Frontier Fellowship boleh dirujuk melalui:
- Facebook Jabatan Perdana Menteri
- MTVETrasmi
TVET Frontier Fellowship Ia merupakan program penempatan graduan selama 12 bulan di institut penyelidikan Kerajaan bagi mendedahkan peserta kepada penyelidikan, pembangunan teknologi, dan inovasi strategik negara.
Peserta terpilih akan menerima elaun bulanan sebanyak RM 3,000 sebulan sepanjang tempoh 12 bulan program berjalan.
Program rintisan ini dibuka secara kompetitif untuk 100 graduan terpilih sahaja.
Apakah fokus utama teknologi dalam program ini?
Fokus program tertumpu sepenuhnya kepada 4 kluster teknologi masa hadapan negara:Kecerdasan – Buatan (Artificial Intelligence)
– Kriptologi (Cryptology)
– Peralihan Tenaga (Energy Transition)
– Peralihan Hijau (Green Transition)
Permohonan dilakukan secara atas talian sepenuhnya melalui Borang Google Form Rasmi TVET Frontier Fellowship: https://shorturl.at/Jz9kO
Tarikh akhir serahan borang dan dokumen adalah pada 31 Julai 2026 (Jumaat).
Ya, pemilihan slot penempatan dipadankan terus melalui borang berdasarkan kesesuaian latar belakang akademik anda dengan bidang kajian agensi (seperti MIMOS, SIRIM, FRIM, NAHRIM, MPOB, dsb.).




