Cara Tukar Nombor Telefon Maybank Untuk Terima TAC

TAC Number merupakan salah satu cara Maybank mengesahkan sesuatu transaksi yang dilakukan sama ada melalui aplikasi Maybank2u atau laman web rasmi perbankan internet Maybank.

Untuk setiap transaksi, sebuah nombor yang dinamakan TAC Number akan dihantar ke nombor telefon yang didaftarkan oleh pemilik akaun atas akaun bank mereka.

Oleh itu, walaupun pemilik akaun bank menukar telefon pintar setiap tahun sekali pun, mereka tetap akan mendapat TAC Number terus ke telefon mereka kerana masih mengekalkan dan menggunakan telefon yang sama.

Namun, sekiranya pemilik akaun menukar nombor telefon, mereka mestilah menukar nombor telefon dalam sistem Maybank2u agar mereka akan tetap menerima TAC Number setiap kali membuat transaksi perbankan internet.

Apa Itu Nombor TAC?

TAC Number Maybank2u

TAC merupakan singkatan atau akronim bagi Transaction Authorisaztion Code.

TAC adalah wajib untuk transaksi tertentu kerana ia menyediakan lapisan keselamatan tambahan untuk melindungi anda daripada akses tanpa kebenaran kepada akaun anda.

Nombor TAC adalah berlainan daripada Nombor PIN, TAC tidak digunakan untuk log masuk tetapi hanya untuk transaksi dan jenis aktiviti tertentu.

Untuk setiap transaksi, anda akan menerima satu nombor TAC dan untuk transaksi berikutnya, anda perlu meminta nombor TAC baru untuk meneruskan transaksi perbankan internet anda di Maybank2u.

Maybank ialah bank Malaysia pertama yang melaksanakan TAC sebagai sebahagian daripada komitmen Maybank kepada pelanggan mereka untuk mengekalkan amalan industri terbaik.

TAC telah berjaya diperkenalkan untuk Perbankan Internet di Singapura.

Walau bagaimanapun, seiring dengan peningkat kes phishing, Maybank kini mula beralih kepada penggunaan Secure2u melalui aplikasi Maybank MAE.

Cara Kemaskini Nombor Telefon Maybank Untuk Terima TAC

Melalui laman rasmi Maybank, terdapat 2 cara untuk mengemaskini dan menukar nombor telefon anda.

1. Melalui mesin ATM

  • Masukkan kad ATM & nombor Pin.
  • Di Menu Utama pilih Maybank2u/Perbankan Telefon/ATM SMS Makluman Lain-lain
  • Pilih Kemas Kini M2U TAC Mobile
  • Sistem akan memaparkan nota amaran: Sila daftarkan nombor telefon bimbit anda sendiri dan bukan pihak ketiga untuk melindungi transaksi perbankan internet anda
  • Masukkan nombor telefon bimbit baharu

2. Cawangan Maybank

  1. Kunjungi mana-mana cawangan Maybank
  2. Lengkapkan borang permohonan Kemaskini/tukar nombor mudah alih TAC
  3. Kakitangan akan terus mendaftar TAC

Cara Tukar Password / Kata Laluan Maybank2u

Jika anda berasa kurang selamat dan ingin mengemaskini kata laluan perbankan internet anda, sila rujuk video di bawah untuk langkah-langkah mudah.

Baca juga: Cara Tukar Transfer Limit Maybank Online Melalui Maybank2u

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!