Pertama sekali anda perlu pastikan alamat yang anda ingin tukar adalah sama dengan alamat dalam kad pengenalan (MyKad). Jadi, pastikan anda ke JPN dahulu untuk kemaskini alamat supaya mudah untuk proses tukar alamat baru di SPR. Menurut laman web Suruhanjaya Pilihan Raya, seseorang pengundi boleh menukar alamat dalam daftar pemilih SPR mengikut alamat terkini dalam kad pengenalan. Jika IC anda dah ada alamat baru tersebut, anda boleh mohon tukar alamat SPR melalui 2 cara, iaitu sama ada secara manual di kaunter SPR atau secara online melalui laman web rasmi https://spr.gov.my/
PRN Sabah ke-17 bakal diadakan tidak lama lagi. Sudahkan anda membuat semakan tempat mengundi? Atau adakah anda ingin tukar tempat mengundi?
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang cara tukar tempat mengundi untuk makluman bersama.
Bolehkah Pengundi Memohon Pertukaran Tempat Mengundi SPR?
Mengikut Perkara 119(4) Perlembagaan Persekutuan jika seseorang pemilih berdaftar tidak membuat apa-apa permohonan untuk bertukar pusat mengundi, namanya tetap kekal disenaraikan di alamat asal tempat dia mendaftar sebagai pemilih walaupun pada hakikatnya dia telah pun menukar alamatnya dalam Kad Pengenalan di tempat baru.
Peraturan 12(2) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002 pula menetapkan bahawa SPR hanya boleh menukar alamat pusat mengundi seseorang pemilih berdaftar jika pemilih berkenaan memohon pertukaran dan telah mengisi Borang A yang ditetapkan di bawah Peraturan 12 Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002.
Syarat Tukar Alamat Mengundi
Kamu boleh tukar tempat mengundi bila kamu:
- Pindah ke alamat baru (contohnya daerah lain atau kampung lain), dan
- Kad pengenalan (IC) kamu dah ubah alamat baru dekat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
- Penting: SPR hanya akan ikut alamat di IC MyKad — jadi ubah alamat di JPN dulu sebelum buat permohonan.
Cara Mohon Tukar Alamat SPR Tempat Mengundi
CARA 1 – MOHON TUKAR ALAMAT SPR SECARA ONLINE
Berikut cara tukar alamat SPR tempat mengundi (pertukaran bahagian pilihan raya):
- Pergi ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk kemas kini alamat mastautin pada MyKad anda terlebih dahulu.
- Setelah alamat pada MyKad dikemas kini, bawa MyKad ke Pejabat SPR atau Pejabat Pos, atau layari portal MySPR di https://myspr.spr.gov.my.
- Di portal MySPR, daftar akaun pengguna baharu jika belum ada.
- Aktifkan akaun pengguna melalui emel atau nombor telefon yang didaftarkan.
- Selepas akaun aktif, isi Borang A (Pertukaran Bahagian Pilihan Raya) untuk memohon pertukaran alamat tempat mengundi.
- Pastikan anda menyediakan dokumen-dokumen yang diperlukan seperti capaian internet, komputer atau telefon pintar, nombor telefon bimbit, alamat emel, gambar depan kad pengenalan, dan gambar swafoto bersama kad pengenalan.
- Hantar permohonan anda melalui portal MySPR dan tunggu pengesahan daripada pihak SPR.

CARA 2 – MOHON TUKAR ALAMAT SECARA MANUAL (DI KAUNTER)
Pergi ke Pejabat SPR Negeri Sabah (di Likas, Kota Kinabalu), atau ke Pejabat Pos Malaysia yang ada perkhidmatan “Ubah Alamat Mengundi”.
Bawa:
- MyKad asal
- Bukti alamat baru (kalau diminta, contohnya bil air/elektrik)
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan boleh hubungi Hotline SPR di 03-8892 7218 atau layari https://www.spr.gov.my/aduan-pertanyaan/
Anda juga boleh rujuk di sini senarai Pejabat Pilihan Raya Negeri (PPN): https://spr.gov.my/cawangan/
Soalan Lazim
Pertama sekali anda perlu pastikan alamat yang anda ingin tukar adalah sama dengan alamat dalam kad pengenalan (MyKad). Jadi, pastikan anda ke JPN dahulu untuk kemaskini alamat supaya mudah untuk proses tukar alamat baru di SPR.
Jika IC anda dah ada alamat baru tersebut, anda boleh mohon tukar alamat SPR melalui 2 cara, iaitu sama ada secara manual di kaunter SPR atau secara online melalui laman web rasmi https://spr.gov.my/
Pindaan butiran maklumat seperti agama dan bangsa boleh dibuat di Pejabat Pilihan Raya Negeri di seluruh negara dengan mengemukakan Kad Pengenalan dan bukti-bukti dokumen lain yang berkaitan.
1. Pembetulan apa-apa butiran maklumat yang kecil seperti agama dan bangsa diambil tindakan sebaik sahaja permohonan dibuat di Pejabat Pilihan Raya Negeri yang seterusnya akan dihantar ke Ibu Pejabat SPR untuk kelulusan.
2. Pembetulan nama dan maklumat lain mengikut yang tertera di dalam Kad Pengenalan dibuat oleh Ketua Pendaftar dalam tempoh dua (2) minggu.
3. Untuk mempastikan butiran maklumat pemilih tepat dan terkini, dinasihatkan supaya pemilih menyemak nama mereka dan jika ada keperluan, pemilih boleh membuat permohonan untuk pembetulan mengikut maklumat di dalam Kad Pengenalan.
Terdapat suami/isteri yang mendaftar menggunakan alamat yang berbeza. Selain itu, jika mereka mendaftar di alamat yang sama kemugkinan ini berpunca dari kesilapan semasa urusan kemasukan data oleh kakitangan SPR disebabkan kerana terdapat tempat-tempat yang mempunyai/menggunakan nama-nama yang serupa di negara ini.
Tidak Boleh. Seseorang yang memeluk agama Islam perlu menukar nama di dalam Kad Pengenalan terlebih dahulu sebelum nama Islam boleh dimasukkan dalam Daftar Pemilih.
Alamat permohonan untuk pertukaran alamat itu tidak sama dengan alamatnya seperti yang tertera dalam Kad Pengenalan. Perkara ini boleh berlaku bagi permohonan yang dibuat sebelum 16 Julai 2002. Sebarang permohonan untuk pertukaran alamat dalam daftar pemilih hendaklah mengikut alamat dalam Kad Pengenalan. Sekiranya pemilih bercadang untuk berpindah tempat mengundi dia hendaklah terlebih dahulu memohon untuk pertukaran alamat di dalam Kad Pengenalan di JPN. Selepas itu dia bolehlah memohon untuk pertukaran alamat tempat mengundi dalam daftar pemilih di mana-mana Pejabat Pilihan Raya Negeri atau di Ibu Pejabat SPR di Putrajaya atau di Pejabat Pos berkomputer di seluruh negara.
Tidak Boleh. Seseorang yang memeluk agama Islam perlu menukar nama di dalam Kad Pengenalan terlebih dahulu sebelum nama Islam boleh dimasukkan dalam Daftar Pemilih.
Pemilih berdaftar yang telah berpindah alamat tempat bermastautin boleh menukar alamat pusat mengundi dengan cara membuat pertukaran alamat terlebih dahulu dalam Kad Pengenalan di Pejabat Pendaftaran Negara (JPN). Selepas itu bawa resit pertukaran alamat yang dikeluarkan oleh JPN dan pergi ke mana-mana kaunter SPR untuk membuat permohonan pertukaran alamat pusat mengundi dengan mengisi Borang A. Urusan pertukaran alamat pusat mengundi hanya boleh dibuat di kaunter-kaunter SPR di Ibu Pejabat SPR dan Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri dan kaunter-kaunter Pejabat Pos berkomputer sahaja.
Alamat permohonan untuk pertukaran alamat itu tidak sama dengan alamatnya seperti yang tertera dalam Kad Pengenalan. Perkara ini boleh berlaku bagi permohonan yang dibuat sebelum 16 Julai 2002. Sebarang permohonan untuk pertukaran alamat dalam daftar pemilih hendaklah mengikut alamat dalam Kad Pengenalan. Sekiranya pemilih bercadang untuk berpindah tempat mengundi dia hendaklah terlebih dahulu memohon untuk pertukaran alamat di dalam Kad Pengenalan di JPN. Selepas itu dia bolehlah memohon untuk pertukaran alamat tempat mengundi dalam daftar pemilih di mana-mana Pejabat Pilihan Raya Negeri atau di Ibu Pejabat SPR di Putrajaya atau di Pejabat Pos berkomputer di seluruh negara.
Mengikut Perkara 119(4) Perlembagaan Persekutuan jika seseorang pemilih berdaftar tidak membuat apa-apa permohonan untuk bertukar pusat mengundi, namanya tetap kekal disenaraikan di alamat asal tempat dia mendaftar sebagai pemilih walaupun pada hakikatnya dia telah pun menukar alamatnya dalam Kad Pengenalan di tempat baru. Peraturan 12(2) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002 pula menetapkan bahawa SPR hanya boleh menukar alamat pusat mengundi seseorang pemilih berdaftar jika pemilih berkenaan memohon pertukaran dan telah mengisi Borang A yang ditetapkan di bawah Peraturan 12 Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002.
Anda boleh kemas kini atau tukar alamat mengundi pada bila-bila masa, selagi belum diumumkan tarikh Pilihan Raya.
Selepas tarikh pilihan raya diisytiharkan, sistem SPR akan ditutup sementara untuk kemas kini baharu.
Supaya anda mengundi di kawasan tempat tinggal semasa, dan elak kes perlu balik jauh semata-mata untuk mengundi. Ia juga bantu SPR pastikan rekod pemilih sentiasa tepat dan terkini.
Lagipun, calon yang bakal anda undi akan menawarkan khidmat dan memenuhi manifesto tertentu untuk tempat yang anda tinggal, maka barulah anda dapat memantau hasil dan manfaat daripada undian anda tu!
Baca juga:




