Tukar alamat mengundi kini boleh dilakukan secara dalam talian melalui portal MySPR Proses ini memudahkan pengundi untuk mengemaskini maklumat alamat tanpa perlu hadir ke kaunter SPR. Permohonan boleh dilakukan di pautan ini: https://myspr.spr.gov.my/
Berikut merupakan panduan lengkap cara membuat penukaran alamat mengundi secara online.
Bolehkah Pengundi Memohon Pertukaran Tempat Mengundi SPR?
Mengikut Perkara 119(4) Perlembagaan Persekutuan jika seseorang pemilih berdaftar tidak membuat apa-apa permohonan untuk bertukar pusat mengundi, namanya tetap kekal disenaraikan di alamat asal tempat dia mendaftar sebagai pemilih walaupun pada hakikatnya dia telah pun menukar alamatnya dalam Kad Pengenalan di tempat baru.
Peraturan 12(2) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002 pula menetapkan bahawa SPR hanya boleh menukar alamat pusat mengundi seseorang pemilih berdaftar jika pemilih berkenaan memohon pertukaran dan telah mengisi Borang A yang ditetapkan di bawah Peraturan 12 Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002.
Syarat Tukar Alamat Mengundi
Kamu boleh tukar tempat mengundi bila kamu:
- Pindah ke alamat baru (contohnya daerah lain atau kampung lain), dan
- Kad pengenalan (IC) kamu dah ubah alamat baru dekat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
- Penting: SPR hanya akan ikut alamat di IC MyKad ā jadi ubah alamat di JPN dulu sebelum buat permohonan.
Cara Mohon Tukar Alamat Mengundi
Berikut cara tukar alamat SPR tempat mengundi (pertukaran bahagian pilihan raya):
- Layari portal rasmi MySPR melalui: https://myspr.spr.gov.my/
- Log masuk ke dalam portal dengan isikan No. Kad Pengenalan dan Kata Laluan. Jika anda belum mempunyai akaun, boleh klik “Permohonan Akaun Baharu”.
- Aktifkan akaun pengguna melalui emel atau nombor telefon yang didaftarkan.
- Selepas akaun aktif dan anda telah berjaya log masuk ke dalam portal, klik pada menu (ā°).
- Di bahagian pendaftaran, klik Borang A (Pertukaran Bahagian Pilihan Raya) untuk memohon pertukaran alamat tempat mengundi.
- Isi dengan lengkap segala maklumat yang diperlukan.
- Pastikan anda menyediakan dokumen-dokumen yang diperlukan seperti capaian internet, komputer atau telefon pintar, nombor telefon bimbit, alamat emel, gambar depan kad pengenalan, dan gambar swafoto bersama kad pengenalan.
- Hantar permohonan anda melalui portal MySPR dan tunggu pengesahan daripada pihak SPR.
Tempoh Tukar Alamat Mengundi
Ramai tertanya-tanya berapa lama proses tukar alamat mengundi. Secara umumnya, proses ini mengambil masa sekitar 1 hingga 2 bulan bergantung pada tarikh permohonan dibuat.
Contohnya, jika permohonan dibuat pada 1 Mac, pemohon mungkin akan rasa tempohnya lebih lama berbanding individu yang memohon pada 31 Mac. Ini kerana SPR akan mengumpulkan semua permohonan dari 1 hingga 31 Mac terlebih dahulu sebelum proses perwartaan dibuat.
Selepas diwartakan, SPR akan membuka tempoh semakan selama satu bulan lagi bagi membolehkan orang ramai menyemak sama ada nama telah dikemaskini atau membuat bantahan jika perlu. Sebagai contoh, permohonan yang dibuat sepanjang bulan Mac akan dibuka untuk semakan bermula 20 April hingga 19 Mei.
Jadi, kalau mohon pada 1 Mac, semakan hanya boleh dibuat sekitar 20 April, sebab itu tempohnya nampak lebih lama. Tetapi jika mohon pada 31 Mac, mungkin terasa lebih cepat kerana jarak masa untuk semakan lebih singkat.
Manual Penggun MySPR
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan boleh hubungi Hotline SPR di 03-8892 7218 atau layari https://www.spr.gov.my/aduan-pertanyaan/
Anda juga boleh rujuk di sini senarai Pejabat Pilihan Raya Negeri (PPN): https://spr.gov.my/cawangan/
Soalan Lazim
Proses tukar alamat mengundi boleh dilakukan secara online, dengan cara berikut:
1. Layari portal rasmi MySPR melalui: https://myspr.spr.gov.my/
2. Log masuk ke dalam portal dengan isikan No. Kad Pengenalan dan Kata Laluan. Jika anda belum mempunyai akaun, boleh klik “Permohonan Akaun Baharu”.
3. Aktifkan akaun pengguna melalui emel atau nombor telefon yang didaftarkan.
4. Selepas akaun aktif dan anda telah berjaya log masuk ke dalam portal, klik pada menu (ā°).
5. Di bahagian pendaftaran, klik Borang A (Pertukaran Bahagian Pilihan Raya) untuk memohon pertukaran alamat tempat mengundi.
6. Isi dengan lengkap segala maklumat yang diperlukan.
7. Pastikan anda menyediakan dokumen-dokumen yang diperlukan seperti capaian internet, komputer atau telefon pintar, nombor telefon bimbit, alamat emel, gambar depan kad pengenalan, dan gambar swafoto bersama kad pengenalan.
8. Hantar permohonan anda melalui portal MySPR dan tunggu pengesahan daripada pihak SPR.
Pindaan butiran maklumat seperti agama dan bangsa boleh dibuat di PejabatĀ Pilihan Raya Negeri di seluruh negara dengan mengemukakan Kad Pengenalan dan bukti-bukti dokumen lain yang berkaitan.
Proses tukar alamat mengundi biasanya ambil masa 1 hingga 2 bulan. SPR akan kumpulkan semua permohonan dalam tempoh sebulan sebelum diwartakan, kemudian dibuka tempoh semakan selama sebulan lagi.
Contohnya, permohonan bulan Mac boleh disemak sekitar 20 April hingga 19 Mei. Sebab tu yang mohon awal bulan mungkin rasa lebih lama berbanding hujung bulan
Terdapat suami/isteri yang mendaftar menggunakan alamat yang berbeza. Selain itu, jika mereka mendaftar di alamat yang sama kemugkinan ini berpunca dari kesilapan semasa urusan kemasukan data oleh kakitangan SPR disebabkan kerana terdapat tempat-tempat yang mempunyai/menggunakan nama-nama yang serupa di negara ini.
Tidak Boleh. Seseorang yang memeluk agama Islam perlu menukar nama di dalam Kad Pengenalan terlebih dahulu sebelum nama Islam boleh dimasukkan dalam Daftar Pemilih.
Alamat permohonan untuk pertukaran alamat itu tidak sama dengan alamatnya seperti yang tertera dalam Kad Pengenalan. Perkara ini boleh berlaku bagi permohonan yang dibuat sebelum 16 Julai 2002. Sebarang permohonan untuk pertukaran alamat dalam daftar pemilih hendaklah mengikut alamat dalam Kad Pengenalan. Sekiranya pemilih bercadang untuk berpindah tempat mengundi dia hendaklah terlebih dahulu memohon untuk pertukaran alamat di dalam Kad Pengenalan di JPN. Selepas itu dia bolehlah memohon untuk pertukaran alamat tempat mengundi dalam daftar pemilih di mana-mana Pejabat Pilihan Raya Negeri atau di Ibu Pejabat SPR di Putrajaya atau di Pejabat Pos berkomputer di seluruh negara.
Tidak Boleh. Seseorang yang memeluk agama Islam perlu menukar nama di dalam Kad Pengenalan terlebih dahulu sebelum nama Islam boleh dimasukkan dalam Daftar Pemilih.
Alamat permohonan untuk pertukaran alamat itu tidak sama dengan alamatnya seperti yang tertera dalam Kad Pengenalan. Perkara ini boleh berlaku bagi permohonan yang dibuat sebelum 16 Julai 2002. Sebarang permohonan untuk pertukaran alamat dalam daftar pemilih hendaklah mengikut alamat dalam Kad Pengenalan. Sekiranya pemilih bercadang untuk berpindah tempat mengundi dia hendaklah terlebih dahulu memohon untuk pertukaran alamat di dalam Kad Pengenalan di JPN.
Selepas itu dia bolehlah memohon untuk pertukaran alamat tempat mengundi dalam daftar pemilih di mana-mana Pejabat Pilihan Raya Negeri atau di Ibu Pejabat SPR di Putrajaya atau di Pejabat Pos berkomputer di seluruh negara.
Mengikut Perkara 119(4) Perlembagaan Persekutuan jika seseorang pemilih berdaftar tidak membuat apa-apa permohonan untuk bertukar pusat mengundi, namanya tetap kekal disenaraikan di alamat asal tempat dia mendaftar sebagai pemilih walaupun pada hakikatnya dia telah pun menukar alamatnya dalam Kad Pengenalan di tempat baru.
Peraturan 12(2) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002 pula menetapkan bahawa SPR hanya boleh menukar alamat pusat mengundi seseorang pemilih berdaftar jika pemilih berkenaan memohon pertukaran dan telah mengisi Borang A yang ditetapkan di bawah Peraturan 12 Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002.
Anda boleh kemas kini atau tukar alamat mengundi pada bila-bila masa, selagi belum diumumkan tarikh Pilihan Raya.
Selepas tarikh pilihan raya diisytiharkan, sistem SPR akan ditutup sementara untuk kemas kini baharu.
Supaya anda mengundi di kawasan tempat tinggal semasa, dan elak kes perlu balik jauh semata-mata untuk mengundi. Ia juga bantu SPR pastikan rekod pemilih sentiasa tepat dan terkini.
Lagipun, calon yang bakal anda undi akan menawarkan khidmat dan memenuhi manifesto tertentu untuk tempat yang anda tinggal, maka barulah anda dapat memantau hasil dan manfaat daripada undian anda tu!
Baca juga:




