Tren Tambahan ETS Sempena Tahun Baru Cina 2023

KTM baru mengumumkan tren tambahan ETS sempena cuti sambutan Tahun Baru Cina 2023 pada 21 dan 22 Februari kelak.

Pengumuman mengenai perkara ini telah dibuat melalui laman Facebook Rasmi KTMB dan ini merupakan berita baik memandangkan ramai yang berminat untuk menggunakan perkhidmatan tren ETS dari KTMB kerana ianya cukup selesa.

Ini bukanlah kali pertama pihak KTM menyediakan tren tambahan ETS kerana ketika Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU 15) yang lalu, mereka turut menyediakan tren tambahan ETS bagi memudahkan rakyat Malaysia menunaikan tangungjawab mengundi.

Pertambahan jumlah trip

Terdapat satu perkhidmatan tambahan ETS dari KL ke Padang Besar dan Padang Besar ke KL dari 19 Januari (Khamis) hingga 24 Januari (Selasa).

Tren harian menghala ke selatan (9283) akan berlepas dari Padang Besar pada pukul 11 ​​pagi dan sampai ke KL pada pukul 4.36 petang, manakala tren menghala ke utara (9286) akan berlepas dari KL pada pukul 5.05 dan sampai ke Padang Besar pada pukul 10.34 malam.

Satu perkhidmatan tambahan setiap hari, setiap arah, bermakna terdapat tambahan 12 perjalanan sempena Tahun Baru Cina pada kali ini.

Tiket dibuka untuk jualan pada 9 Januari di aplikasi Mudah Alih KTMB atau laman web KTM.

ETS ialah alternatif yang baik daripada menghabiskan masa berjam-jam di jalan raya dan dalam kesesakan, malah terdapat koc kelas “business” untuk mereka yang inginkan keselesaan tambahan.

Cara beli tiket ETS

Kebiasaannya tiket untuk ETS habis awal terutamanya ketika musim perayaan sebegini.

Namun, sekiranya anda ingin membeli tiket bagi Tren Tambahan ETS ini, anda boleh melakukannya melalui pelbagai cara.

Ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman KTMB Online di alamat https://online.ktmb.com.my/
  2. Pilih lokasi bertolak dan destinasi anda
  3. Pilih tarikh bertolak dan tarikh pulang (anda juga boleh memilih untuk membli tiket sehaja sahaja)
  4. Pilih bilangan penumpang
  5. Klik pada butang “Search”

Untuk maklumat lanjut, boleh baca artikel Cara Beli Tiket ETS Online, Destinasi, Harga & Jadual Perjalanan untuk panduan lengkap.

Pihak KTM tidak menyiarkan jadual lengkap untuk tren tambahan ETS ini tapi anda boleh melihat tiket/kerusi yang masih boleh dibeli apabila melakukan pembelian melalui laman web rasmi KTM seperti pautan di atas.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!